Rabu 25/01/2012 = 02 Rabi'ul Awwal 1433
Hari yang dinantikan, kunjung tiba..
~Jelajah Petra~
|
Petra
Petra merupakan kota warisan kerajaan Nabatean , bangsa Arab yang kreatif dan produktif dan tinggal di selatan Jordan 2000 tahun dahulu . Mereka menguasai jalan perdagangan silam di samping memungut cukai dan melindungi kafilah perdagangan yang berisi rempah dan sutera India , gading Afrika serta kulit haiwan . Zaman kegemilangannya menyaksikan Kerajaan Nabatean merentasi Damsyiq termasuk Sinai dan padang pasir Negev serta sebahagian besar tanah Arab . Namun kehebatannya menjadi ancaman kepada Maharaja Trajan – Roman lalu pada 106 M serangan telah dilancarkan . Apabila Roman mengambil alih mereka telah mengalihkan jalan perdagangan mereka ke Basrah( Syria ) menjadikan Petra diabaikan begitu sahaja . Pada kurun ke – 16 Petra telah hilang begitu sahaja kepada dunia Barat selama 300 tahun sehinggalah pada 1812 M Johann Burckhardt , pengembara Swiss telah menemui kawasan itu dan menyatakan kebarangkalian kesan runtuhan di Wadi Musa itu adalah peninggalan silam Petra . Seterusnya pada 1924 M , ekspedisi pertama ahli arkeologi cuba meneroka Petra di bawah naungan Sekolah Arkeologi British di Jerusalem . Kedudukan Petra yang mengkagumkan telah menggamit ramai pengunjung walaupun jauh terpencil dan terpaksa melalui jurang di celahan tebing gunung setinggi 100 meter . |
|
Di puncak Petra |
|
.:Petra:. |
|
Petra tak lengkap tanpa unta |
|
hai.., saya keldai~
setelah mendaki Petra..., kami bergambar kenangan~ |
Peserta Jaulah Jelajah Jordan Winter 2012
.........
Setebinya kami di Wadi Rum, keletihan bermaharaja di minda, namun, tatkala melihat Jip tersedia membawa kami melawat Wadi Rum, segala penat lelah turut berlalu bersama deruan enjin Jip..
|
.:Naik Jip:. |
|
Akibat dari belahan bumi yang berlaku
menghasilkan batu ukiran cendawan yang semulajadi |
~rimal mutaharikah~
(pasir ini tidak kekal di sesuatu tempat, jadi ia dikenal sebagai pasir bergerak)
.........
Kunjungan kami untuk hari ketiga Jaulah berakhir di Aqabah
Masjid Al Sharif Al Hussein bin Ali di Aqabah
Aqabah merupakan tempat yang sangat terkenal untuk 'shopping' kerana barangan yang di jual amatlah murah. Aqabah juga merupakan kawasan bebas cukai. Di sini, kami adakan BBQ di pantai Aqabah.
pada pukul lebih kurang 12 tengah malam, kami bertolak pulang ke Amman.
No comments:
Post a Comment