“Salam ukhti. Nak tanya. Nanti terlibat penggubalan di Johor Bahru kan? Nak pergi sekali dengan ana?”
Begitulah bermulanya satu lagi kisah tentang Johor.
Sejak kecil, Johor sudah jadi satu nama yang selalu disebut-sebut dalam gurauan.
“Nak pergi mana?”
“Johho.”
Entah kenapa, daripada 14 negeri di Malaysia, Johor selalu terasa dekat di hati walaupun belum benar-benar mengenalinya.
Selepas SPM, terfikir juga kotlah kena sambung pengajian di sana.
Alhamdulillah, aturan Allah membawa langkah ini lebih jauh, ke Jo—rdan.
Di bumi Jordan, ramai rupanya sahabat berasal dari Johor. Daripada merekalah, mula mengenali satu nama yang cukup besar dalam dunia MUSLEH — SMIH dan SRIH.
Sekolah yang sering disebut dengan penuh hormat.
Tak pernah terfikir, suatu hari nanti Allah izinkan kaki ini menjejak ke sana sebagai penggubal soalan.
Pada 23 Mei, bermula sebuah perjalanan yang sederhana, tetapi meninggalkan bekas yang sangat dalam.
Kadang-kadang hidup ini benar-benar seperti connect the dots.
Kita tak faham ketika sedang melaluinya, tetapi Allah sedang menyusun semuanya dengan takdirNya.
Setahun berlalu.
Rupanya kisah tentang Johor belum selesai.
Ada kenangan yang ingin dilukis semula.
Ada rasa yang pernah singgah, mahu dikenang kembali.
Namun hidup juga mengajar satu tarbiah:
Tidak semua yang kita sayang akan menjadi milik kita.
Perlu melepaskan apa sahaja, kerana yang menjadi hak, hanyalah segala kebaikan yang diberi dengan sepenuh keikhlasan.
Tentang perancangan.
Tentang ukhuwwah.
Tentang kehidupan.
Dan Allah sebaik-baik Penentu.
Mei 2026.
Beraya Haji di Johho.
Insya-Allah, nak jumpa anak buah baru pula.
Ada je indahnya, cuma kena cari.
Allah sentiasa mencipta 'sebab' untuk hati terus kuat dan thabat.