Gema Jihad

Monday, December 29, 2014

pretty amazing


Tengok gambar ni dah cukup untuk gambarkan perasaan kan?

Yup, Betul, this life is pretty amazing.

Penutup tahun 2014.

MH370
MH17
Pesawat A320-200
Banjir

Malaysia.

Israeli forces in occupied East Jerusalem shot 5-year-old Muhammad Jamal Ubeid in the face with a rubber-coated steel bullet, Wednesday afternoon, as he was exiting a school bus on his way home.

Four Palestinians, including an elderly women, were reported to have been injured in the occupied West Bank on Friday, after Israeli forces opened fire on protesters in two separate villages.

Palestin.

Taliban attack in Peshawar school a ‘national tragedy'

Pakistan.

Turkey observes one-day mourning over Peshawar tragedy

Turki.

لا حول ولا قوة إلا بالله

Teringat pernah tadabbur satu ayat ni:

قوله تعالى:

{مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ}(التغابن/11). 

Tidak ada tertimpa sesuatu musibah kecuali dengan izin Allah. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia (Allah) akan memberikan petunjuk kepada hatinya. Dan Allah terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui). 

Betapa peringatan ini telah pun Allah rakamkan firmanNya dalam Al Quran.
Hanya sahaja bergantung kepada kita mahu dengar dan ambil iktibar, atau sebaliknya.

pretty amazing!

ada satu benda penting untuk kita take note, dan ambil perhatian.

[stop & look]

Sebab terkadang kita rasa kita busy sangat, busy mengalahkan Sultan Muhammad Al Fateh yang merancang menakluk Konstantinopel, sibuk bagaikan Khalid Al Walid menyusun strategi-strategi perang, atau sibuk menaip 'nasihat-nasihat' di muka buku seperti Imam As Shafie mengarang kitab Al Umm..

iya kan?
nah, kalau benar kita sesibuk itu, stop and look. 

ops, bukan disuruh look saja, berfikir dan bermuhasabahlah.

Sibuk mereka untuk apa? Sibuk kita untuk apa?


*******
Ambillah iktibar atas setiap apa yang berlaku di sekeliling kita.
Bukan sekadar lalu di depan mata begitu sahaja bagaikan mengskrol update-update news dari laman sosial. 

Kalau dekat, pergi turun padang untuk bersama hulurkan bantuan. [contoh: banjir] Paling koman lah, kirimlah doa, tapi yang ni paling kuat kalau doa itu betul-betul ikhlas. Ekceli, apa yang perlu kita lakukan sekarang, 
Do Something for Ummah!

Seriously, Ummah sangat-sangat perlukan kita sekarang, kita?
Kita yang tengah sedar akan ke'tenat'an Ummah.

Semoga tahun 2015 Masehi ini merupakan peluang sekali lagi untuk kita baiki yang silap, betulkan yang salah, pelajari untuk penambah baikan mutu amal-amal kita. Dan masih berpeluang untuk kita benar-benar menjadi QS [qaidah sulbah: tulang belakang] perjuangan Nabi kita, 
محمد صلى الله عليه وسلم

Sebenarnya, dah lama masuk tahun baru. Hari ni dah 7 Rabiul Awal 1436H..


p/s: credit picture: @Shurhabil Hasanah Ecopark, 
credit news: http://www.imemc.org/article/70107 http://m.www.astroawani.com/ http://indianexpress.com/ http://www.dailytimes.com.pk/


Saturday, July 19, 2014

Jihad Kita!

Pada suatu hari ketika kelas Asasiyat Ilmu Falak...

Ukhty S: Enti, nak pinjam pen boleh?
Ukhty H: Ukhty, macam mana boleh tertinggal senjata kita ni?
Ukhty S: Ada jer dalam beg ni, malas nak ambil.. Astaghfirullah..
Ukhty H: Inilah Jihad Kita!


Fuh,fuh,fuh,
Tepuk dada tanya Iman.

Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari ke 21 Ramadhan.
Ya Allah, tetamu istimewa sudah mahu pulang, tapi, Alhamdulillah, sebelum Akh Ramadhan pulang, beliau ingin menjemput sahabat baiknya, Akh Qadar untuk sama-sama hidupkan suasana rumah kita. tapi..., kata Akh Ramadhan, kitalah yang kena usaha cari Akh Qadar.. 

Ya Allah, dalam kegembiraan kita nak mencari Akh Qadar, kita disajikan dengan pelbagai ujian dan nikmat...

Ramadhan kali ini,



#OperasiBadar
Subhanallah, kagum dengan perjuangan Briged Al Qassam,
Mereka sedang berjuang menyelamatkan Tanah Kita!
Adakah kita hanya mampu melihat? 
Tidakkah kita turut ingin mencapai kemenangan ini?!

Jom sertai Jihad ini, walau dengan sebatang pen, walau dengan sebaris kata, malah walau dengan sepotong doa!

Ps: Terharu dengan aturan dan susunan Allah, pada semester ini, ana tengah ambil subjek Fiqh Jihad, lima hari seminggu sentiasa diperdengarkan tentang ayat-ayat Jihad, malah setiap hari juga, Duktur selalu bercerita tentang kisah para sahabat dalam perjuangan mereka hanya semata untuk menegakkan kalimah Allah.

{فَلاَ تَهِنُوا وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ وَأَنْتُمْ الأَعْلَوْنَ وَاللَّهُ مَعَكُمْ وَلَنْ يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُمْ}(محمد/35). 

Wallahu a3lam.

Wednesday, July 2, 2014

Zodiak!

subhanallah.
subhanallah.
dan sekali lagi subhanallah.

Sangat kagum dengan Ilmu Falak!
Betapa Allah Azza wa Jalla, sangat Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Pernah tengok tak simbol-simbol ni..?
Tipu kalau tak pernah tengok..
Sebab simbol ni ada dalam whatsApp :)

yup, inilah zodiak. Bahasa Arabnya: البروج

Dari mana datangnya buruj ni?
Melalui proses:  (الترنح (دوران محور الأرض
Bahasa omputihnya: Precession

sewaktu proses Bumi berputar pada paksi, pelbagai kejadian alam yang berlaku, antaranya:
-siang malam
-4 musim
dan pada awal-awal pengkajian ilmu falak, astronomi Mesir (Mesir juga merupakan pengkaji ilmu falak terawal) telah menemui buruj-buruj ini..

Precession ini lengkap dan selesai dalam masa 26 000 tahun.
Apa yang membuatkan ana tertarik sampaikan terpanggil untuk menulis kat laman belog ini,
sebab, teringat waktu kecik-kecik dulu, kawan-kawan ada cakap, tak baik kita percaya dengan benda-benda ni.. :)

Dan sampai sekarang ana sangat tak suka apabila orang nak kaitkan tarikh lahir kita dengan nama-nama buruj. Sebenarnya, yang tak baiknya apabila kita menilik nasib dan melawan fitrah keimanan yang sepatutnya kita beriman dengan qada' dan qadar, bukannya, siapa yang lahir bulan Sagitarius, maka kalau pasangannya Aries, akan porak perandalah rumah tangga tu.. (xder kaitan kan..?)

Jadi kembalilah kepada Islam dan iman..

Dan hakikatnya, Allah jualah yang menciptakan bintang-buruj-bulan-semualah..

Subhanallah!

Jadilah kita golongan yang membuka minda, aqal dan hati.
Melihat kejadian alam, boleh meningkatkan iman. Trust me :D

Tapi tak semudah itu, yakni, dengan hanya melihat~~~of kos perlu menghayatinya dan berfikir..
Dalam Al Quran, banyak Allah bersumpah dengan bintang, dan ada banyak juga nama-nama surah menggunakan nama bintang.
Nak bagitahu di sini, Allah pastinya tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Back to track ^-^
Waktu anda melihat ke langit, pernah tak terfikir, macam mana penciptaannya?
Macam mana bintang-bintang tu boleh tegantung di langit tanpa jatuh?
Kenapa bulan bulat?
Kenapa ada juga planet-planet lain selain bumi?
Kenapa kita tinggal kat bumi bukan di zuhal yang cantik ada gelang?

hurm, untuk dapatkan jawapan-jawapan nii..., kita sama-sama hayati ayat-ayat suci Allah...

"Demi langit yang mempunyai gugusan bintang." 85:1
"Sungguh, Dialah yang memulai penciptaan dan menghidupkannya." 85:13
"Apabila langit terbelah..." 84:1
"Dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan" 82:2
"Demi atap yang ditinggikan." 52:4

Sempena Ramadhan ni, banyakkan tadabur ayat-ayat Allah..
Semoga Ramadhan kali ini benar-benar menghampirkan kita dengan ketaqwaan!
Ameen...

رمضان صناعة المتقين

رمضان كريم

:)



Friday, June 20, 2014

Buka Mata-InspirasiFalak-

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركتة

*******tengah belajar subjek (Asasiyat Ilmul Falak)*******

Helaian demi helaian dibelek, 
Patah kata demi patah kata diterjemahkan,

Terasa diri kerdil sangat, 
Kerdil tatkala melihat kebesaran ciptaan Allah!

Matahari.
Bintang.
Galaksi.
Bulan.
Langit.
Angkasa.
Planet.

Allahu Akbar!

Dan, ada satu perkataan yang ana jumpa ni, yang membuatkan ana terpanggil untuk kongsi bersama :D

( أرسطو )

Search dalam kamus e-miftah, tak jumpa, last2, cari dalam Google Translate, tersengeh sorang2.

أرسطو = Aristotle

Jadi, dengan semangatnya, ana searchlah pasal Pak Cik Aristo ni, dan jumpa quote dari beliau:

Tapi, sebelum tu, nak kongsi ayat Quran yang benar-benar membuka mata, actually, buka hati ana..

Surah Al Baqarah ayat 72-74

Artinya: 
“Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia lalu kamu saling tuduh-menuduh tentang itu. Dan Allah hendak menyingkapkan apa yang selama ini kamu sembunyikan, [72]. 
Lalu Kami berfirman:”Pukullah mayat itu dengan sebagian anggota sapi betina itu!”. Demikianlah Allah menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kekuasaan-Nya agar kamu mengerti,[73]. 
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yangmeluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.”[74] 

Makna ayat2 ini secara keseluruhannya:

Allah berfirman kepada orang2 Yahudi sambil mengecam mereka, "Ingatlah tatkala salah seorang dari pendahulu kalian membunuh kerabatnya agar dapat mewarisinya, lalu, berseterulah masing2 mengenai siapa pembunuhnya. Masing2 membantah kalau si pembunuhnya berasal dari kalangan mereka. Realitinya, Allah pasti akan menampakkan apa yang kalian sembunyikan tersebut. Demi menegakkan kebenaran dan membuat malu para pembunuh, lalu, Allah memerintahkan kalian untuk memukulkan si mati dengan sebahagian dari anggota-anggota badan sapi betina tersebut, sehingga dia hidup kembali dan memberitahu tentang siapa yang telah membunuhnya. Lantas kalian melaksanakan perintah tersebut, lalu Allah menghidupkan si terbunuh dan dia pun memberitahu siapa pembunuhnya. 
[Sumber Rujukan: Tafsir ibnu kathir]

Sangat terkesan baca ayat ni, tambah2 lepas tengok video tentang peredaraan bumi, dan ciptaan Allah. Dalam buku أساسيات علم الفلك ada juga menceritakan tentang big bang theory. Walaupun tak puas hati dengan kenyataan yang dibuat oleh Darwin, tapi, sekurang-kurangnya, dia mengkaji! Dan hanya kerana Darwin tidak mendapat hidayah dari Allah, mungkin itu sebabnya dia mengeluarkan kenyataan mengatakan alam semulajadi terjadi dengan sendiri. 

Maka, bersyukurlah, bersyukurlah kita yang mendapat nikmat iman yang yakin bahawa setiap ciptaan, ada penciptanya!

Ana sangat terkesan dengan ayat ke-74:
[ hatimu menjadi keras seperti batu bahkan lebih keras lagi …]

Berbalik kepada quote Pak Cik Aristo yang ana nak kongsi tadi:


Kata-kata Aristotle ni mengingatkan ana tentang ayat2 dari Allah, yang jauh lagi memberkas di hati.
Allah kata, hati kita boleh jadi keras, bahkan bila kerasnya hati, keras lagi daripada batu. 

Dalam qoute tu, dia cakap, 'Educating', educating ni, dalam bahasa melayunya pendidikan, dan bahasa arabnya, 'التربية'. Kalau tengok pada ayat 72-73, kenapa orang2 Yahudi menjadi watak dalam ayat ni dan dikaitkan dengan ayat 74?

Allah nak bagitahu kita yang, hebat mana pun akal fikiran kita, tapi ilmu dan fikiran kita tu tetap dikatakan tiada pendidikan tanpa ada pendidikan hati. Batu yang keras itu, andai setiap hari air mengalir di atasnya, bisa menjadi licin lantas mengubah sifatnya yang keras... dan hati... hati yang keras itu bisa dilembutkan dengan sentiasa mensucikannya dengan inti pati tarbiyah, ia haruslah,

Istiqamah| Mujahadah| Ikhlas| Ihsan 

Subhanallah walhamdulillah, 
Belajar tentang ilmu Falak, sangat2 membuka hati, mengingatkan kita betapa rendah dan hinanya, melainkan mereka yang ada pentarbiyahan hati..., yang mentarbiyah hatinya untuk kenal Allah, merasa kagum dengan ciptaan dan kebesaranNYA, yang akhirnya, membuatkan kita takut padaNYA dalam erti kata mencari ketaqwaan dan berharap akan redhaNYA...

InspirasiFalaq,
Terus dan sentiasa terinspirasi dengan falak dan ilmu2 Allah.

Tapi.....,
Rasulullah Junjungan kita dari dulu lagi ada pesan kat kita:

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik dalam membuat persiapan untuk alam berikutnya, maka itulah orang yang bijak.”
[Sunan Ibnu Majah, no. 4249. Dinilai hasan oleh al-Albani]

Friday, April 25, 2014

1408

بسم الله الرحمن الرحيم

A: Ukhty, maza taf3alin? Asyik dengan fon je....!
B: Ana tengah recap jadual ni.
A: Jadwal? Jadual tasjil madah ke?
B: Enti, jom join sekali! Best! Saufa yakun hayatuki bil afdhal syai' wa munazzom kaman.
A: Maza?
B: ODOJ


ODOJ?

Assalamualaikum buat pembaca sekalian. Ha!, dah baca al kahfi belum hari ni? :)

Pertama-tamanya, Alhamdulillah segala puji dikembalikan kepada Allah kerana masih diberi peluang menaip kata meluah rasa berkongsi idea.

One Day One Juz.
Inilah topik yang ana teringin sangat untuk bercurhat dengan pembaca sekalian. Dulu, pernah diajak oleh seorang ukhty ni untuk join ODOJ. Rasa tertarik juga untuk turut serta, tapi memikirkan komitmen, hati waktu itu berbolak balik untuk join.

3ala kulli hal, Alhamdulillah, akhirnya pada satu hari yang bosan, tak tahu nak buat apa, (boleh pulak seorang daie tu ada waktu tak tahu nak buat apa? -cek iman- T_T ) terbuka lah website http://onedayonejuz.org/
pastu gatal tangan terus register. dan Alhamdulillah, sekarang hampir 3 minggu become an odojer :D

Tetiba je promote odoj. Sungguh, sebenarnya, terbit rasa kagum dengan negara sahabat seaqidah. Indonesia. Negara inilah yang memulakan usaha melahirkan individu generasi Al Quran. Usaha ini pada awalnya, mungkin nampak sukar, namun, berkat keikhlasan, tawakkal, dan keyakinan yang tinggi mereka yang mempunyai hati yang ikhlas menegakkan syiar Islam, Allah pasti permudahkan.

Teringat kata Murabbi, dipetik dari tafsir fi zilal,

"Tugas menyampaikan dakwah bukanlah tugas sukarela, malah, tugas itu adalah tugas yang ditaklif dan diwajibkan dengan penuh ketegasan, tugas yang tidak ada ruang untuk melarikan diri dari melaksanakannya, 
kerana Allah berada di belakangnya."

Ok, insaf berjemaah. T_T
Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha tuan-tuan dan puan-puan dari negara seperjuangan. Sungguh, terinspirasi dan ta3jub dengan usaha kalian!

Nak ulang balik, tugas dakwah bukanlah tugas sukarela, tapi, yang diTAKLIFkan. kerana Allah berada dibelakangnya. Allahu Rabbi, sejak berada dalam gerabak dakwah ini, pelbagai perasaan datang, futur, malas, lagi sedih, terkadang datang juga perasaan riak, dan takabbur, astaghfirullah.

Susah bukan! Masakan bisa ke syurga kalau tiketnya cuma sebegitu gampang! Syurga yang harganya mahal, pasti perlukan jihad yang tinggi jua.

Ukhty ukhty sekalian...
Ya! Memang antunna semua tahu je yang jalan dakwah ni sukar, selalu je dengar akhawat kata jalan ini panjang... troll tarbawi buat status itu dan ini, tapi, sejauh mana kita cukup hanya untuk tahu dan baca dan lihat dan dengar? 

Hakikatnya, semua perasaan-perasaan yang datang tu, sebenarnya kita kekurangan sesuatu. 

B.E.K.A.L.A.N  R.O.H.A.N.I

Mulakan langkah kita, 
Ambil first step, jangan mula yang berat-berat dulu, takut-takut ia hanyalah hammasah semata tanpa disusuli iman. Jadinya, nak tak nak, berbalik pada mutaba'ah amal kita, kerana mutabaa'ah amal lah yang mencirikan individu muslim seseorang.. kan?

Dalam buku زاد على االطريق pesanan dari syaikhuna, Mustafa Masyhur, yang paling penting, bekalan rohani kita adalah معية الله . Kebersamaan dengan Allah dalam setiap gerak, diam, berjalan, berlari, berfikir, berkata-kata, semuanya, merasa kebersamaan dengan Allah. 

Amalkan yang ni dulu. Masyi?

Bila dah betul-betul rasa kebersamaan dengan Allah, barulah, bekalan-bekalan lain yang kita perlukan, dapat dilaksanakan dengan berkesan sekali.

Ehem, paling penting, jangan lupa baca Quran! Inilah salah satu lahzah/ waktu kita bersama Allah dengan menghayati kalam suci dariNya. 

B: Ezzah! Jom habiskan ODOJ!
A: Erk, okey. Nak habiskan tulisan ni kejap.

Wallahu a3lam.

 Ini group ODOJ ana :D
Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat mengenali akhawat yang bersama menuju redha Allah.
Selain dapat ODOJ untuk diri sendiri, ana juga dapat baca doa khatam setiap hari, Subhanallah. Yang lagi osem, dapat kenal dan berukhwah.

Mira|Puss|Putri|Riani|Laila|Resty|Utin|Septi|Susi|Mawiyah|Nita|Tisha|Uya|Heni|Muti|Eva|Ella|Yani|Destya
Sulis|Umi|Liza|Fina|Hesty|Intan|Kurnia|Lana|Nilam|Humairah

Monday, April 21, 2014

For My Best Friend..

بسم الله الرحمن الرحيم

Sahabat, be strong yeah!

Mengenali dirinya tujuh tahun yang lalu..seorang yang ceria, sentiasa tersenyum, tapi di saat dirinya sedang emosi, bagi je coklat, pasti hati si pemberi itu lega tatkala melihat sebaris susunan giginya yang cantik putih tersusun.

Ouh, betapa hati ini rindu pada sebuah kenangan dahulu.
Lantas, sepotong doa dikirimkan..

Dan Alhamdulillah, dengan segala rahmat dari Allah, Allah masih menjaga hubungan kami. Yes, I do miss her. Rindu sangat, mungkin jarak menjadikan perhubungan kami terbatas. Tapi, segalanya disusun Allah. 

Sahabat...
Ke mana sahaja kita pergi, sahabat itu pasti ada, tapi, sejauh mana kita hargai sahabat..
Sejauh mana kita saling berpesan-pesan pada kebenaran?
Adakah bersahabat hanya kerana dia seorang yang scorer? 
Atau kerana dia anak kepada pemilik syarikat Petronas?
Atau kerana dia penadah masalah dan bebelan kita yang setia di sisi?

:)

Tapi jawapan ini ada pada tahap iman kita...

Berukhwah demi perjuangkan keimanan!
Berimanlah dalam berukhwah!

Afiqah M Zani
Allah sentiasa ada untuk kita..

Sunday, April 6, 2014

94: 1-8

After hardship comes ease - lyrics by Saif Adam

Well I know it's more than love now
'Cause you mean everything
I hear you talking when you're sleeping
Reality
I know you're goin through hardship
And I know that you're scared
But you don't need to worry 'cause Allah is there

Oh I will never let you go
You're my heart my love my soul
And the choices that we make
We gotta make our own
Gotta stand on our feet
As we take this direction

When we take on the world all the diamonds and pearls 
Couldn't take me away from your smile and your love 
And I know you feel lost
And you wanna give up
After every hardship comes ease

May Allah bless our way
And our intention
Stay pure every day
Be a better person
Open the gates to heaven
Guide us the way
Guide us the way

Day by day we're getting old
All the stories that we're told
As a kid I was listening listening
Always I'm listening

Inshallah father of a child
With all the loving I provide
Children sleeping through the night
the mother singing a lullaby

Oh I will never let you go
You're my heart my love my soul
And the choices that we make
We gotta make our own
Gotta stand on our feet
As we take this direction

When we take on the world all the diamonds and pearls 
Couldn't take me away from your smile and your love 
And I know you feel lost
And you wanna give up
After every hardship comes ease

Wednesday, January 1, 2014

What You've Become

بسم الله الرحمن الرحيم


2 0 1 3

Baru je melabuhkan tirainya.
Kehidupan selama 365 hari dinikmati, dilalui, dihiasi dengan penuh warna warni..

Ingin ku tonton kembali setiap episod kisah cerita kehidupan ini.
Untuk menikmati sekali lagi saat hati diwarnai dengan warna senyuman kebahagiaan.
Ingin melihat kembali detik perasaan disaat hati diwarnai dengan warna kejayaan.

Malah, tak lupa juga untuk ku hayati kisah itu disaat hati diwarnai dengan warna kedukaan.
Agar ku ingat kembali cara ku warnai hati yang kekalahan.
Untuk tidak kuulangi lukisan itu pada hari mendatang..

Namun, inilah kehidupan.

2 0 1 4

Datang membuka tirai.
Alhamdulillah dengan nikmat usia.
Alhamdulillah masih diberi peluang.
Untukku mewarnai sekali lagi lukisan kehidupan.

Namun bukan lagi dengan warna yang dulu.

Kerana warna sekarang diimport dari ketaqwaan.
Dari sebuah negara bernama kesedaran.

Nikmat usia yang dilanjutkan tempohnya.
Bukan untuk kembali mengenang memori dahulu.
Nikmat kesempatan dan masa yang diberi ruang.
Bukan untuk kembali mencari kesalahan lalu.

Setiap kurniaan Ilahi.
Bukan untuk main-main.

Pesan Rabbi:

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa? Tidakkah kamu mengerti?" [Al An'am, 6:32]

Inilah cita-cita mu'min sejati.
Memburu syahid menghadap Ilahi.

"Tidakkah kamu mengerti?"

Ya Allah, jadikanlah kami golongan yang mengerti..
Agar lukisan kehidupan kami..
Diwarnai dengan warna rabbani..

Untuk kehidupan yang lalu, hargailah ia sebagai satu warna pengalaman.
Yang menjadikan kita insan yang lebih matang mencorak kehidupan.

* * * * * * * *
\What You've Become

Hold on
There's nothing standing in your way you can
Be strong
So show the world what you can do and just
Walk on
Don't ever doubt the inner voice in you


* * * * * * * 
InspirasiFalaq,
2 Januari 2014M
29 Safar 1435H

Mencari cinta Allah.
والله أعلم