Gema Jihad

Saturday, June 16, 2012

i Love Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Katakanlah, "Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu,
isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaanmu yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawartikan, 
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNYA, maka tunggulah sampai Allah memberi keputusanNYA".
Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik
--lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNYA--
terpana..dunia bagaikan terhenti berputar seketika tatkala ayat ini dibacakan..
Ayat ini mengingatkan ana akan subjek PQS pasal halawatul iman, masa sekolah menengah dulu, tapi, dulu dihafal semata untuk exam..astaghfirullah.. apepun, alhamdulillah, setelah Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang meminjamkan hidayahnya..,dan kini, ayat itu dibaca dengan hati dan Iman.. bukan lagi dengan akal untuk jawab SPM..
ok..., apa itu halawatul Iman..??


Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: 
1. Jika dia mencintai Allah dan RasulNYA, mengatasi kasihnya kepada yang lain 
2. mencintai seseorang hanya kerana Allah,
3. tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka..


so..i wanna be like this~!
and i want you and you and you join me..
cuba kita bayangkan, seorang lelaki sangat cinta akan seorang gadis.., apa yang lelaki tu akan lakukan untuk gadis tu..?? pasti, dia akan sanggup lakukan apa sahaja yang gadis tu nak, bak kata pepatah yang dihafal oleh insan yang bergelar lelaki "lautan api sanggupku renang, demi cintamu" (erk..betul ker..??)
hurm.. kalau kita benar kasih dan cinta akan Allah..pasti kita akan usaha untuk mendapatkan apa yang Allah  nak, pasti kita akan usaha meninggalkan apa yang Allah larang..dan semoga cinta itu menjadikan hati kita sentiasa merasa rindu dan ingin sentiasa dekat padaNYA..sekalipun kita hidup dalam kemewahan dan keseronokan dunia dengan adanya tempat tinggal yang selesa, harta yang banyak, tapi, semua itu tidak menghalang kita dari meraih cinta Allah..
...........
subhanallah.., betapa romantik dan indahnya cinta Allah~
pada saat seseorang itu jatuh cinta pada seseorang, pasti akan dia pegang hati orang itu, seeratnya..dan tak akan dilepaskan untuk orang lain..
tapi..pada ketika seseorang itu cinta akan Allah.. pasti dia ajak orang lain untuk bersama menikmati cinta Allah..akan dikongsi rasa rindu pada Allah kepada orang sekelilingnya agar mereka turut sama mendapat cinta Allah..
......................................
jom kawan-kawan~!
kita sama-sama usaha untuk dapatkan cinta Allah,  sama-sama berkongsi rindu untuk bertemu Allah..
kita kaaann.., nak tergolong dalam golongan ini {39:73}
بسم الله الرحمن الرحيم
وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ 
dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhannya, dihantar ke dalam syurga secara berombongan. Sehingga apabila mereka sampai di syurga dan pintu-pintunya telah dibukakan, penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Kesejateraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu. 
Maka masuklah kamu kekal di dalamnya"


آمين يا رب العلمين
ان شاء الله
~والله اعلم~

2 comments: