Gema Jihad

Thursday, August 9, 2012

3 beradik (episod akhir)

Dilihat kiri kanan depan belakang atas bawah, semua macam pernah dilalui. Afir meneruskan lagi kembaranya dgn cuba mengikut jejak tapak kakinya. Hampa. Dalam keletihan, Afir berehat di bawah sebatang pokok. ZZzz--Tertidur-- Dalam lena, Afir termimpikan Mus yang pernah menghadiahkannya kompas. Papp. Bunyi buah pisang jatuh menyedarkan Afir dari tidurnya. Dimakannya pisang itu. dan... dia teringat akan mimpinya td, lalu, bergegas mencari kompas dlm beg galasnya.

     Dengan bantuan kompas itu, akhirnya, Afir tiba jua di istana yang selama ini sangat dinanti-nantikannya. Namun, setibanya di pintu masuk istana, Afir sekali lagi berhadapan dengan masalah. Dicubanya. pelbagai nombor dan huruf disusun utk membentuk kata.. Terduduk Afir kehampaan, dibalingnya kompas yg ada kat tangan. Tapi, Afir terpanggil utk mengambil kembali kompas tersebut. Dipegang, dibelek, dibersihkan kompas itu.. Afir rindukan wajah tenang abangnya, Mus. 
...........................................
Mus dan Afir sering dan sentiasa bergaduh. Dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar perkara. Mereka sentiasa berselisih pandangan dan pendapat. Pergaduhan mereka pernah satu ketika hampir melayangkan nyawa Mus. Tapi, Afir tetap pelik dengan Mus, walau apa sahaja yg Afir buat terhadap Mus, Mus tetap baik padanya. 

Air mata penyesalan mengalir dipipi Afir, tanpa dipinta.
Rasa menyesal menyelubungi jiwanya.
.................................................................................................................
     
     Beberapa detik, Afir terdengar sayup2 suara orang bercakap. Dengan cemas, Afir membuka langkah silatnya sebagai langkah berjaga-jaga. Muncullah Mus dan Syeikh yang sedang membersihkan kawasan istana. Tatkala wajah mereka berpandangan, dengan pantas, Afir segera mendakap abangnya. Mus dengan selamba mengesat air mata Afir. "hilang macho", pujuk Mus cuba menenangkan adiknya. Tanpa menghiraukan Syeikh yg segak berdiri di sebelah abangnya, Afir berkali-kali memohon maaf pada Mus akan kekhilafannya selama ini. "Abang dah lama maafkan Afir, dahlah, kita lupakan kisah dulu, jom mulakan hidup baru", bersama-sama mereka melangkah masuk ke dalam istana setelah diajarkan kepada Afir kata laluan.
Afir juga mengucapkan terima kasih pada Mus yang menghadiahkannya kompas tersebut.

     Dalam istana tersebut, Mus membimbing dan mengajarkan Afir erti sebuah kehidupan. Kini, Afir bukan lagi Afir yang dulu, setelah menuntut dan mendalami pelbagai ilmu dari Syeikh, Afir menjadi orang yang paling bahagia dalam hidupnya. Perubahan dan kebahagiaan yang dimilikinya sehinggakan Afir mengubah namanya kepada Amin, Afir ingin melupakan kisah hidupnya yang penuh kekotoran dan kegelapan itu.

..................................................

Pada suatu petang, Amin meminta izin kepada Mus untuk ke luar istana demi mencari adik kembarnya, Afik. Mus yg sibuk dengan urusan dalam istana, (memikirkan cara untuk meluaskan kawasan istana dan menyebarkan kepada orang ramai akan keindahan istana tersebut..walaupun dalam masa yang sama, Mus tetap jua berharap dapat bertemu Afik).., tersenyum mendengarkan permintaan Amin, lalu mengizinkannya mencari Afik.

      Setelah 5 hari mencari Afik, akhirnya, Amin menemui adikknya sedang tersandar pada sebatang pokok yang tak henti-henti menangis meminta bantuan. Amin segera mendapatkan adiknya, namun, berlaku hal yang xpatut berlaku. Tanpa usul periksa, Afik menuduh Amin mengkhianatinya. Katanya, apa yang berlaku sekarang dah pun dirancang oleh Amin dan Mus.. Berbekalkan kesabaran, ketabahan dan kesungguhan, Amin memujuk adiknya tanpa putus asa agar kembali kepada hakikat kebenaran. Akhirnya, Afik setuju untuk bersama ke istana. Dalam perjalanan Afir / Amin menceritakan perjalanannya yang akhirnya mampu mengubahnya menjadi setenang ini. Pada mulanya Afik pelik juga melihat abg kembarnya menuturkan kata2 lembut semasa memujuknya.. Afik tertarik dengan cerita yg disampaikan Amin. Tidak sabar rasanya untuk bertemu Mus dan syeikh yang diceritakan oleh Amin..

............................................................................................
     Tatkala tiga pasang mata bertentangan, dunia bagaikan terhenti berputar seketika. Hati ketiga-tiga jasad ini, saling merindui akan kemesraan yang pernah mereka lakarkan suatu ketika dahulu. Wasiat yang ditinggalkan oleh ayah mereka terlayar dalam skrin akal masing-masing.

Istana itu kini tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Hutan itu yang dulu bagaikan tidak berpenghuni, kini, menjadi sebuah kerajaan pusat di bawah pemerintahan Muslim dan adik-adiknya yang sanggup berkorban apa sahaja demi menegakkan kalimah tauhid
لا اله الا الله

No comments:

Post a Comment