Khamis 26/01/2012 = 03 Rabi'ul Awwal 1433
Usai menunaikan solat subuh dan sarapan, kami meneruskan jaulah ke Muzium Kereta Diraja.
Masjid Negara Jordan |
Muzium Kereta Diraja Seterusnya, kami menjelajah shopping mall~ Tepat jam 1200 tengah hari kami menuju ke Jerash. |
~Jerash~
dan.....
~Ajloun~
Kubu Pertahanan yang dibina oleh Solehuddin Al Ayyubi |
Jerash ( Gerasa )
Gerasa merupakan nama Jerash yang telah diubahsuai oleh kerajaan Rom . Pada 332 S.M. Jerash berada di bawah penaklukan Alexander The Great yang ingin menyatukan Timur dan Barat di bawah perundangan Greek . Jerash ketika itu diperintah oleh Ptolemy II yang menukarnya dari kampung yang kecil kepada sebuah bandar metropolis . Pada 223 – 187 SM Jerash ditakluk Antiochus III dari Syria dan menjadi sebuah kota yang hebat . Pada 63 SM , Jerash dikuasai pula oleh General Pompey – Roman yang menukar nama Jerash kepada Gerasa . Jerash juga turut dipengaruhi rakan perdagangan dan sekutunya iaitu Kerajaan Arab-Nabatean dalam pelbagai aspek . Pada 106 M Maharaja Roman-Trajan berpendapat bahawa Arab Nabatean adalah musuh lalu serangan dilancarkan ke atas pusat mereka di Petra . Tanda kemenangan mereka dipamerkan dengan terbinanya Gerbang Utara di hujung Jalan Colonnade . Tugu Hadrian atau Tugu Kejayaan merupakan monumen pertama yang kelihatan dari Amman yang dibina pada 130 M sebagai meraikan kedatangan Maharaja Roman- Hadrian . 395 M menyaksikan agama Kristian menjadi agama dominan di Jerash sehingga di era Maharaja Justinian ( 527 – 565 M ) bilangan gereja meningkat kepada 12 . 614 M Jerash dikuasai Persia yang membinasakan hampir semua monumen mereka namun Roman di bawah pimpinan Maharaja Heraclius pada 627 M telah merampas semula dan Jerash telah menjadi Ghassanide di bawah pemerintahan mereka . 636 M merupakan detik di mana Islam menguasai Jerash dan kegemilangannya ternyata pada zaman Umayyah ia terkenal sebagai lombong perak dan gangsa di samping kawasan industri pasu belanga . Antara binaan yang kekal adalah Masjid Umayyah – Jerash yang dipercayai tertua di Jordan . Pada 749 M Jerash dilanda gempa bumi yang menyebabkan populasi penduduknya merudum kepada 4000 sahaja. Jerash tidak terkecuali daripada bahang perang Salib apabila Raja Baldwin I ( 1058 – 1118 M ) cuba menguasainya namun gagal dan pada cubaannya menentang Syria dia telah memusnahkan sebahagian kawasan ini dan membakarnya . Pada zaman Uthmaniyyah bandar ini dipelihara dan masjid telah didirikan . 1927 M , Jerash telah menjadi sub-daerah di bawah kerajaan Jordan dengan mandat British sehinggalah pada kemerdekaan Jordan pada 1946 yang telah menyaksikan Jerash menjadi sebuah tapak arkeologi utama di Jordan .

Ajlun
Ajlun menjanjikan pemandangan yang indah dan memukau mata . Di sini pengunjung boleh melihat istana kawalan , contoh terbaik seni bina ketenteraan Islam di samping kewujudan terowong , tangga dan dewan-dewan untuk diterokai . Merupakan bukit hutan pine yang tertinggi di utara Jordan . 32 km dari utaranya terletak Bandar Irbid yang dikenali dalam catatan sejarah sebagai Arbilla juga antara bandar bersekutu dalam Decapolis tetapi hanya tinggal sedikit kesan sahaja lagi . Berhampiran di kampung al-Husn di jalan menuju ke Jerash terdapat anak bukit yang dipercayai mengandungi sisa-sisa bandar silam yang wujud sejak 3000 SM .

Pada pukul 6.30 petang.., maka berakhirlah Jaulah Jelajah Jordan~
Alhamdulillah, sepanjang jaulah ini, ana peroleh banyak maklumat sekali gus dapat menambahkan ilmu pegetahuan, di samping dapat mengukuhkan lagi keakraban sesama sahabat.., sebesar-besar pujian di utarakan kepada Ilahi, kerana dengan izinnya, ana dapat mengisi cuti 'winter break' ini dengan satu perkara yang besar manfaatnya..

Sepanjang coretan ini, ana mohon maaf andai ada tersalah info..
wallahu 'alam..
wallahu 'alam..
No comments:
Post a Comment