Gema Jihad

Friday, June 21, 2013

Ramadhan Dua Zaman


بسم الله الارحمن الرحيم

Ramadhan Dua Zaman

ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza
ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman



mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu



mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa



takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga

******

sentap ketika menghayati lirik nasyid ini..

T_T

sangat terkena dengan diri sendiri..
adakah kita dah cukup bersedia menyambut kedatangan ramadhan?
adakah sekadar lapar dan dahaga yang kita inginkan? ataukah takbir kemenangan atas mujahadah kita selama sebulan ditarbiyah pada bulan pentarbiyahan..?

jom bersama bersiap untuk masuk ramadhan~
saling mengingatkan sesama rakan taulan~

اللهم بلغنا رمضان

Hari ini: 12 Sya'ban 1434
Road to Ramadhan: 18 Days to go

Saturday, June 15, 2013

Advanced Applications

بسم الله الرحمن الرحيم

Suatu ketika dahulu, masa kat sakan kuning, pernah terfikir, ada tak apps utk msj free byk2 / call free byk2.. kalau rasa nak curhat boleh jer call lama2, kalau rasa nk hantar kata2 semangat, boleh jer msj panjang2...

hidup di dunia moden ni, teknologi di mana2..
sekejap jer masa berlalu, naik tahun 2, sangat tak sangka, apps tu ada! 
whatsapp lah, viber lah, wechat lah.. dan pelbagai lagilah..
namun, teknologi tetap ada batasannya.. boleh guna pakai bila ada wifi jer..
dan khas utk fon yg canggih jer.. 

hakikatnya, doa tetap menjadi apps tercanggih sepanjang zaman..
terkadang, semua apps yg ada, hati tetap merasa jauh.. 

Inilah Nilai Sebuah Doa..

"Doa seorang Muslim terhadap saudara Muslimnya yang berada di tempat jauh akan dikabulkan. Pada kepalanya terdapat malaikat yang selalu menyertainya. Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan saudaranya, malaikat akan berkata, "Amin, dan untukmu pahala yang semisalnya". (Al-Jami3 As-Saghir karya Imam Suyuthi dari Abu Darda')

sentiasalah berdoa dlm apa jua keadaan pun.. 
untuk diri sendiri, keluarga, sahabat, malah untuk ummah!




"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNYA dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu manusia sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan yang lain? Amat sedikitlah kamu mengingatiNYA." [An Naml : 62]

sempena bulan sya'ban yang mulia ini.. jom banyakkan doa!
:')


والله أعلم

Thursday, June 13, 2013

Bekalan Kita

بسم الله الرحمن الرحيم

cantikkan kereta ni?
Pada suatu petang yang panas. Ukhti Nadhirah bersama adik mutarabbinya, Ira, sedang minum petang berkuihkan karipap bersama air tea sejuk. 

"Apa yang Ira menungkan tu?"
"Akak...." Ditenungnya gelas air tea itu..

"Makanlah karipap tu, ana buat binafsi.. percaya x? erk, goreng jerlah." Celah Ukhti Nadhirah untuk menghilangkan kekrikkan yang melanda.. "Ira, cuba tengok kereta kat depan tu?"
"Kereta, kenapa dengan kereta tu kak?"

"Kalau cakap pasal kereta, apa yang terlintas dalam kotak fikiran Ira?" 
"Jalan-jalan.., shopping..., balik kampung...., sebuah objek yang ada 4 roda..., ada stereng..."

"Apa yang membuatkan kereta ni nampak cantik?"
"Sebab dia mahal kot..., dibasuh setiap hari..., dihantar kat workshop setiap minggu..."

Tanpa meneruskan perbualannya, Ukhti Nadhirah mengambil seketul karipap. Berharap agar Ira turut menjamahnya. 

"Apa yang membolehkan kereta ini untuk bergerak?"
"Apalah kak Nadhirah ni, itupun nak tanya ana, mestilah minyak." Jawab Ira yang kelihatan agak kehairanan dengan persoalan kakak murabbinya -berkenaan kereta-.

"Kereta ni ibarat....., manisnya senyuman adik akak ni!."
" :) Dah agak dah, akak mesti nak bagi analogi kan?, pelik jugak akak tanya pasal kereta, setahu ana, akak tak minat bab kereta nih."

"MasyaAllah 3alaik, dah cukup ta3aruf dengan akak ni.."
"Mestilah, ta3arufkan salah satu rukun usrah.., akak, cepatlah sambung pasal kereta tadi."

"Baru semangat akak nak citer kalau Ira pun semangat nak dengar, ini tak, krik2 jer dari tadi, ok,.. kereta ni, ibaratnya seorang daie, eh, macam terbalik jer.., daie ibarat kereta."
"Maksudnya kak?"

"Tujuan bagi sebuah kereta dicipta adalah untuk bergerak, dan tugas bagi seorang daie adalah untuk bekerja dalam amal dakwahnya. Yang membolehkan kereta itu bergerak dan terus thabat atas jalan, apabila adanya minyak. Which is bekal untuk sesebuah kereta. Samalah jugak seorang daie, perlukan bekalan untuk terus beramal dan thabat atas jalan dakwah dan tarbiyah."
"Waaaa, menariknya analogi ni. Bekalan untuk kereta adalah minyak. Bekalan untuk daie adalah...., apa ye kak..?"

"Sedaplah air tea ni, pandai mak akak buat."
"Kak Nadhirah..?!"

"Eh, okay2..Aaasefah.. Saje nak kacau Ira. Bekalan untuk seorang daie adalah, cuba bukak Surah Sajdah ayat 16."


"Maknanya, bekalan bagi seorang daie adalah dengan bangun malam, atau nama saintifiknya, Qiamullail."
"Kak Nadhirah, apa kaitan solat malam dengan tugas dakwah?"

"Tengok Surah Muzammil ayat 6"


"Lihat para Sahabat.., yang menjadi kekuatan untuk mereka berperang pada esok harinya dalam perang Badar adalah dengan qiamullail.... Solat malam  juga dapat membentuk syakhsiah seorang daie untuk terbiasa membahagikan agenda hariannya menjadi dua bahagian, yaitu berdakwah di siang hari dan beribadah pada malam hari." 
"Akak, jazakillahu kheir untuk perkongsian ni. T_T, Allah dah kasi pertolonganNYA melalui akak. Selama ni, Ira tengah futur. Rasa macam buat kerja dakwah ni sorang-sorang, terkadang rasa macam hilang tujuan ke arah mana buat kerja dakwah ni. Ana lupa niat asal, lupa untuk kembali padaNYA.."



"Sekarang ni dah masuk Sya'ban, tak lama lagi nak masuk Ramadhan.. اللهم بلغنا رمضان. Jom sama-sama kita banyakkan bekalan kita. Bangun malam bukan semata bekalan untuk berdakwah, hakikatnya, sumber kekuatan utama mentarbiyah ruuhiyah kita."
"Kak Nadhirah, next liqa' jom kita buat qiamullail dengan ahli usrah.. Tak sabar nak bagitau semua."

^_^

*******

-Malam Amal Bina Iman & Taqwa-
3 Sya'ban 1434 (120613)

Tuesday, June 11, 2013

happy circle


بسم الله الرحمن الرحيم


"Assalamualaikum adik-adik, apa khabar semua hari ni? Apa citer iman dan amal minggu ni?"

Tanya kakak murabbi yang osem untuk adik-adik bulatan gembira yang disayanginya kerana Allah.
Inilah antara adegan-adegan penyejuk jiwa setiap kali duduk bertemu lutut, mengisi tabung hati dengan syiling-syiling iman dan wang kertas bernilai taqwa..

'Tujuan dari Tarbiyah Islamiyah yang ingin kita capai dan wujudkan secara global adalah menciptakan situasi yang kondusif bagi manusia untuk dapat hidup di dunia secara lurus dan baik, serta hidup di akhirat dengan naungan redha dan pahala Allah. Juga menyiapkan manusia untuk dapat hidup penuh kasih sayang dengan saudaranya setelah dihimpun oleh aqidah yang benar. Inilah yang hendak kita capai dalam Tarbiyah melalui Halaqah ilallah' 
[Pak cik Sajirun]



MEMBINA
PEMBINA
DIBINA

SENYUM

dan mulakan langkahmu dengan hati dan niat yang ikhlas kerana Allah
hanya mencari redha Allah

yosh!




Monday, June 3, 2013

Dandelion~

بسم الله الرحمن الرحيم

Usrah..
awal-awal ana dapat word pendek ni..ana fikir usrah, mean keluarga, almaklumlah, kan belajar kat negara arab, jd cakap arablah.. Tapi..usrah membawa satu makna..erti sebenar kehidupan..

Apa yang best sangat dengan usrah ni?
Dapat makan free!
Erk...malu ana dengan pak cik hassan.. kalau ditanya apa tujuan pak cik tubuhkan usrah, xlain xbukan adalah nak kembalikan khilafah. nak bina Ustaziyatul Alam. nak sedarkan umat manusia tujuan sebenar diciptakan. nak suruh semua kenal Islam..

"Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi....."
Sebenarnya, apa yang ada dalam usrah tu?
mestilah kakak naqibah yang osemah (tambah ah sebab muannas), ada ahli usrah, ada quran, ada air tea ^_^
yang penting ada perasaan yang best dengan Islam..

Apa kaitan usrah ngan Tarbiyah? boleh x kita nak tarbiyah jer, xnak usrah?
first of all, apa maksud tarbiyah? 
Tarbiyah adalah pendidikan bukan mengajar. Boleh jer nak tarbiyah sahaja, tapi..kat mana kita nak dapatkan tarbiyah tu? dalam usrah.. Usrah bukan untuk kita memberi ilmu tapi untuk mendidik jiwa. ayat comel lagi: usrah bukan nak tambah ilmu, tapi nak tambah amal.. pendidikan ilmu yang menyampaikan kepada perasaan.

"Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, manyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu kitab Al Quran dan Hikmah (Sunnah), serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui." [Al Baqarah, 2:151]

Tilawah, Tazkiyah, Ta3lim.. Inilah DnT <3

Alhamdulillah walhamdulillah thummalhamdulillah..
:') bersyukur sangat dengan nikmat kurniaan Allah, nikmat terbesar, nikmat islam dan iman itu sendiri..

Macam mana nak balas rasa terima kasih ni?
Sebarkanlah rasa cinta ni..ajaklah kengkawan kita untuk turut merasai bestnya islam..~~

"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik....." [An Nahl, 16:125]

Kalau kita rasa best makan aiskrim eisberg, dahlah murah, mesti kita ada rasa nak ajak orang lain jugak, untuk sama-sama rasa bestnyer aiskrim tu. Apa yang best dalam Islam adalah Allah. Itu yang kita nak perkenalkan pada semua orang. Kita nak semua rasa dekat dengan Allah.. 

Samalah macam dandelion~~


Always tajdid our niat lillahi ta3ala..
berusahalah mengejar cintaNYA..

# Allahu Ghayatuna..!!