Gema Jihad

Thursday, December 26, 2013

REFRESHMENT

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, alhamdulillah..

a
b
c
d
e
f
1
2
3
4
5

eh, ni tadika kanak2 ke?

eheh, rasa kekok untuk bersenam jari kat keyboard ni.. Dah lama sangat xupdate belog ni. ikutkan rasa, banyak sangat peristiwa ingin dikongsi bersama, banyak sangat kisah ingin diceritakan, banyak sangat tazkirah ingin disampaikan, dan banyak sangat benda yang menghalang inspirasi falaq dalam menginspirasikan ilmu dan fikrah dalam medan dakwah ini. Astaghfirullah..

3ala kulli hal, alhamdulillah, setelah lama xjenguk di sini, malam ni, terdetik untuk mengupgrade laman pahala ini, lepas dah nampak cantik sikit mengikut mood sekarang ni, tergerak pulak tangan untuk update post jua~

Tak tahu nak share apa, tapi, bila direnungkan kembali, sebagai seorang yang mengaku dirinya adalah seorang muslim, dia mestilah bersiap sedia untuk menjadi orang yang sentiasa berusaha memahami Islam, berusaha mendapatkan redha Allah pada bila-bila masa. Dan, antara caranya, adalah dengan menyampaikan, berkongsi perasaan kita terhadap Islam dan keta3juban kita terhadap Allah dapat membuktikan yang kita sah menjadi Muslim.

Teringat satu quote dalam tumbler

"Waking up mankind one post at a time"

Menarik bukan? 

Tak kisahlah nak post panjang mana pun, yang penting kat sini, sampaikan dan mampu membawa kesedaran untuk manusia kenal akan Pencipta. Pastinyalah, sampaikan Islam tu. Ada yang kata, 'Saya tak pandai menulislah, xmacam awak, blogger'. Hurm, xder pun syarat untuk sampaikan Islam adalah kena pandai menulis. Allah dah jadikan pada setiap hambaNYA kelebihan dan kepandaian masing2. Ada yang pandai dalam menyusun kata dalam berkata-kata, maka, sampaikan melalui ucapan, ada yang puitis dalam berbahasa, maka, sampaikan melalui risalah dalam pelbagai medan (baca: facebook, blog, majalah, buku....), malah, ada yang power dalam edit mengedit ni, maka, salurkanlah kehaibatan itu pada saluran yang menuju Ilahi..dan, ada juga yang kreatif dalam mencipta lirik, video.. dan banyak lagilah.. Subhanallah!

Hakikat utama, gunalah sesuatu nikmat keunikan kita hanya untuk capai redha Allah. Dan, sampaikanlah ia dengan hati, kerana kita ingin sampaikan kepada hati jua..

Moga Allah Redha..

Jom sama2 menjadi Muslim yang kreatif, inovatif, dan osem!


قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنْ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ

[Yusof: 108]

والله أعلم

No comments:

Post a Comment