Gema Jihad

Saturday, March 31, 2012

ikhlas

بسم الله الرحمن الرحيم
alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan perjuangan serta menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi Allah ini~
insyaAllah, hidup akan lebih ceria dan bermakna andai kita ikhlas dalam semua perkara menuju kebaikan..

Apa itu ikhlsa yer..??
menurut kitab yang dibaca oleh ukhti ana (hehe, tak ingat nama buku serta penulis), ikhlas ni ada tiga makna, dan ketiga-tiga maksud ini sangat berkait rapat sebenarnya, cuma dipecahkan menjadi tiga..
1. mengkhususkan tujuan kita melakukan sesuatu itu dilakukan hanya kerana Allah
2. semasa kita melakukan amal baik itu, kita melupakan pandangan manusia atau pujian dari mereka
3. kita buat kebaikan itu, langsung tak berniat agar orang lain tengok (tak fikir pasal org lain)
jom kita tanamkan azam kita untuk bulan نيسان (nama dlm bahasa arab: bulan april) ni.., semoga kita ikhlas dalam melakukan sesuatu kebaikan, dan cuba menjadi seorang yang istikhlas 
(menterikhlaskan diri : cuba dan usaha menjadi ikhlas)

Sama-sama reflekskan balik diri sendiri untuk capai tahap ikhlas ni~
1. sentiasa merasakan diri tidak cukup atau kekurangan
2. tidak mengemis pujian manusia, tapi dahagakanlah pandangan dari Allah
3. menjadikan niat sebagai tunjang untuk melakukan sesuatu perbuatan agar mengingatkan diri bahawa, untuk siapa dan kerana apa kita melakukan sesuatu itu.
4. sembunyikan kebaikan yang kita lakukan kecuali untuk diteladani..

baca surah sad ni jap { سورة ص : 79 - 83 }
--dialog Allah dengan iblis--
ayat 79: iblis berkata: "Ya Tuhanku, tanggunhkanlah aku sampai pada hari mereka dibangkitkan".
ayat 80 & 81: Allah berfirman: "Maka sesungguhnya kamu termasuk golongan yang diberikan penangguhan, sampai pada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat)".
ayat 82 & 83: iblis menjawab: "Demi kemuliaan-Mu, pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,
kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka".
(ya3ni, orang-orang yang telah diberi taufiq untuk menaati segala petunjuk dan perintah Allah)

.: semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat hidayah dan taufiq Allah :.
--waallu'a3lam-- 

No comments:

Post a Comment