Gema Jihad

Monday, May 20, 2013

Duit Syiling VS Batu

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم.. كيف حلكم..؟

Semoga dalam iman dan taqwa sentiasa.

Hari ni nak share satu kisah menarik.. bitsir..? ^_^

_________________________________________________________________________________

Pada suatu pagi yang segar, tengah ngantuk-ngantuk nak sambung study..
untuk hilangkan rasa mengantuk yang dah merasuk ni, ana amik whiteboard marker untuk mengupdate status kat greenboard ana~ pastu, datanglah seorang ukhti yang comel, menghampiri meja study ana..

"eh, akak...."

"waa...masyaAllah.."

"...... <tersipu malu>......., akak ada pape nak cakap, sharelah something"

"hurm..ada satu kisah ni, pasal duit syiling ngan batu..., pernah dengar tak?"

".....<geleng kepala>......."

"kisah dia camni..."

    
     Ada sorang hamba Allah ni, (nama dia Abu). Dia tengah berjalan-jalan kat satu kawasan pembangunan, orang tengah buat bangunan kat tempat tu. Pastu, masa Abu tengah jalan-jalan tu, duit syiling jatuh depan dia. "Waah, duit syiling." Dengan mata bersinar-sinar, Abu pun terus ambil duit syiling tu. Abu jalan lagi, duit syiling lain pulak yang jatuh kat depan dia. Diambilnya duit syiling tu. Dia jalan lagi, maka jatuh pulak duit syiling yang lain, maka dikutipnya duit syiling tu. dan perjalanan diteruskan, (dalam hati seronok sebab dapat kutip duit syiling).. Tiba-tiba, kali ni, bukan duit syiling yang jatuh, tapi, batu yang jatuh depan dia, batu tu kecil jer.. "Sape yang baling batu ni?" apalagi, Abu terus berpaling ke atas.

       Sebenarnya, orang yang kat atas bangunan tu nak panggil Abu. Jadi, dia balinglah syiling kat Abu. Tiga kali dia baling, tapi, Abu tak berpaling jugak ke atas. Pastu, dia pun baling batu pulak. Barulah Abu palingkan mukanya.

"faham.."

_________________________________________________________________________________

erk...apa yang faham? :D
Senanyer, kisah ni nak citer pasal nikmat dan ujian..
Manusia sentiasa seronok dengan nikmat yang dapat.
Samalah macam hamba Allah dalam citer kat atas. Abu seronok sangat dapat duit syiling. Tanpa fikir panjang, dia terus mengutip rezeki yang ada depan mata..
Tapi, manusia sentiasa lupa pada yang memberi kenikmatan.
Apabila didatangkan ujian, barulah nak cari pengirim ujian tu.
Bila pak cik yang duk atas bangunan tu baling batu, barulah Abu nak palingkan muka dia.

Sebagai org mukmin, kita kena bersyukur dengan nikmat yang Allah kasi. Sentiasa berdoa memohon keampunan dengan nikmat Allah. Bukannya mencari Allah bila ditimpa ujian semata. Dan, tanda kita bersyukur dengan nikmatNYA, adalah dengan mengajak menusia kepada Allah.. 

_________________________________________________________________________________

Status ana tulis kat greenboard pagi ni:

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin" [Ad Dzariyat, 51:55]

Tadabbur surah Ad Dzariyat lepas subuh tadi, terkesan dengan ayat ni. Jadi untuk peringatan, ana tulis kat greenboard.. 

Senyum.
Tajdid Niat
بسم الله الرحمن الرحيم


والله أعلم

Wednesday, May 15, 2013

IKS [Ini Kisah Saya]

بسم الله الرحمن الرحيم
____________________________________________________________________________

mok, bila kakak boleh g koloh..?
tanya seorang budak yang tengah eksaited nak pegi sekolah selepas kenal alif ba ta..



subjek paling best..!
berkat didikan seorang cikgu yang paling ana sayang..
yang mendidik dan mengajar ana di sekolah 'baiti jannati'
yup, she is my mom.. <3
maka dengan bergayanyer ana khirij dari tadika kemas..
sekolah kat tadika sangat best walaupun bosan, (bajet macam genius lah, sebab dah tahu banyak benda)
yang best, kat tadikalah ana belajar untuk hidup bermasyarakat..setelah terbina IM kat rumah, 
InsyaAllah walhamdulillah :D
belajar macam mana nak berkawan dengan orang lain, belajar menguruskan kehidupan 
(kena paksa siapkan omwork, basuh kasut sendiri, kemas beg sendiri..)

dan bermulalah kehidupan ana berpakaian pakaian putih yang sangat dinanti-nantikan di 
Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah
sekolah rendah banyak mengajar ana cara bermuamalah pulak.
belajar cara membeli.. masih ingat lagi terkial-kial pegang duit. pernah sekali tu, terlupa nak ambil baki..


sekolah kat sini sampai darjah satu jer, pastu, ayah kena pindah ke TUDM, maka secara otomatiknyer, ana turut berpindah ke Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud.
sebelum masuk sekolah ni, takut sangat, sebab orang kata ni sekolah elit, budak2nyer bijak2 blake..


sekolah kat sini selama 3 tahun. dari darjah 4 sampailah darjah 6.
pengalaman paling best masa kat sekolah ni, adalah masa dapat result UPSR.
lepas tu, tanpa fikir panjang, terus jer sambung belajar kat SMKAWA, tempat mok ana mengajar.


:)
wataniah....
tempat paling banyak pengalaman dikutip.
paling banyak kenangan manis dan pahit (ada ker, hurm.....)
tempat mendewasakan jati diri, dan mematangkan pemikiran..
tak cukup satu post kalu nak citer pengalaman di sekolah wataniah ni..
yang pasti, rindu nak kembali ke sana..

dan semestinya, penamat ana menjadi student yang berpakaian seragam adalah kat SMKAWA ni..
erk, bukan penamat menjadi pelajar ok...!
sambil-sambil tunggu result SPM, bekerjalah ana sebagai suri rumah sepenuh masa..

lepas dapat result..alhamdulillah walhamdulillah thummalhamdulillah..
haza min fadhli rabbi~


dapat tajaan MAIDAM untuk sambung belajar ke Timur Tengah.
dan berkursus persediaan di Unisza.


dan bermulalah kehidupan ana sebagai pelajar mahasiswi di..

alhamdulillah, sekarang tahun dua belajar di bumi anbiya dalam kos fiqh wa usuluh..
doakan keberkatan ilmu yang ana kutip di sini untuk di bawa pulang sinar mutiara ke tanah air, demi menegakkan agama Allah dalam usaha mencari redhaNYA.. Ameen..
tiada kata dapat diungkapkan.. betapa bersyukur dengan segala nikmat tuhan yang melimpah ruah ni..
dari tadika ke sekolah rendah, naik sekolah menengah, terbang ke pengajian tinggi..
dah baaaaanyak sangat ilmu diperoleh pengalaman diraih.

kehidupan terasa simple. nampak macam biasa.
sehinggalah ana masuk ke sekolah tarbiyah..
:)

bukan sahaja pengalaman yang menarik..
yang utama, mengubah hidup ana..ke arah lebih memaknai erti kehidupan hakiki..


bukan lagi belajar A B C atau 1 2 3
atau ilmu sains, biology, add math, atau chemical
 tetapi ilmu sebenar menuju pencipta

segala ilmu-ilmu yang diperoleh, diaplikasikan dalam sekolah ini..
ilmu duniawi dicelup dengan ilmu ukhrawi,
kerana destinasi kita bukan di dunia ini,
tapi di sana, untuk bertemu Ilahi...


"Dialah yang mengutus seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNYA, menyucikan jiwa mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata."
[Al Jumuah : 2]

16 Mei 2013
tarikh khusus untuk insan yang dipanggil cikgu/ustaz/ustazah/madam/sir dan yang seangkatan dengannya.
walaupun, hakikatnya, setiap hari adalah untuk mereka~

buat guru2, cikgu2, madam2, ustaz/ah2...
dan para murabbi yang osem semestinya..


halalkan segala ilmu
minta maaf segala salah silap
semoga Allah memberkati hidup antum yang berusaha membina dan mendidik insan..

والله أعلم

Sunday, May 12, 2013

saya sayang mok saya kerana Allah




بسم الله الرحمن الرحيم

pada malam ini
bulan dan bintang menjadi saksi
melihat tangisan sekeping hati
merindui sentuhan insan yang amat disayangi

saat kesedihan melanda diri
wajahnya terlayar pada ruangan hati
malah terkadang terlafaz di bibir
betapa ku merindui

rindukan sentuhan ikhlasnya
yang sentiasa lembut membelai jiwa
rindukan senyuman manisnya
yang sentiasa menjadi penyejuk mata

saat hidupku gembira
dialah yang paling ceria
walau hatinya penuh duka
menahan peritnya ujian tiba

namunku yakin denganmu
kau adalah insan yang kuat dan tabah
menghadapi segala rintangan onak dan liku
kerana kau insan istimewa pilihan Allah

kini ku bertekad dan berazam
berusaha menjadi terbaik buatmu
walauku tahu tak terbalas segala pengorbanan
yang dicurahkan suci kerana tuhanmu

ku jua memohon kemaafan
atas segala kekhilafan
dan bersyukur pada tuhan
keranaku dikurniakan insan yang penyayang

kaulah insan yang ku panggil mok
setiap hari adalah hari untuk mok

<3 <3 <3



Thursday, May 9, 2013

betul ker sibuk....

بسم الله الرحمن الرحيم
_____________________________________________________________________________

السلام عليك عزة..كيف حالك انت..؟
lama tak nampak.. sibuk ker...?

uhuks, hati dijentik seketika, iman ditegur sedetik..
sibuk? sibuk dengan apa? bukan ker 24 jam Allah kasi tu, cukup untuk kita buat macam2.. takkanlah xder masa sekejap untuk bersama teman dan rakan..? T_T

hatiku menangis lagi..
Allah Akbar.., terasa semakin hari, semakin dosa dikutip.. semakin jauh pahala untuk dikejar.. betapa susahnya mujahadah untuk menjadi seorang daie yang melaksanakn ilmunya dengan amal..mujahadah untuk tidak menjadi daie plastik.. yang hanya mampu sampaikan apa yang dia dapat tanpa memaknai dan membuktikan kata-katanya.. dah namanya pun mujahadah, haruslah susah sifatnya..

Hari ini, bila ditanya, kaifaluki ukhti? hanya bibir yang berbicara 'الحمدلله' namun, dalam hati, pastinya, hanya Allah je yang tahu.. mungkin dari sudut jasmani, sihat wal3afiat, alhamdulillah.. namun...jauh di satu sudut, terasa bagaikan ada lubang dihati yang perlu dijahit, ada kerosakan pada hati yang perlu dibaiki..


"Dan manusia seringkali berdoa untuk kejahatan sebagaimana biasanya dia berdoa untuk kebaikan.
Dan memang manusia bersifat tergesa-gesa." [Al Isra' : 11]

tersentap dengan ayat Allah kali ini, manusia suka berfikir negatif, suka suu'u dzon.. sebab tu Allah kata manusia seringkali berdoa untuk kejahatan dulu dalam ayat ni.. nak katanya, kita suka hadirkan dzon.. astaghfirullah, lebih-lebih lagi suu'u dzon dengan Al Khaliq.. naudzubillah min zaalik..

kita selalu merasakan masa yang Allah kurniakan tu tak cukup.. 
tepuk dada, tanya aqal... Allah kasi masa yang x cukup kat kita, atau kita yang xpandai urus masa menjadikan masa tu tak cukup... T_T 

"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda kebesaran Kami, kemudian Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang benderang, agar kamu dapat mencari kurnia dari TuhanMu, dan agar kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas." [Al Isra' : 12]


mungkin hati ana yang sedang terkoyak ni, berpunca dari tidak menyusun segala urusan sebaiknya..lantas, bila berada dalam kesempitan, semua benda nak dipersalahkan.. (teringat lagu raihan: ingat 5 perkara sebelum lima perkara: lapang sebelum sempit) susun masa dan waktu sebaiknya, sebab tu munazzom syuu'uni merupakan salah satu daripada 10 muwasafat tarbiyah.. dalam usaha nak mentarbiyah diri, kena usaha memenuhi muwasafat tarbiyah..

Apabila kita menyusun masa sebaiknya, insyaAllah, segala sesuatu dapat kita lakukan dengan lancar dan baiknya. Dan jangan tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu. Susun masa leklok, bila masa untuk study, bila masa untuk urusan diri sendiri, bila masanya untuk orang lain, masa utk tazkiyatunnafs, untuk kerja2 da3wi.. 

hakikatnya, letak target utama kita yang akan memandu kita menyusun masa sebaiknya..

"Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik." [Al Isra' : 19]

________________________________________________________________________________

sama-sama doakan.. :)

Alhamdulillah, hati gembira, happy, masrur jiddan ! dapat ziarah sahabat seperjuangan, dah lama xmu3ayashah dengan mereka.. Dalam kesibukan nak imtihan nihaie ni, dua perkara penting dalam hidup kita jangan pernah dilupakan..:



Wednesday, May 8, 2013

Pemandu...?

بسم الله الرحمن الرحيم

dah lama x update dan jenguk inspirasifalaq..
InsyaAllah walhamdulillah, ana sedang berusaha mengupdate iman..

Terkadang rasa kerdil sangat tatkala nak berkata-kata dalam medan blog ini, melihatkan mereka2 yang lagi hebat dalam berkarya bertinta.. inilah silapnya.., apabila pandangan, perbandingan dibuat kerana manusia, hati menjadi resah, sedih, lantas, takut untuk terus mengasah kelebihan yang tersedia ada.. Allah cipta kita, masing-masing ada keistimewaan, setiap insan ada logamnya tersendiri.. Rebutlah pandangan Pencipta kita, bukan pandangan Yang Dicipta Pencipta.. Barulah hati menjadi tenang..

Sejak terlanggar dengan mak cik hidayah, betapa ana bersyukur tergolong dalam penumpang gerabak DnT.. Terasa diri sentiasa disayangi, dibelai.. Segalanya nampak indah, dan manis.. Tanpa sedar, semakin hari, semakin ramai pemandu gerabak ini yang telah tiba ke destinasi, dan semakin ramai juga yang semakin 'tua'.. Mereka perlukan pengganti, mereka perlukan golongan pemuda yang lagi efektif memandu.. lantas, hati terdetik.., sampai bila nak jadi penumpang? Tidak teringin ker untuk turut menjadi pemandu yang membawa penumpang untuk tiba ke destinasi yang sama?

Maka datanglah pula pak cik Taufiq bersama isterinya, mak cik Hidayah, mengetuk kamar hati..
Bertanyakan ana, sudikah untuk menjadi pemandu gerabak DnT, bersama kita memandu menuju redha Allah..?

Teringat akan pesan Murabbi.. Kata Rabbi, dalam surah العصر

"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

Sepanjang menjadi penumpang, terasa sangat seronok dengan nikmat tarbiyah.. dan kini, bagi ana, menjadi pemandu laaaagi seronok, walaupun ujian menjadi pemandu lagi berat, namun, apabila hati dah mula jatuh cinta dengan dakwah, segala rintangan dihadapi dengan kesabaran, inilah tarbiyah dari Allah.. kan destinasi kita adalah JannahNYA..~~!

Hakikatnya, pemandu juga menjadi penumpang kepada gerabak DnT ini.. yup, kita semua adalah murabbi dan mutarabbi.., dan kita semua ada murabbi agung yang sentiasa mentarbiyah kita dengan penuh kasih sayang dan rahmat.. Dia Maha Tahu apa yang 'mutarabbi' NYA perlu...

Setiap kekurangan ketika menjadi mutarabbi, inilah nikmat sebenar ditarbiyah, dan setiap kelemahan ketika menjadi murabbi, hargailah pengalaman yang cukup manis itu..

Ana sayangkan murabbi-murabbi ana..
Ana sayangkan mutarabbi-mutarabbi ana..
Semuanya kerana Allah..

Semoga kita sentiasa thabat dalam gerabak DnT ini, berusaha mengajak penumpang-penumpang lain menuju Ustaziyatul Alam demi redha Allah..