بسم الله الارحمن الرحيم
Ramadhan Dua Zaman
ramadhan satu nasib tak serupa
peluangnya sama natijah berbeza
ramadhan mereka gembira cemerlang
mukmin berjasa diawal zaman
ramadhan kami malam terbuang
muslim berdosa di akhir zaman
mereka gembira kerana kedatangan mu
kami gembira dengan pemergian mu
malam mereka meriah disimbah nur al quran
tp malam kami muram bertemukan mu
mereka berlumba mengejar makrifat
tp kami lesu diburu nafsu
hati mereka bercahaya digilap takwa
jiwa kami gelap didera dosa
takbir mereka takbir kemenangan
hadiah mujahadah sebulan ramadhan
takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga
******
sentap ketika menghayati lirik nasyid ini..
T_T
sangat terkena dengan diri sendiri..
adakah kita dah cukup bersedia menyambut kedatangan ramadhan?
adakah sekadar lapar dan dahaga yang kita inginkan? ataukah takbir kemenangan atas mujahadah kita selama sebulan ditarbiyah pada bulan pentarbiyahan..?
jom bersama bersiap untuk masuk ramadhan~
saling mengingatkan sesama rakan taulan~
اللهم بلغنا رمضان
Hari ini: 12 Sya'ban 1434
Road to Ramadhan: 18 Days to go
No comments:
Post a Comment