SURAH KE-113
diturunkan di Madinah
diturunkan di Madinah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada ALLAH yang menguasai subuh.
2. "Dari bencana makhluk-makhluk yang engkau ciptakan"
3. "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
4. "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus pada simpulan (ikatan)
5. "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya"
Intisari kandungan: Mengajar kita memohon perlindungan kepada ALLAH dari segala jenis bahaya yang zahir, yang datangnya dari makhluk-makhluk Tuhan, sama ada yang terdapat pada malam hari yang gelap gelita, atau yang datangnya dari makhluk yang berjiwa kotor serta dari makhluk yang melakukan perbuatan yang merosakkan dan membahayakan orang lain. Demikian juga dari manusia yang khianat dan hasad dengki..
ana namakan blog ini, falaq.., kerana pada waktu subuh merupakan waktu yang sangat banyak manfaatnya, dan merupakan waktu yang penuh kenikmatan. pertama sekali, tersedarnya pada waktu falaq ini, alhamdulillah, setinggi kesyukuran pada ILAHI, kerana masih lagi meminjamkan nyawa.. Betapa kasih dan sayangnya Allah pada kita, lihatlah dalam surat mulia Ilahi pada surah al-falaq ini, Allah menyuruh kita memohon pertolongan hanya padaNYA.., kerana DIA jualah yang meguasai fajar, dan semua makhluk ciptaanNYA.

No comments:
Post a Comment