Gema Jihad

Tuesday, May 15, 2012

bismillah...........................
ya Allah berilah kekuatan pada diri ini untuk meneruskan perjuangan membelek, menela'ah, membaca dan menggaris isi-isi penting setiap helaian buku ini....hmm, dalam tengah bosan nim.., tetiba fikiran terbang pulang ke Malaysia menaiki pesawat Royal Jordan..

..........

weinak: شكرا لاستخدم خدمة وينك, for english press two.
......................tut..tut..tut...........
kat Malaysia: Assalamualaikum..
dari Jordan: MOOOOOOOOOOK..

Mok: jawab gak salam dulu..
Ana: hehe, excited dengar suara mok, wa'alaikumusalam.. apa khabar mok? duk wak gapo tu?
Mok: Alhamdulillah sihat jer.., ni ha, duk bungkus hadiah ko adik2..
Ana: bungkus hadiah..?! untuk gapo??
Mok: esok kea Hari Guru..
Ana: a'ah lah, esok hari guru.. lupa pulop. Mok, nanti kirim salam kat semua cikgu deh..
Mok: kirim salam jer..??!
Ana: :) hehe~

............

.: 16 Mei :.
khas buat semua cikgu yang mendidik diri ini menjadi seorang insan yang berguna dan berilmu

terima kasih atas segala tunjuk ajar, penat lelah cikgu dalam mendidik dan mencurahkan ilmu buat ana dan sahabat. Tanpa kesungguhan dan pengorbanan cikgu.., tidaklah ana gagah berdiri di bumi anbiya ini.

Sempena Hari Guru 2012.. ana dan sahabat seperjuangan dari bumi yang penuh barokah ini
mengucapkan Selamat Hari Guru buat warga pendidik terutamanya cikgu-cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah, Besut, Terengganu.
Maafkan segala salah dan silap kami.


Semoga cikgu terus gigih dalam membina anak bangsa menjadi insan berilmu.
Kerana, mereka yang berilmu, mulia darjatnya disisi Ilahi..



 Al-Mujaadilah ayat 11 :“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”. Orang-orang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah dan senantiasa didoakan oleh para malaikat.

wallahu 'alam

p/s: ok, sambung mujahadah mengulang kaji pelajaran~