Gema Jihad

Monday, June 3, 2013

Dandelion~

بسم الله الرحمن الرحيم

Usrah..
awal-awal ana dapat word pendek ni..ana fikir usrah, mean keluarga, almaklumlah, kan belajar kat negara arab, jd cakap arablah.. Tapi..usrah membawa satu makna..erti sebenar kehidupan..

Apa yang best sangat dengan usrah ni?
Dapat makan free!
Erk...malu ana dengan pak cik hassan.. kalau ditanya apa tujuan pak cik tubuhkan usrah, xlain xbukan adalah nak kembalikan khilafah. nak bina Ustaziyatul Alam. nak sedarkan umat manusia tujuan sebenar diciptakan. nak suruh semua kenal Islam..

"Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi....."
Sebenarnya, apa yang ada dalam usrah tu?
mestilah kakak naqibah yang osemah (tambah ah sebab muannas), ada ahli usrah, ada quran, ada air tea ^_^
yang penting ada perasaan yang best dengan Islam..

Apa kaitan usrah ngan Tarbiyah? boleh x kita nak tarbiyah jer, xnak usrah?
first of all, apa maksud tarbiyah? 
Tarbiyah adalah pendidikan bukan mengajar. Boleh jer nak tarbiyah sahaja, tapi..kat mana kita nak dapatkan tarbiyah tu? dalam usrah.. Usrah bukan untuk kita memberi ilmu tapi untuk mendidik jiwa. ayat comel lagi: usrah bukan nak tambah ilmu, tapi nak tambah amal.. pendidikan ilmu yang menyampaikan kepada perasaan.

"Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, manyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu kitab Al Quran dan Hikmah (Sunnah), serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui." [Al Baqarah, 2:151]

Tilawah, Tazkiyah, Ta3lim.. Inilah DnT <3

Alhamdulillah walhamdulillah thummalhamdulillah..
:') bersyukur sangat dengan nikmat kurniaan Allah, nikmat terbesar, nikmat islam dan iman itu sendiri..

Macam mana nak balas rasa terima kasih ni?
Sebarkanlah rasa cinta ni..ajaklah kengkawan kita untuk turut merasai bestnya islam..~~

"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik....." [An Nahl, 16:125]

Kalau kita rasa best makan aiskrim eisberg, dahlah murah, mesti kita ada rasa nak ajak orang lain jugak, untuk sama-sama rasa bestnyer aiskrim tu. Apa yang best dalam Islam adalah Allah. Itu yang kita nak perkenalkan pada semua orang. Kita nak semua rasa dekat dengan Allah.. 

Samalah macam dandelion~~


Always tajdid our niat lillahi ta3ala..
berusahalah mengejar cintaNYA..

# Allahu Ghayatuna..!!

1 comment: