Gema Jihad

Wednesday, May 8, 2013

Pemandu...?

بسم الله الرحمن الرحيم

dah lama x update dan jenguk inspirasifalaq..
InsyaAllah walhamdulillah, ana sedang berusaha mengupdate iman..

Terkadang rasa kerdil sangat tatkala nak berkata-kata dalam medan blog ini, melihatkan mereka2 yang lagi hebat dalam berkarya bertinta.. inilah silapnya.., apabila pandangan, perbandingan dibuat kerana manusia, hati menjadi resah, sedih, lantas, takut untuk terus mengasah kelebihan yang tersedia ada.. Allah cipta kita, masing-masing ada keistimewaan, setiap insan ada logamnya tersendiri.. Rebutlah pandangan Pencipta kita, bukan pandangan Yang Dicipta Pencipta.. Barulah hati menjadi tenang..

Sejak terlanggar dengan mak cik hidayah, betapa ana bersyukur tergolong dalam penumpang gerabak DnT.. Terasa diri sentiasa disayangi, dibelai.. Segalanya nampak indah, dan manis.. Tanpa sedar, semakin hari, semakin ramai pemandu gerabak ini yang telah tiba ke destinasi, dan semakin ramai juga yang semakin 'tua'.. Mereka perlukan pengganti, mereka perlukan golongan pemuda yang lagi efektif memandu.. lantas, hati terdetik.., sampai bila nak jadi penumpang? Tidak teringin ker untuk turut menjadi pemandu yang membawa penumpang untuk tiba ke destinasi yang sama?

Maka datanglah pula pak cik Taufiq bersama isterinya, mak cik Hidayah, mengetuk kamar hati..
Bertanyakan ana, sudikah untuk menjadi pemandu gerabak DnT, bersama kita memandu menuju redha Allah..?

Teringat akan pesan Murabbi.. Kata Rabbi, dalam surah العصر

"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

Sepanjang menjadi penumpang, terasa sangat seronok dengan nikmat tarbiyah.. dan kini, bagi ana, menjadi pemandu laaaagi seronok, walaupun ujian menjadi pemandu lagi berat, namun, apabila hati dah mula jatuh cinta dengan dakwah, segala rintangan dihadapi dengan kesabaran, inilah tarbiyah dari Allah.. kan destinasi kita adalah JannahNYA..~~!

Hakikatnya, pemandu juga menjadi penumpang kepada gerabak DnT ini.. yup, kita semua adalah murabbi dan mutarabbi.., dan kita semua ada murabbi agung yang sentiasa mentarbiyah kita dengan penuh kasih sayang dan rahmat.. Dia Maha Tahu apa yang 'mutarabbi' NYA perlu...

Setiap kekurangan ketika menjadi mutarabbi, inilah nikmat sebenar ditarbiyah, dan setiap kelemahan ketika menjadi murabbi, hargailah pengalaman yang cukup manis itu..

Ana sayangkan murabbi-murabbi ana..
Ana sayangkan mutarabbi-mutarabbi ana..
Semuanya kerana Allah..

Semoga kita sentiasa thabat dalam gerabak DnT ini, berusaha mengajak penumpang-penumpang lain menuju Ustaziyatul Alam demi redha Allah..


4 comments:

  1. Dari kak arfie:

    ezzah... semoga kita terus berada dalam gerabak dakwah ni.. ana pun sayang murobbi2 ana, ana pun sayang mutarabbi2 ana jugak.. ana sayang enti jugak lillah insyaAllah.. <3

    sori, hack account ezzah :P

    ReplyDelete
  2. ezzah..~

    :). Makin hari makin melihat kedewasaan ukhti dari jauh :")..

    Sungguh, Allah adalah Sebaik-Sebaik yang Mentarbiyyah dan Menjaga Manusia. <3

    ReplyDelete
  3. salam, ezzah syg sahabtku,,
    dlm keseronokn dn keasyikan dirimu menjadi pemandu mahupun penumpang,
    jgn sesekali tinggalkan daku keseorgan,
    hanya masuk sbelah kaki shj dlm gerabak DnT ni, T.T
    x sepenuhnya menjadi penumpang,
    jauh sekali menjadi pemandu,

    wahai shabatku,
    tariklah daku bersamamu,
    genggamlah tngnku dgn tarbiyah
    peluklah daku dgn kasih syg dan rahmt dr ALLAH,
    wahai sahabtku, bantulah daku

    salam syg lillah dr russia <3<3<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikisalam, ukhti kusayang fillah..
      saling menguatkan dalam rabithahnya..

      mungkin terkadang, tengah seronok memandu, terlupa yang kita kena ada rnr untuk isi petrol.., malah terkadang, sedang berbahagia menjadi penumpang, terlupa melihat mereka yang lain..
      sentuhlah hati-hati manusia seikhlas mungkin, semoga Allah sentiasa menyentuh hati kita jua..
      T___T

      Delete