Pernah ditanya,
lebih suka tenggelam atau terbitnya matahari?
Katanya, tenggelam.
Kerana setiap yang berlaku hari ini,
seakan tenggelam bersama senja.
Sebuah episod ditutup dengan tenang.
Selesai.
Indahnya,
taat mentari pada perintah Tuhan, datang dan pergi tanpa pernah ingkar.
Apabila matahari kembali terbit,
semalam tidak pernah hilang.
Ia cuma bertukar nama.
Daripada “realiti”, menjadi “kenangan”.
Dan dari kenangan itu,
ada harapan.
Kerana waktu tidak pernah padam,
ia hanya mengubah tafsiran.
Terbenam dan terbit:
bukan sekadar pergerakan cahaya,
tetapi takdir tentang waktu
yang mengajar kita menerima dan melepaskan.
Kerana setiap memori tetap ada,
walau hari telah berlalu…
selagi matahari itu,
masih diberi izin untuk terbit lagi.