Gema Jihad

Thursday, August 2, 2012

3 beradik

Mus, Afir dan Afik adalah tiga beradik yang sedang mencari pengalaman. Afir dan Afik merupakan pasangan kembar. Pada cuti hujung minggu lepas, mereka telah merancang satu pengembaraan di sebuah hutan. Tujuan mereka masuk ke hutan itu adalah untuk pergi ke sebuah istana yang dikatakan oleh orang2 kampung akan kewujudannya di tengah2 hutan. 


Setelah segala kelengkapan & keperluan masuk hutan siap. Bermulalah episod pengembaraan 3 beradik ni.
     Sedang mereka asyik mengembara meredah segala onak dan duri dan segala macam yang ada kat hutan tu, tibalah mereka di satu kawasan yang lapang. Rupa-rupanya, mereka berada dalam hutan tu hampir 5 jam, lalu, mereka ambil keputusan untuk berehat sebentar bersama kit kat dan sekotak air milo.


     Apabila mereka ingin meneruskan pengembaraan, 3 beradik itu dapati terdapat dua lorong yang mesti dipilih satu drpdnya. Afir dgn ilmu yang cetek dan rasa teruja utk tiba awal di istana, tanpa hiraukan adiknya, Afik, dan abangnya, Mus, dia terus melalui lorong di sebelah kiri. Afik, si pengecut, terkebil-kebil melihat memandang abg sulungnya. Mus yang penenang orangnya, dengan berbekalkan keyakinan dan tawakal yang tinggi pada Allah, dipilhnya untuk masuk lorong yang satu lagi. Afik dengan pantas mengekori Mus.


     Dalam perjalanan, Afik tersilau dengan silauan emas yang datang dari arah kiri. Tanpa bagitau Mus, dia terus menuju ke arah silauan itu. Tinggalllah Mus seorang diri meneruskan pengembaraannya. Setelah beberapa jam berjalan dan meyakini masuknya waktu solat zohor, Mus , menuju ke sebuah sungai utk berwudu'.. Ketika dia mengangkat takbir, dia terdengar suara yang agak merdu bunyinya. dicubanya utk khusyuk, selang beberapa detik, dtg pula bau yg harum lagi enak melalui rongga hidungnya yg mancung itu.. namun, dengan tenang dia tetap meneruskan solatnya walaupun lutut dah terasa bagaikan longgar skrewnya..


     'assalamualaikum warahmatullah'..., selesai memberi salam, Mus mengambil beberapa keping roti utk mengalas perutnya sebelum meneruskan perjalanan. Sedang khusyuk roti itu dikunyah, dtg beberapa ekor monyet liar, 'oo, ini ker bunyi suara merdu td', bisik Mus. Dengan ilmu yg ada padanya, Mus dgn mudah dpt mengelakkan diri drpd monyet2 liar itu setelah habis rotinya dimakan oleh monyet2 tersebut. 'erm, bau yg harum td tuuu.., jangan2.. --astaghfirullah-- ', dgn pantas Mus melafazkan istighfar utk menyingkir segala fikiran negetif yg dtg pd saat itu dan di tempat yg sunyi lg senyap ni..


     Berpandukan kompas ditangan, akhirnya, tibalah Mus di sebuah istana. Sujud syukur.. Mus benar2 xsangka yg dia akan tiba di istana itu.. Tanpa melengahkan masa, Mus segera mencari pintu masuk istana itu. Pintu istana yg besar dan sgt canggih, langsung tiada mangga utk dicucukkan kunci atau tombol untuk dipulas atau ape2 jerlah yg seangkatan dgnnya, yg ada hanyalah satu mesin yg berkata-kata.. "please enter the password", kata mesin tu. "masyaAllah, istana apa yg canggih sgt ni?", mudah jer Mus meneka kata laluan, dgn sekali lafaz jer, terbukalah pintu istana tu. Terpegun seketika melihat keindahan dalam istana yg satu2nya wujud dalam hutan. Dalam usaha untuk memahami selok belok dlm istana, Mus berusaha mencari dan memahami utk menguasai istana yg serba canggih ni. Tiba-tiba (citer xlengkap tanpa ada prkataan tiba2 hehe, ok sambung baca..). Tiba-tiba, Mus ditegur oleh seorang syeikh yg berjanggut panjang lagi putih. "assalamualaikum anak muda", tegur pak cik tu sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yg tersusun rapi dan putih bersih, 'alhamdulillah, org islam rupanya', lega Mus. Tahulah Mus bahawa syeikh itu adalah penjaga istana ini yang bertahun-tahun terperangkap dlm istana. Syeikh itu bersyukur sgt dpt bertemu dgn Mus, mengajar dan mendidik Mus akan selok belok istana tersebut.


Hurm........pasal Mus jer ni, apa yang dah jadi pada si kembar ek..??



........................................................................................................
bertemu lagi dalam episod 2 :)
     



No comments:

Post a Comment