Sebenaqnya lah kan..
Kenapa kita perlu berazam?
Kenapa kena ada azam?
Kenapa kita kena perbaharui azam, setiap kali masuk tahun baru?
Kenapa bila masuk tahun baru, kita berazam?
tweet MatLuthfi: "Aku tak pernah ada azam sebenaqnya. So tahun ni azam aku adalah untuk ada azam. OMG dah tercapai."
Azam.
Tepat ja jam 0000, penuh dinding dengan tulisan dan status-status. Bermuhasabah sebelum masuk tahun baru. Tak kurang juga kicauan burung bising 'bertasbih' di pagi hari. dan tak lebih juga ramai yang menggunakan kesempatan sebaiknya untuk berinstagram. (Dan termasuk mengupdate blog). Dan macam biasa, sambutan tahun baru dan bunga api tidak boleh dipisahkan. Hatta ana yang duk kat bumi Jordan yang jirannya setiap hari dihujani bunga api Israel ni pun turut membenarkan kata-kata: 'Sambutan tahun baru dan bunga api memang tidak boleh dipisahkan.'
Azam. Lughahnya: tujuan atau cita-cita.
Setiap manusia sentiasa menginginkan kebaikan. Ini Fitrah.
Berazam juga merupakan satu fitrah buat seseorang untuk memenuhi dan mencapai keinginan.
Cuma, menjadi tradisi sepanjang zaman, berazam setiap kali masuk tahun baru.
Walhal, azam harus dipupuk dan diperbaharui setiap hari. Dalam satu hari itupun kena berazam agar apabila di waktu pagi, berazam yang terbaik sehingga ke waktu petang, pada waktu petang berazam semoga dalam keadaan Muslim sehinggalah ke waktu malam,
Apa yang mendorong seseorang untuk berazam? Padahal, kadang-kadang, azam yang lepas pun belum semua tercapai.
Perubahan.
Ya. Perubahan lah yang membuatkan kita jadi ingin berazam. Perubahan dari tahun 2000 ke tahun 2001. Perubahan angka itu menyebabkan semua orang ada keinginan untuk berubah juga. Usia berubah, jadi sebab tu pemikiran turut berubah. Matang dan punya azam. Betulkan spek mata O-O
Sebenarnya lah..
Setiap hari kita berazam, bermula pada setiap pagi, setelah bangun dari tidur.
'Ya Allah, bagilah aku boleh jawab exam jap lagi.'.. erk, yang selalunya macam ni:
'Ya Allah, hari ni aku nak jadi imam subuh dan tak nak tidur time baca ma'thurat.' (Ameeen)
Kenapa kita berazam? Kerana berlaku perubahan dari siang ke malam. Dari tidur kepada sedar.
Firman Allah: بسم الله الرحمن الرحيم
"...ada tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal."
Daripada [Tafsir Qurthubi]:
Ayat ini merupakan awal ayat-ayat penutup surah Ali-‘Imran, dimana pada ayat ini Allah swt. memerintahkan kita untuk melihat, merenung, dan mengambil kesimpulan, pada tanda-tanda ke-Tuhanan. Karena tanda-tanda tersebut tidak mungkin ada kecuali diciptakan oleh Yang Hidup, Yang Mengurusinya, Yang Suci, Yang Menyelamatkan, Yang Maha Kaya, dan tidak membutuhkan apa pun yang ada di alam semesta ini. Dengan meyakini hal tersebut maka keimanan mereka bersandarkan atas keyakinan yang benar, dan bukan hanya sekedar ikut-ikutan. Pada ayat ini menyebutkan “…terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” Inilah salah satu fungsi akal yang diberikan kepada seluruh manusia, yaitu agar mereka dapat menggunakan akal tersebut untuk merenung tanda-tanda yang telah diberikan Allah swt.
Jumhur ulama mengatakan bahwa disunnahkan bagi yang baru bangun dari tidurnya agar mengusap wajahnya dan membuka harinya dengan membaca kesepuluh ayat ini, karena itulah yang ditauladani dan dicontohkan oleh nabi saw. (Ayat 190-200)
Kemudian setelah membaca kesepuluh ayat ini, ia bersegera melakukan shalat fardhunya. Dengan begitu ia telah menggabungkan antara bertafakkur dan melakukannya secara bersamaan. Dan itulah yang disebut dengan perbuatan yang paling baik.
Dan semua ini hanya disedari oleh mereka yang berakal.
Mereka yang berakal (Ulil Albab) ni maksudnya adalah, mereka yang punya hati yang bersih. dan yang sentiasa berusaha menjadikan dirinya sentiasa Muslim dan lebih baik dari sebelumnya.
Sebab tulah kita sepatutnya, berazam setiap hari. bukannya berazam pun nak dijadikan tradisi: berazam bila masuk tahun baru. Tapi berazamlah setiap hari kerana perubahan dan berazam saling berkait antara satu sama lain.
Lagi satu, yang membuatkan kita nak pasang azam ni setiap kali berlaku fasa perubahan, adalah kerana adanya rehat. Bila seseorang tu sedang berehat, dia sedang melapangkan fikiran dan mindanya dari anasir-anasir luar. Peruntukan masa hanya untuk dia bersama jiwanya. Jadi tatkala hati tengah kosong dan lapang, perbuatan yang lepas datang untuk dimuhasabahkan. Lantas, tanpa sedar, dia akan memasang angan dan harapan untuk pulihkan kembali setiap perbuatan yang dah terbuat.
Sebab tu terkadang kita berazam setiap kali mulanya semester baru. Sepanjang tempoh cuti sem, kelapangan minda dari memikirkan assignment pensyarah yang banyak tu, membuatkan termuhasabah dan terfikir untuk jadi students yang terbaik for the next semester.
Jadi, berazamlah setiap hari!
Supaya setiap hari, kita akan memuhasabah amal perbuatan kita,
setiap hari menjadikan kita mereka yang berfikir akan ciptaan dan tanda-tanda kebesaran Allah,
setiap hari membuatkan kita sentiasa semangat memburu syurga Allah!
Luqman al-Hakim berkata: “Sesungguhnya lama menyendiri akan mengilhamkan untuk berfikir dan lama berfikir (tentang kekuasaan Allah) adalah jalan-jalan menuju pintu surga.
Al-Hasan al-Basri berkata: “Berfikir sejenak lebih baik dari bangun shalat malam.”
Al-Fudhail mengatakan bahwa al-Hasan berkata: “Berfikir adalah cermin yang menunjukkan kebaikan dan kejelekanmu.”
Sufyan bin ‘Uyainah berkata: “Berfikir (tentang kekuasaan Allah) adalah cahaya yang masuk ke dalam hatimu.”
Dan InspirasiFalaq juga nak berkongsi kata-kata:
Sebenarnya lah kan,
Ana berazam satu hari nanti semua umat Islam akan kata:
"Esok dah nak masuk tahun barulah. Jom Puasa! Puasa di bulan Muharram kan besar fadhilatnya."
"Berazam nak ajak semua orang solat berjemaah kat masjid."
ok, azam ni mungkin akan tercapai bila dah Islam menjadi Ustaziyatul Alam.
Nah hadiah tahun baru;

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; [Ali Imran, 3:190]

kawan ODOJ bagi =D |
No comments:
Post a Comment