Gema Jihad

Sunday, January 29, 2012

Jaulah Jelajah Jordan Winter 2012 (1)

pengalaman yang tak akan dilupakan..

Isnin 23/01/2012 = 29 Safar 1433

Pada hari pertama jaulah, jam 0600, ana dan sahabat2 sejaulah berkumpul di Simsemah (super market yg terkenal bg pelajar melayu). Tunggu punya tunggu.., bas tak sampai2 lagi. dan penantian itu berakhir pada pukul 8 pagi. Tanpa membazirkan masa. ketua jaulah kami, segera mengarahkan kami naik bas untuk ke Ma'rakah Yarmouk. Alhamdulillah.., selepas 1 jam perjalanan, tibalah kami di Ma'rakah Yarmouk. 

                                   
    
tempat berlakunya perang yarmouk


Peperangan Yarmouk adalah pertempuran sengit yang berlaku di antara Islam dan Rom Timur (Byzantine) selama 6 hari pada tahun 636 M. Pertempuran tersebut merupakan salah satu pertempuran penting dalam sejarah dunia, kerana ia menandakan penguasaan kerajaan Islam di luar Tanah Arab, dan kemasukan Islam ke Palestin, Syria dan Mesopotamia, di mana majoriti rakyatnya adalah penganut agama Kristian. Pertempuran ini terjadi semasa pemerintahan Umar Al Khattab, khalifah Islam ke-2. Pertempuran ini juga merupakan salah satu kemenangan bagi Khalid Al Walid yang mengukuhkan lagi reputasinya sebagai salah seorang panglima yang berkebolehan. 

Khalid Al Walid telah mengendalikan perang ini dengan bertahan dan kemudian melakukan serangan balas secara mengejut. Selama enam hari peperangan berlangsung akhirnya Rom berjaya dikalahkan pada hari itu juga. Tentera Islam seramai 30 000 vs tentera Rom seramai 240 000. Namun pasukan Islam mampu bertahan, bahkan menang melawan pasukan yang sangat besar jumlahnya.  Dalam peperangan Yarmouk, seorang panglima Rom bernama George memeluk agama Islam setelah mendapat penjelasan dari Khalid Al Walid mengenai Islam. George yang pada awalnya mengetuai unit serangan sayap kanan tentera Rom, meluru mara di hadapan pasukan tentera Islam dan melaung-laung nama Khalid Saifullah. 
Jom ikuti perbualan antara Khalid Al Walid dan George:
george: O Khalid, tell me the truth and do not deceive me, for the free do not lie and the noble do not deceive. Is it true that Allah sent a sword from heaven to your Prophet? And that he gave it to you? And that never have you drawn it but your enemies have been defeated?
(("Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta, jangan kamu menipu dan kerana sesungguhnya orang yang budiman (orang yang beriman kepada Allah seperti kamu) itu tidak berdusta. Adakah benar bahawa Allah telah memberikan kepadamu sebilah pedang dari syurga kepada Nabi-mu? Kemudian pedang tersebut diserahkan pula kepadamu? Maka, atas sebab itu setiap kali pertempuran kamu tidak pernah tewas, bahkan kamu-lah yang menewaskan musuh (dengan pedang itu)?".))


Khalid Al Walid: "Tidak. Kenyataanmu itu tidak benar".


george: "Lalu apakah sebabnya kamu dikenali Saifullah (Pedang Allah)?", George bertanya sambil merenung perdu mata Khalid yang dalam. 


Khalid Al Walid: "Ketika Allah mengutus Nabi Muhammad, seluruh kaumnya kerabatnya sangat memusuhinya, termasuklah aku. Aku adalah orang yang paling membencinya. Namun, selepas Allah memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah S.A.W menerimaku dan memberi gelaran kepadaku `'Saifullah' (pedang Allah). Bukanlah gelaran itu ku galas untuk berperang dengan orang bukan Islam, tetapi ingin mengajak kamu menjadi saksi..."


george: "Apa yang kamu panggil kepadaku tadi..."


Khalid Al Walid: "Untuk kamu menjadi SAKSI...", .. "...Bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan-Nya. Kami juga ingin mengajak kamu supaya mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu adalah benar (memahami dan mendekati ajaran Islam)".


george: "Kalau aku tidak mahu menerimanya?"


Khalid Al Walid: "Kamu diharuskan membayar jizyah, dan selama kamu membayar jizyah - nyawamu, hartamu dan segala milikmu berada di dalam pengawasan umat Islam. Selama kamu membayar jizyah, kami tidak akan membiarkan sesiapapun menumpahkan darahmu dan merosakkan harta bendamu, bahkan kamilah yang akan menuntut bela dan mempertahankan kamu dari segala ancaman"


george: "Bagaimana jika aku tetap tidak mahu membayarnya?"


Khalid Al Walid: "Apa jua perkara yang menimpamu, kami tidak akan menggalas apa-apa tanggungjawab ke atas hal itu"


george: "Bagaimanakah kedudukan seseorang jika ada yang memeluk Islam pada hari ini? Adakah ke-Islaman orang itu sia-sia kerana tiada ganjaran pahala yang diterima olehnya di sisi Allah"


Khalid Al Walid:  "Di hadapan Allah, kita sama semuanya, baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang terdahulu atau yang terkemudian masuk Islam. Orang yang datang kemudian lebih tinggi kedudukannya daripada orang yang terdahulu memeluk Islam, kerana kami yang terlebih dulu masuk Islam, yakni menerima Islam ketika Rasulullah masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada Baginda S.A.W. Sedangkan orang yang masuk Islam kemudian, tidak menyaksikan apa-apa yang kami saksikan. Oleh itu, sesiapa sahaja yang memeluk Islam yang datang terakhir, maka dia akan lebih mulia kedudukannya, malah lebih besar pahalanya kerana dia memeluk Islam tanpa menyaksikan bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dulu".


george: "Jika begitu, mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam, wahai Khalid tolonglah ajarkan aku mengenai Islam".


Dengan wajah gembira Khalid mengajak George masuk ke dalam khemah dan mengajarnya melafazkan 'syahadatain', kemudian Khalid mengajar George berwudhu' dan mengerjakan solat dua rakaat bersamanya. Apabila tentera Rom mendapati George tidak keluar-keluar dari khemah tersebut, mereka terus mengadakan serangan besar-besaran terhadap pertahanan umat Islam. Selepas selesai mengerjakan solat, Khalid, George bersama tentera-tentera Muslimin meneruskan peperangan sehingga dalam pertempuran tersebut, George yang menyertai barisan kaum Muslimin terbunuh dan syahid di medan peperangan. 
........
pada jam 1000 jaulah kami diteruskan ke Umm Qays.
kota greco-roman umm qays (gadara)

Umm Qays menurut sejarah dikenali sebagai Gadara merupakan Decapolis ( salah satu daripada himpunan 10 buah kota dan himpunan kota ini adalah bebas walaupun di bawah pemerintahan Roman) Greco-Roman yang unik lantaran pernah dikuasai empat kuasa besar dimulai oleh Greek seterusnya Roman, Byzantine dan akhirnya empayar Othmaniyyah.  Dari sini jelas kelihatan Tasik Tiberia, Bukit Golan, perkampungan di Utara Jordan dan sekiranya bernasib baik dapat melihat tompokan salji di puncak Gunung Hermon. Kedudukannya yang strategik dikelilingi Sungai Yarmouk di utara, hutan berbukit Ajlun di selatannya, dataran tinggi Irbid di timur dan lembah Jordan yang subur di baratnya. Pada awalnya Alexander the Great telah menjadikan Gadara sebagai pusat tentera Ptolemy namun hanya seketika apabila Seleucid mengambil alih Gadara selama 100 tahun pada 198 SM. Tembok bandar yang dibina Seleucid kekal dan terletak berhampiran kawasan meletak kenderaan di sini. Seterusnya Gadara dikuasai Roman dan dihadiahkan kepada Raja Herod dan dipulangkan kepada Roman kembali setelah kematiannya. Gadara kemudian beralih tampuk pemerintahannya kepada kerajaan Byzantine. Awalnya Kristian agak sukar tersebar lantaran agama Greco-Roman telah dominan di sini. Namun berikutan Pemerintahan Milan pada 303 M agama Kristian telah tersebar luas malah sebuah Gereja berbentuk oktagon telah dibina di rangkaian Acropolis. Musim panas 636 M merupakan detik penguasaan Islam ke atas Gadara. Dikatakan bahawa sewaktu perang Salib Gadara telah musnah akibat beberapa siri gempa bumi dan sewaktu Perang Salib II ia merupakan sebahagian dari Kerajaan Jerusalem di samping merupakan medan pertahanan dalam menghalang tentera Arab. Menjelang kurun ke-19 Gadara telah kosong dan penduduk di sini hidup secara nomad. Semasa zaman Othmaniyyah apabila Kanun Tanah Othmaniyyah dilancarkan maka Gadara telah dihidupkan dengan tuan tanah yang baru. Perbezaan binaan zaman Othmaniyyah adalah dibina daripada batu kapur putih manakala bangunan yang lebih awal darinya dibina dari batuan igneus ( gunung berapi ) yang hitam.
Tepat pukul 12 tengah hari kami bertolak ke Ghour.  Di Ghour, kami menziarahi makam para sahabat. 

Maqam Saidina Muaz bin Jabal  
  • KETURUNAN: Beliau ialah Muadh bin Jabal bin Aus al-Ansari al-Khazraji
  • IBU: Hind binti Sahl dari suku Rifa’ah
  • ISLAM: Memeluk Islam semasa berusia 18 tahun. Beliau antara al-Sabiqun al-Awwalun(yang awal memeluk Islam)
  • PERJUANGAN: Terlibat dalam perjanjian Aqabah(kedua) bersama 70 orang Ansar, menyertai peperangan Badar semasa berusia 20 tahun. Beliau turut serta dalam peperangan Uhud, Khandaq dan peperangan-perangan yang lain. Rasul s.a.w telah mempersaudarakannya dengan  Ja’afar bin Abi Talib r.anhu(Jaafar al-Tayyar). Beliau juga terlibat dalam usaha pembukaan Syam(sekarang Jordan dan Syria) pada zaman khalifah Umar bin al-Khattab r.anhu
  • SIFAT: Seorang pemuda yang pemaaf, segak, pemurah, tinggi, putih, berambut kemas, mata yang besar, rambutnya kerinting, bermata hitam, giginya yang bersinar, apabila bercakap seolah-olah keluar dari mulutnya cahaya dan permata.
  • KELEBIHAN: Beliau antara sahabat yang menghafaz al-Qur’an, berperanan dalam mengumpul al-Quran(pada zaman Abu Bakar dan Umar r.anhuma) dan antara sahabat yang menjadi rujukan dalam pengajaran al-Quran. Nabi s.a.w bersabda;
  • ”Ambillah al-Qur’an dari empat orang; Ibnu Mas’ud, Ubay, Muadh dan Salim Mawla Abu Huzaifah




Maqam Saidina Amir bin Abi Waqas 
  • KETURUNAN : Beliau ialah Amir bin Malik bin Uhayb bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah al-Qurasy.
  •  IBU: Hamnah binti Abu Sufyan bin Umayyah bin Abdu Syams
  •  ADIK-BERADIK: Sa’ad, Umair, Utbah,  Sa’ad dan Umair antara yang awal memeluk Islam manakala ‘Utbah mati dalam keadaan kafir.
  •  ISLAM: Amir r.anhu merupakan al-Sabiqun al-Awwalun kerana beliau merupakan orang yang ke-11 memeluk Islam
  •  HIJRAH: Beliau antara sahabat nabi s.a.w yang berhijrah ke Habsyah kerana tekanan dan penyiksaan oleh orang-orang Quraisy. Beliau terus berada di Habsyah sehingga tahun ke-7 Hijrah. Beliau bersama-sama Ja’far bin Abi Talib seramai 16 sahabat datang dari Habsyah dan menuju ke Khaibar dan menyaksikan pembukaan kota Khaibar(salah satu kubu dan penempatan Yahudi pada zaman rasul s.a.w. Baginda s.a.w sangat gembira dengan ketibaan sahabat-sahabat ini
  •  PERJUANGAN: Perjuangannya bermula apabila berhadapan dengan ibunya sendiri yang menentangnya semasa beliau mengisytiharkan keislamannya. Beliau tetap dengan pendiriannya. Beliau turut serta dalam peperangan bersama rasul s.a.w dan menyertai siri peperangan di Syam di bawah pimpinan amin al-Ummah saidina Abu Ubaydah bin al-Jarrah r.anhu.
  •  KEWAFATAN: Beliau mati syahid dalam peperangan Yarmouk dan dikatakan peperangan Ajnadin tahun ke-15H bersamaan 636M dan dikebumikan di Pekan Waqqas yang diberi nama sempena nama beliau.


 Maqam Saidina  Abu Ubaidah
  • Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin Al Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah Al Jarrah. Beliau lahir di Mekah dari sebuah keluarga Quraisy.  Beliau salah seorang sahabat yang dijamin masuk Syurga. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri dan amat pemalu.  Beliau termasuk orang yang pertama masuk Islam.  beliau memeluk Islam selang sehari setelah Saidina Abu Bakar as-Shiddiq ra memeluk Islam. Beliau masuk Islam bersama Abdurrahman bin ‘Auf, Uthman bin Maz’un dan Arqam bin Abu al-Arqam, di tangan Abu Bakar as-Shiddiq. Saidina Abu Bakarlah yang membawakan mereka menemui Rasulullah s.a.w. untuk menyatakan dua kalimah syahadat di hadapan nabi Muhammad s.a.w.   Kehebatannya dapat kita ketahui melalui sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.”

Maqam Saidina Surahbil bin Hasanah 

  • KETURUNAN: Beliau ialah Syarhabil bin Abdullah. Ibunya bernama Hasanah. Beliau masyhur dengan nama ibunya kerana bapanya meninggal dunia ketika beliau masih kecil.(Tabaqat Ibn Sa’d j.4/hal.127)
  •  ISLAM: Beliau adalah antara mereka yang awal memeluk Islam.
  •  KELEBIHAN: Beliau antara penulis wahyu rasul s.a.w.
  •  PERJUANGAN: Beliau antara yang turut serta dalam hijrah ke Habsyah. Beliau turut serta bersama rasul s.a.w dalam beberapa peperangan. Beliau turut serta dalam pembukaan Syam dan antara pimpinan yang dilantik oleh Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Saidina Umar r.anhuma untuk menerajui pembukaan tersebut. Antaranya beliau terlibat dalam peperangan Yarmouk dan pembukaan al-Quds.Beliau juga bersama-sama Ikrimah bin Abu Jahal r.anhu dalam membunuh Musailamah al-Kazzab dalam peperangan Yamamah iaitu peperangan memerangi golongan murtad.
  •  KEWAFATAN: Beliau meninggal dunia disebabkan taun amwas di Ghur, Jordan semasa berusia 67 tahun.

Maqam Saidina Ad-Dirar


Nama sebenar beliau Dirar bin Al Azwar bin Malik bin Al Asadi. Beliau memeluk agama Islam selepas pembukaan kota Makkah. 














destinasi kami untuk hari pertama jaulah berakhir di Laut Mati sebelum kami singgah di sunrise hotel dan menginap semalaman di sana.

البحر الميت

 Laut mati.... kisahnya dijadikan tauladan buat kita, kisah di mana kaum lelaki suka pada lelaki (homoseksual). Kisah nabi Lut dan kaumnya ada dalam kitab Allah yang suci, Al Quranul Kareem. Lihat surah Hud ayat 80,  Nabi Lut berkata: “Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)”.
Kemudian Allah mengutuskan Jibril untuk tenggelamkan kota mereka, kesannya-->di namakan Laut Mati. Dalam surah Hud ayat 81, Allah utus Malaikat, maksudnya, “(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata: “Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?”
maka kaum Lut yang mungkar dan jahat menerima hukuman dari Allah. lihat surah Hus ayat 82, maksudnya, “Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu".
Akibatnya Kota itu di tengelam 418m dari aras laut, Lokasi Laut mati ialah antara Jordan dan Tebing Barat. Sahabat,,, sama-sama kita ambil iktibar dari kisah ini, jangan kita lalai kerana Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu..



No comments:

Post a Comment