Gema Jihad
Sunday, May 24, 2026
Dari "Johho" ke Johor
Sunday, April 26, 2026
Sunset?
Pernah ditanya,
lebih suka tenggelam atau terbitnya matahari?
Katanya, tenggelam.
Kerana setiap yang berlaku hari ini,
seakan tenggelam bersama senja.
Sebuah episod ditutup dengan tenang.
Selesai.
Indahnya,
taat mentari pada perintah Tuhan, datang dan pergi tanpa pernah ingkar.
Apabila matahari kembali terbit,
semalam tidak pernah hilang.
Ia cuma bertukar nama.
Daripada “realiti”, menjadi “kenangan”.
Dan dari kenangan itu,
ada harapan.
Kerana waktu tidak pernah padam,
ia hanya mengubah tafsiran.
Terbenam dan terbit:
bukan sekadar pergerakan cahaya,
tetapi takdir tentang waktu
yang mengajar kita menerima dan melepaskan.
Kerana setiap memori tetap ada,
walau hari telah berlalu…
selagi matahari itu,
masih diberi izin untuk terbit lagi.
Saturday, November 22, 2025
Kawan Baik vs Kawan yang Baik
Tapi jika seseorang itu kawan baik yang baik, itu bonus besar dalam hidup. Jaga sebaiknya.
Monday, November 3, 2025
Hilang
Saturday, October 18, 2025
Teruskan
Bismillahirrahmanirrahim.
Lama juga ambil masa, berfikir nak letak tajuk yang tak cliche. Berdamai dengan takdir. Berdepan dengan pelbagai 'kegagalan', rasa takdir tidak menyebelahi. Lalu, harus berdamai?
Betul, bukan mudah untuk move on. Bukan mudah untuk melepaskan sesuatu yang pernah kita genggam dengan penuh harapan. Dalam apa jua perhubungan. Anak dengan ibubapa, sesama adik beradik, rakan, ibubapa dengan guru, malah melibatkan pelbagai institusi seperti sekolah dengan kementerian, netizen dengan media sosial.
Namun, hidup ini bukan hanya tentang menggenggam, tapi tentang belajar melepaskan, apabila Allah mahu kita lepaskan. Belajar tentang had dan batas. Belajar juga tentang kebergantungan, apabila Allah mahu kita tahu, kita milikNya.
Tiada tujuan lain, setiap takdir yang terjadi, baik atau buruk, adalah perjalanan tarbiah daripada Allah.
Orang kata: “Kita mungkin tidak nampak hikmahnya sekarang, tapi satu hari nanti, kita akan sedar, semua yang terjadi itu adalah bentuk kasih sayang Allah.”
Tapi ulama' salaf kata:
الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها
"Kalimah hikmah (ilmu pengetahuan) itu adalah barang tercicir milik orang yang beriman. Di mana sahaja ia menemuinya, maka dialah yang paling berhak ke atasnya."
'Hikmah' yang kita tak nampak sekarang, tak akan nampak jika tak cari.
Penat kan dengan takdir yang berlaku pada dunia sekarang. Buli, tikam, gencatan senjata, saling menyalahkan, eh, banyak lagi lah..ini takdir global, takdir diri sendiri pun belum habis 'berdamai' lagi.
Jadi, biarlah hati ini belajar berdamai.
Apa yang hilang, biarlah pergi dengan doa. Apa yang datang, sambutlah dengan syukur. Carilah 'hikmah', jangan tunggu datang bergolek. Hikmah ni maksudnya 'wisdom'. Setiap yang berlaku, bukan sia-sia. Ada peringatan 'takdir' ingin sampaikan.
Teruskan perjuangan dalam berdepan dengan apa sahaja ketentuan, dan dalam setiap langkah, bisikkan pada diri:
“Allah sedang menulis kisah yang lebih indah. Aku hanya perlu terus percaya.”