Gema Jihad

Wednesday, December 26, 2012

Mabrouk 3alaika

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah, walhamdulillah, walhamdulillah
sesungguhnya segala pujian itu dikembalikan kepada Allah..

hanya kata syukur mampu terkeluar dari bicara ini, bersama manik2 jernih mengalir di pipi..
kegembiraan terukir di wajah, tatkala mendapat mesej wasup dari mok <3



tahniah diucapkan pada adik tercinta atas segala nikmat dan rahmat dari Allah ini..
lahirnya seorang pejuang Islam bersama cahaya Al Quran di jiwa :')
InsyaAllah~

setiap kejayaan kita, sukar untuk dicapai andai tiada doa dan restu dari mok ayah
yang sentiasa mendoakan yang terbaik bagi setiap cahaya mata mereka..
terima kasih mok ayah..untuk segalanya..

:')

".....Ya Allah, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMU,
yang telah engkau anugerahkan kepadaku, dan kepada kedua orang tuaku, 
dan agar aku mengerjakan kerja yang engkau redhai....."
[ An Naml: 19 ]

" Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNYA.
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya..."
[ Ibrahim: 34 ]










Friday, December 7, 2012

TARBIYAH itu...



Hiasan blog semata 
kehidupan ini merupakan sebuah perjalanan..
perjalanan yang amat panjang..
perjalanan yang sangat sukar..
perjalanan yang tidak pasti akan masa hadapannya bagaimana..

tetapi..dengan panduan yang satu dan utama..
hakikat perjalanan ini hanyalah sementara..
walaupun payah namun ia sangat indah..
yang pasti.., perjalanan ini ada matlamat dan pengakhirannya..

'pengakhirannya'..
selamilah maknanya dengan hati..

ehem, بسم الله الرحمن الرحيم 
fuuh (tiup habuk)...
semoga hati sentiasa di vacuum dengan iman dan tarbiyah.. (xberhabuk macam blog ini).. insyaAllah~

tarbiyah...
inilah awwal kalimah yang ana dapat masa mula2 berkenalan dengan kakak 'Hidayah'.. (kalu nak kenal sape akak tu, sila cari dalam kamus DnT)
apa itu tarbiyah..???
insyaAllah, di sini, ana mampu menterjemahkan sedikit cuma akan makna tarbiyah berdasarkan penghayatan, pemahaman dan pengalaman yang ana lalui sepanjang berada di jalan tarbiyah ini~
kawan2, Tarbiyah itu merupakan satu didikan. Didikan yang membina..membina..? hurm, kita nak bina apa..? tepat sekali, untuk membina Individu Muslim...!
dengan tarbiyah, ana tahu dan sedar akan tujuan & matlamat hidup kita:

sebagai 3abid
"Aku tidak menciptakan jin dan  manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku" [51:56]
dan khalifah

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan  khalifah di bumi' " [2:30]
ok, selepas kita tahu dua matlamat ni, takkan nak goyang kaki jer..kan? kakak Hidayah itu terus dan sentiasa memberi petunjuk (namapun kakak hidayah :D) akan cara untuk kita laksanakan tugas ini.. camne tu..?
dengan membina diri kita ke arah menjadi IM yg betul2 faham akan prinsip kita mencapai redha Allah..

usrah--> IM :)
tarbiyah adalah satu porses pendidikan yang lama, panjaaaaaaaang dan perlukan keistiqamahan sehinggalah satu demi satu anak tangga maratib amal berjaya kita jejaki..dan akhirnya menjadikan kita benar-benar menjalankan dua tugas hidup kita.. ada satu lagi kalimah yang sentiasa seiring sehaluan dengan tarbiyah~ na3am, ia adalah da3wah..

da3wah dan tarbiyah bagaikan isi dengan kuku..tarbiyah tidak mampu berdiri lama dalam diri kita andai ia sendirian [menerima tanpa memberi] dan da3wah tidak mampu mengalir deras andai ia sendirian [memberi tanpa menerima].. dan kedua-dua ini tidak mampu kekal lama dalam jiwa kita tanpa ada paksinya, iaitu usrah.. 
yang mendorong kita untuk kekal dalam jalan da3wah dan tarbiyah ini adalah istiqamah dgn usrah..
kerana usrahlah wasilah tarbiyah yang utama..

usrah merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani proses tarbiyah yang dibina pada asas semangat ukhwah islamiyah~ dalam usrah, kita bersama-sama membina diri menjadi individu muslim..

hakikatnya..tarbiyah itu ada maknanya tersendiri..
antunna semua pasti ada persepsi tersendiri akan erti tarbiyah..
kerana..
"Tarbiyah bukan segalanya, tetapi, segalanya bermula dengan TARBIYAH"

rasailah kemanisan dan keoseman tarbiyah dengan pengalaman sendiri..
hanya mereka yang memahami tarbiyah mampu berkata..
tarbiyah itu osem, tarbiyah itu sweet, tarbiyah itu cinta..

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari aqidah yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata..
[62:2]

"Tidaklah sebuah kaum berkumpul di salah satu rumah dari rumah-rumah Allah, 
yang dibacakan di dalamnya kitab-kitab Allah, 
dan mempelajarinya di antara mereka.
kecuali akan diturunkan kepada mereka ketenangan
dan dilimpahkan kepada mereka rahmat 
dan mereka dikelilingi malaikat
serta Allah menyebu-nyebut mereka kepada makhluk disisiNYA 
dan siapa yang lambat amalnya, hal itu tidak dipercepat oleh nasabnya"
_HR MUSLIM_

semoga kita sentiasa mendapat rahmat Tarbiyah daripada yang selayaknya..dari Rabbul 3izzati..
wallahu ta3ala a'3lam..