Gema Jihad

Wednesday, July 24, 2013

Sahabat Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Empat hari yang lepas, berat tangan untuk membuka kunci rumah, berat lagi kelopak mata yang menahan. 
Tiga hari yang lalu, dengan muka yang mengantok, kaki digagahi jua untuk melangkah naik tangga rumah.
Dua hari sebelumnya, kaki melangkah laju untuk tiba di atas katil bagi segera menyambung 'solat sunat witir'.
Dan semalam, pak imam masjid datang menghampiri untuk tolong kejutkan sahur. 
*semua ini berlaku gara-gara mengantuk yang amat ketika solat terawih

Mana perginya semangat menyambut kedatangan Ramadhan sepertimana hari pertama dia datang?
Mana perginya suara ikhlas mengalunkan ayat suci Al Quran bagi mencapai target untuk khatam pada Ramadhan kali ini?
Ke mana hilangnya jemaah terawih yang memenuhi saf2 di masjid?

Astaghfirullah..

Fasa pertama Ramadhan telah berlalu.
Hari ini, dah.. 15 Ramadhan 1434

M.U.H.A.S.A.B.A.H

Masih lagi berbaki 15 hari.
Takkanlah kita nak sia-siakan 15 hari ini dengan meneruskan perjuangan nafsu kita yang bermalas-malasan itu..?

Setiap kali Ramadhan datang, dia pasti datang bersama sahabat baiknya.. Sahabatnya ini sungguh mulia bagi Ramadhan, sangat istimewa.. Hanya golongan tertentu dan terpilih sahaja yang dapat bertemu dengan si sahabat Ramadhan ni.


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya Al Quran pada malam qadar.
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.
Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.
Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.
Malam Al Qadar, inilah sahabat Ramadhan..
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?



Kenapa malam ini dinamakan malam kemuliaan?
Kerana malam inilah merupakan malam permulaan diturunkan Al Quran dari Lauh Mahfuz kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم



أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Jadi, takkanlah kita nak lepaskan peluang keemasan ni begitu sahaja!
Mungkin Ramadhan kali ini, adalah Ramadhan terakhir buat kita, dan malam al qadar sangat limited edition..

Pada fasa terakhir bulan Ramadhan dikatakan sebagai fasa keampunan..berusahalah beribadah seikhlasnya kerana Allah, berusahalah supaya kita terpilih menjadi golongan yang dapat berjumpa dengan malam al qadar..
Cuba antunna bayangkan, dalam kita ikhlas beribadah mendapatkan ampunan Allah, ditakdirkan pula pada malam tu adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan, maknanya, satu malam kita beribadah, umpama kita beribadah selama 1000 bulan..

Jom sama2 kita amalkan doa ni..


Salam 15 Ramadhan
Semoga Allah pertemukan kita dengan malam al qadar..

والله أعلم

Friday, July 5, 2013

Dakwah untuk semua

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Muhammad Ya Nabi (Bahasa Faransi)

Al-Mu3allim (Bahasa Inggeris)

Ya Nabi Salamun 3alaik (Bahasa Melayu)

Muhammad Nabina (Bahasa Arab)


Berbeza bahasa, berbeza negara, malah, berbeza bangsa.. tapi, hakikatnya, kita semua umat Baginda 
محمد صلى الله عليه وسلم ..

Alhamdulillah, untuk sem soifi ni, ana diberi peluang untuk belajar bahasa Perancis. Masa awal-awal nak tasjil madah ni, terfikir-fikir jugak untuk insihab, kerana tidak sukakan bahasa asing, bahasa penjajah.. betapa dhaifnya pemikiran ini.. Astaghfirullah.. 

Islam adalah untuk semua, bukan untuk bangsa Arab, bukan untuk orang melayu, untuk semua umat محمد صلى الله عليه وسلم ..

Tak lengkap kita belajar sesuatu bahasa tanpa mengenali budaya bangsa itu sekali. Dukturah Rana (Dr yang ajar bahasa Perancis) pada awak kelasnya, menceritakan serba sedikit tentang budaya bangsa France, kehidupan mereka penuh dengan nilai-nilai Islam.., dalam aspek kebersihan, muamalat.. mereka hanya tidak Islam dari segi aqidah.. Duktur ada cakap, semasa saya belajar kat sana, saya bangga menjadi muslimah, saya bangga dengan agama Islam, tapi sayang, bila saya balik ke tempat asal saya, nilai-nilai Islam yang saya banggakan telah pupus..kita hanya Islam kerana orang kata, bangsa Arab adalah beragama Islam.

Subhanallah.., terdetik di hati ingin turut menyebarkan Islam ke sana.. tapi, macam mana nak sampaikan dakwah di sana kalau kita tak pelajari bahasanya..

Mungkin pada awalnya, hanya tahu..

un
deux
trois
quatre
cinq

insyaAllah, kalau matlamat dan hadaf jelas kenapa kita nak belajar sesuatu bahasa tu.. nanti, lama-lama..
dah boleh baca lirik ni sekali:

Ta vie n'est pas une simple histoire
Tes œuvres sont gravées dans nos mémoires

Tu es pour nous comme l'exemple-modèle
A ton message nous restons fidèles

YA MOHAMMED YA NABI (Refrain × 2)

Ya Mohammed, ta bonté est immense
Ya Mohammed, tu es la référence

Tu nous as guidé à la vérité
Ton arrivée a chassé l'obscurité

YA MOHAMMED YA NABI (Refrain × 2)

Grâce à toi nous avons suivi le droit chemin
Sans toi Ya nabi nos cœurs seraient éteints

Nous louons Dieu de t'avoir envoyé
Paix et bénédiction sur toi messager.

YA MOHAMMED YA NABI (Refrain × 2)

SALLA ALLAHOU ALAYHI WA SALAM 

على كل حال

jadilah seperti Habib An Najjar..walau di mana kita berada.. ikhlaskan niat untuk sebarkan Islam, sampaikan al Haq..

mungkin cita-cita nak kuasai bahasa itu agak sukar..kerana sekarang, ana berada di bumi sham, jadi, kena kuasai bahasa Quran dahulu.. kerana bahasa Arab jua, bahasa syurga.. hurm, malah, ikut kajian, seseorang manusia mampu kuasai 7 bahasa! 

Jadi, 

MAKE A DIFFERENCE..!

pesan ukhti France: Kegagalan bukan janji Allah..

keep calm and move forward..



au revoir

والله أعلم