Gema Jihad

Saturday, September 5, 2015

nak CITER pasal KITER

Bismillahi wassalamualaikum wbt.

limaza ibda' bilbasmalah? (nape setiap kali kita (yang usaha nak jadi muslim), akan mula ngan salam setiap kali sebelum nak buat sesuatu?)

Tajdid Niat.
yes, tak der yang lain yang boleh bantu kita untuk kawal gerak amal. =)
#compass setting sikit (sebab fisrt time dengaq pasal term ni, saje nak try n kongsi kat sini)

Nak citer pasal KITER.

Kiter ni mula melakar memorinya pada 3 September 2015 di banyak kayu. Memori dan kenangan ini sayang untuk dibiarkan terapung-apung hanya dalam kotak akal yang tidak menjadi upaya kita menjaganya, kerana ia milik Tuhan. Pengalaman pertama mencari bekalan untuk terus thabat dalam dakwah dan tarbiah di medan sebenar, Malaysia.

Imbas kembali atau bahasa saintifiknya #throwback.
Dulu-dulu, setiap kali balik daripada program-program tarbiah yang memakan masa sampai lewat malam atau mukhayyam contoh terdekatnya, mesti katil yang menjadi tempat membuktikan kesungguhan ana dalam dakwah dan tarbiah. end of throwback. Dan, setiap kali itu juga, ana sentiasa merasakan yang ana tidak layak untuk dakwah ini.

Tapi, tu dulu. bak kata uncle Rachel Wolchin, dalam TheGoodVibe.co

It's not how we make mistakes, but how we correct them that defines us.
Tidur, lesu dan penat selepas satu pengisian atau daurah atau gerak amal adalah satu kesalahan. Adakah setelah apa yang kita dapat, apa yang kita isi dalam jiwa daripada pengisian itu hanya sebagai memenuhi rutin dan masa? ini satu pengajaran ana dapat setelah sedar daripada lena yang nikmat itu.

Namun, tidur itu tidak salah, dan bukan tidur juga menjadi topik dan isu. Tetapi, hammasah itu yang dicari. Jika lena itu hanya untuk mengecas kembali bateri tenaga, rehatlah seketika kerana kita adalah manusia. Jika tidur itu hanya menghasilkan taik mata, tahanlah kantuk seketika kerana syurga tempat rehat yang tersedia.

Kembali kepada citer kiter.
Cerita yang bukan direka, bukan dicipta, cuma, mungkin dicorakkan sedikit dengan kata-kata sebagai perencah rasa. Cerita yang ingin dikongsi pengalaman uniknya.

Petang tiga September dua ribu lima belas.
Bermula pengembaraan ana bersama kiter. Dengan pacuan empat roda, singgah dahulu di rumah kakanda ukhty fihah ditemani ukhty syiqa. Maka kami bertiga.

Kak Fihah, dan Syiqa. Syiqa yang ana terlebih dahulu kenal sebelum Kak Fihah. Perkenalan yang cukup singkat. Hanya tahu nama. Ya, nama panggilan. Berbekalkan ukhuwwah kerana dakwah dan tarbiah, kami saling percaya untuk bersama mengembara menuju hutan banyak kayu.

Tercatat dalam memori, ana mula memandu kereta pukul enam suku petang. Tanpa pengalaman memandu jauh, tanpa pengalaman memandu pada waktu malam, dan paling menarik, langsung tidak tahu jalan untuk ke hutan yang banyak kayu itu, kami redah jua berpetakan google dan bertemankan  waze.

oh ya, yang paling penting juga, kereta yang ana pandu, bukanlah kereta milik sendiri malah, bukan juga milik Kak Fihah atau Syiqa. Milik ukhti Irah. Keizinan dan keihlasannya terzahir apabila dengan sukarela menawarkan keretanya demi akhawat kiter terus bersama dalam perjuangan dakwah.

Memandu pada waktu malam melalui lebuhraya..sangat-sangatlah ana menolak diri awal-awal (tapi terzahir dalam hati je, dengan izin Allah, Allah suntikkan semangat, dan tak jadi nak minta izin ngan murabbi tak nak drive). tapi, serius, inilah pengalaman pertama pandu kereta malam-malam lalu jalan lebuhraya. ala kulli hal, papepun. Alhamdulillah, tiga jam perjalanan, kami sampai di hutan dalam pukul sembilan sepuluh.

Dalam hutan.
Setibanya di hutan yang damai dan sungguh gelap itu, tercari-cari cahaya tempat kiter berkumpul. Dengan tawakal yang tinggi, melalui jalan yang hanya disuluhi cahaya bulan dan lampu kereta, dengan izinnya sampai juga tempat yang dituju. Dan ana, sungguh tidak sabar untuk bertemu seorang ukhti yang dihormati. Murabbi yang pasti.

Niat.
Semangat kaki ana melangkah menuju ke dewan makan untuk bertemu murabbi dan rakan seperjuangan. Pada saat insan yang ana cari sudah ada depan mata, ana sangatlah mengharapkan Kakak Murabbi menggosok-gosok belakang sekurangnya, tanda syukur dan terima kasih kerana mutarabbinya sampai juga setelah susah payah mengharungi samudera kehidupan malam-malam bawa kereta. Dan harapan tinggal impian. 'mungkin Kak Siti banyak benda lagi dia nak pikir, tak sempat kot nak pikir pasal aku' -monolog ukhti yang terlupa tajdid niatnya..

Usai makan dan solat, dengan hati yang teruja (sebab dah lama nak pengisian), tangan siap-siap pegang pen, telinga bersedia nak tadah, kutip bekalan.

Apabila dikatakan tentang dakwah, Imam Hassan Al Banna telah menggariskan beberapa ciri dakwah ikhwan yang ringkas dan tepat untuk kita laksanakan.
Laju tangan menaip setiap patah kata. Sambung penyampai lagi:

Ciri dakwah yang kita imani juga adalah dakwah yang suci dari tujuan dan selain dari keredhaan Allah. Kita berdakwah, bukan untuk dapatkan kepentingan peribadi sedikit pun, hatta sepotong ucapan terima kasih!
Ucapan terima kasih.
Terhenti tangan seketika. Fikiran terus berputar saat awal kaki melangkah tadi. 'AstaghfiruLlah.., aku terlupa tajdid niat!' -monolog ukhti yang baru tersedar.

_______  

Alhamdulillah, dengan izinnya, ana diberi peluang mendapat tarbiah bil ahdath (tarbiah melalui peristiwa) sepanjang di hutan itu, hanya untuk mengutip bekalan dan membina tautan hati dengan rakan seperjuangan melukis garis-garis ukhuwwah, bekalan untuk thabat dan istiqamah.

Ukhuwwah.
Walaupun pada pertemuan yang singkat namun tetap terasa seperti sudah lama membina perkenalan. Namun, masih banyak lagi peristiwa yang pasti dilalui bersama, perlu saling menguatkan, perlu saling mengingatkan.. untuk setiap insan yang bersedia memanggil dirinya sendiri, sebagai ansarullah.

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. [61:14]

Perkara ini bukan setakat pengajaran bagi kita, tetapi juga kepada binaan yang kita bina. Supaya seluruh kehidupan dakwah mereka hanyalah untuk mencapai tiga prinsip dakwah terutama: liLlah (kerana Allah), ma3aLlah (bersama Allah), dan illaLlah (kepada Allah). Berdakwah hanya kerana Allah, bersama dengan Allah (dekat dengan Allah) dan menyeru manusia hanya kepada Allah. |MUHARIKAH |DAKWATUNA
Dakwah.
Ayat yang selalu kiter dengar. "Dakwah tak perlukan kita, tetapi kita yang memerlukan dakwah."
Ayat yang tidak pernah kiter dengar, sebab ni ayat ana, :jangan ego tinggi sangat dalam dakwah, nanti kita jugak yang tersipu-sipu mencari dakwah~

Memang, kadang-kadang tu, pernah rasa tak nak gi usrah, sebab usrahmate tak best (padahal kitalah yang asyik duk su'u dzon ngan usrahmate, pastu cakap usrahmate x best). pernah juga selalu tidur dalam daurah, ketepikan muayasyah dengan anak binaan sebab nak baca novel 'Cinta Paling Agung', pernah rasa futur dan merajuk ngan murabbi sebab murabbi dah tak care pasal kita macam murabbi mula-mula kejar kita nak suruh kita masuk usrah.., ada sekali tu, pernah juga buat perangai, tak buat task yang murabbi suruh (sebab rasa diri dah hebat ..kan?)..

perasaan-perasaan ini sebenarnya nak test, nak uji kethabatan kita dalam dakwah ni.

Cane nak buat?
Kadang-kadang jahiliyah tu senang jek kita lawan bagaikan buang sampah yang duk kat tepi tong sampah.
Kadang tu susah dia..macam nak buang chewing gum yang melekat kat rambut. Tapi, yang pasti, kita akan usaha juga nak buang, right?

Effort nak cuci kotoran jahiliyah ni pula tengok tahap mujahadah. nak tahu mujahadah tahap mana, tengok iman. Nak feel iman tu duk tinggi mana, kena cek mutabaah. Simple kan? Tapi macam susah juga..

Jalan ini masih jauh dan memang susah, tapi syurga itu sentiasa dekat dan memang eksklusif untuk mereka yang susah payah usaha nak dapatkannya. Semoga thabat. 

tentang KITER

Wednesday, August 26, 2015

Inspirasi.

Assalamualaikum wbt.
Bismillah.
“Orang-orang yang maju dalam hidup ini adalah orang-orang yang bangkit dan mencari lingkungan yang mereka inginkan, lalu jika mereka tak dapat menemukannya, mereka menciptakannya.” -George Bernanrd Shaw
Pepatah Melayu juga yang tersohor bermain dalam ingatan, "Kehidupan ibarat roda, terkadang di atas, terkadang di bawah." Inilah fenomena yang pasti dihadapi oleh setiap golongan yang bernama manusia. Cuma, terserah kepada tuan punya badan, sama ada sedar atau tidak. Semalam dapat makan aiskrim, hari ini cuma mampu menelan segelas air kosong. Kerana tika di atas, nikmat sihat datang, tika di bawah, nikmat sakit yang ziarah. 
Putaran kehidupan yang biasa. 
Solat, baca Quran, makan, minum, facebooking, instagraming, mandi, tidur.
Menjadi rutin harian. Semalam, hari ini, mungkin esok juga begini. 
"Ibnu 3Aqil tidak suka makan, dan kalau dia makan pun hanya makan makanan yang mudah telan dan dikunyah. Kenapa? Kata Ibnu 3Aqil: 'Aku boleh menghabiskan lima ayat Al Quran untuk roti masuk ke mulutku.'" -Dr. 3A'idh Al Qarni (dalam radio hayatfm)
Pernah dengar kata-kata ini. Tapi, kali ini, sekali lagi diperdengarkan, rasa 'tersentap' itu datang juga. Maka, mulalah siri merancang itu dan ini. Agar masa dijaga persis Ibnu 3Aqil.
dan akhirnya..Tewas..kerana waktu makan tetap juga diisi. 
Perubahan.
Bukan datang dengan sekelip mata, tapi boleh berlaku dan pergi sekelip mata. Harus ada keyakinan dan kesungguhan. 
Inspirasi.
Mencari inspirasi bukanlah satu hal mudah tapi tetap tidak payah. Datang pada saat diperlukan, jika mencari dan membuka seluruh ruang hati menerima kedatangannya. 
Hari ini membaca satu buku, jumpa satu 'quote', cukup memberi satu inspirasi. Sedar bahawa hidup ini bukan untuk memutarkan rutin. Sedar bahawa diri perlu bangkit. Hanya ini rahsia menjadi orang maju dan rutin harian itu hanya menjadi rahsia buat mereka untuk terus mundur.
Ibnu 3Aqil yang bangkit itulah telah pun menghasilkan banyak kitab yang menjadi panduan dan pedoman ramai insan. 
dan dengan satu inspirasi inilah telah berjaya menghasilkan satu post untuk blog ini. Alhamdulillah.
quote yang memberi kesan kepada penulis hasil pembacaan buku 'Rahsia Kekuatan Peribadi' boleh dilihat dalam m/s 55
Kadang-kadang tu, tahu kena bangkit jika jatuh, tahu kena maju untuk islam, kerana kita adalah khalifah. Tahu dan sedar, Tapi apa maknanya sedar tanpa tindakan. 
Tindakan yang tidak perlu terburu-buru. Susun strategi baik-baik, dan insyaAllah anda pasti berjaya bangkit daripada kejatuhan itu persis Sultan Al Fatih menakluk Konstantinopel! Hanya perlukan suntikan inspirasi yang harus anda usaha mencarinya. 
dan..kalau tak jumpa, ciptalah! Macam kata-kata Uncle George. =) 
(p/s: tujuan post ini adalah untuk kembalikan semangat yang tengah mundur dan belum masuk tahap futur)

Thursday, June 18, 2015

Bukan sekadar Lapar & Dahaga

Ibadat rabbaniah, syariat nabawiyah, imtihan imaniy...

Ayat yang pasti murabbi sediakan dalam usrah, tambah-tambah bila nak masuk bulan puasa atau minggu pertama Ramadan.

Menarik untuk kita hayati dan tadaburi bersama ayat yang biasa kita dengar tapi semoga luar biasa untuk kita amalkan!

1]
{ كتب عليكم الصيام }

Kutiba dalam ayat ini bermaksud fardhu.
Asal kepada hukum wajib dalam berpuasa. Sepakat para ulama' mengatakan puasa wajib ke atas Muslim, Mukallaf, berkemampuan untuk berpuasa sebulan penuh pada bulan Ramadan.

2]
Rahsia, atau tujuan disebalik perintah Allah untuk hambanya berpuasa adalah sebagai tarbiah hati untuk menjadi muslim mukmin muttaqeen. Kerana sebetul-betul dan sebenar-benar yang mengetahui status puasa kita hanyalah Allah.

Jadi kena betul-betul laksanakan puasa ini memang berusaha untuk dapat Taqwa. Setiap perintah Allah bukan memberatkan kita, Dia yang ciptakan kita, sudah tentu Dia tahu apa kurang dan lemah kita.

Fokus utama kita, bukan sekadar menanda mutabaah done tarawih, done satu juzu', done masakkan lauk untuk berbuka, done sedekah dan semua amalan baik yang kita rancang penuh semangat di awalnya. Tetapi gol dan fokus kita lebih dari itu. Targetlah Ramadan ini sebagai bekalan yang sedang kita isi untuk 11 bulan seterusnya. Apa guna selepas Ramadan kita kembali seperti Sya'ban sebelumnya.

Bagus untuk banyakkan amalan, tapi jangan tamak mengutip bekalan sehingga terlupa menjaga keihklasan. Untuk apa bertarawih jika subuh liat berjemaah.

3]
Kalau kita lihat dalam juzu' satu surah Al Baqarah, ayat sebelum ayat puasa ni, banyak bercakap tentang jidal (kontroversi) tentang Yahudi, kehidupan tentang kaum Bani Israel, tetapi pada pertengahan antara juz' satu dan juzu' dua. Allah selitkan perintah puasa.

Inilah cara untuk kita tatbiq (aplikasikan) ayat Al Quran dalam kehidupan kita.
Ana kongsikan apa yang ana baca dari buku (مع الصيم) m/s 24, ini pada pandangan Dr. Salman 3Audah, penulis buku, menurutnya, Al Quran ingin mengajarkan kita cara bertaamul, bagaimana kaum muslimin bertaamul (bermuamalat) adalah dengan keadilan, ada hikmahnya, strategi dan pengasingan.

Walaupun ayat sebelum ini menceritakan kisah tentang pengingkaran mereka yang kufur, tetapi perintah puasa diceritakan dalam surah yang sama. Ibaratnya: walaupun sekeliling umat Islam adalah mereka yang kufur dan ingkar pada perintah Tuhan, namun umat Islam seharusnya tetap terus teguh dengan Prinsipnya dan tidak terhanyut dengan ajakan mereka. Wallahu A3lam.

4]
{ كما كتب على الذين من قبلكم }

Pada puasa, ada keistimewaannya. Kerana umat terdahulu sebelum kita juga turut berpuasa. Persamaan kita dengan umat terdahulu adalah dengan perintah puasa, walaupun berbeza dalam pensyariatan. Ayat ini juga menunjukkan kesatuan antara Nabi-nabi utusan Allah.

Terkadang, manusia ini sukar menerima atau melaksanakan sesuatu perintah yang asing daripada kita. Jika perintah itu tidak pernah ada orang lain buat sebelum ini, amat sukar untuk kita laksanakan. Mungkin inilah hikmah ayat ini dilafazkan dengan (kama kutiba-sepertimana diperintahkan).

5]
Berperingkat-peringkat.

Turunnya perintah puasa adalah pada bulan Sya'ban tahun kedua Hijrah. Pada awal pensyariatannya, tidak di tetapkan bilangan hari berpuasa, ada yang berpuasa tiga hari setiap bulan, Setelah itu, barulah Allah perintahkan umat Muhammad صلى الله عليه وسلم berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan.

Hikmah dan iktibar yang boleh kita ambil, begitu jugalah dengan proses tarbiah kita. Jika nak sambut Syawal dah kita sediakan baju raya pada bulan Rejab. Bagaimana dengan Ramadan? Adakah kedatangannya pun kita tak sedar?

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

فإذا صام فقد حقق ركنا من أركان الإسلام, وحقق قدرا من التقوى
02 Ramadan 1436H
  

Wednesday, June 17, 2015

Ramadan datang lagi!

Ramadhan datang lagi 
Bertandang di hati 
Dengan wajah yang indah 
Tanda bermula pesta ibadah

Detik yang dinanti
Buat pencinta Ilahi
Siangnya setulus siyam 
Malamnya di hias sekudus qiyam

Inilah awal bait lirik yang dipetik daripada nasyid Pesona Ramadan_UNIC

Pada awal sya'ban, hati tidak putus-putus berdoa semoga Allah sampaikan kita ke bulan barakah ini.
Alhamdulillah ala kulli hal, kesempatan ini diberi peluang sekali lagi olehNya untuk terus dan terus mentarbiah mencuci hati semurninya sebelum dikembalikan kepada Tuannya.

Marhaban Ya Ramadan!
Ramadan Kareem!
Selamat Berpuasa!
Selamat Bertarawih!
Selamat Buat kuih raya! eh..

di wall FB, di ig, di twitt, semua laman di sana sini bergembira menyambut kelahiran anak bulan ramadan. Alhamdulillah, tidak ketinggalan juga ana untuk meraikan bersama di laman blog ini.

Detik yang dinanti, buat pencinta Ilahi.. lirik yang sungguh mengesani hati mereka yang sangat merindui bulan tarbiah ini.

namun lirik akan tinggal terus berlalu jika tiada penghayatan.

Ana ada mendengar tazkirah dalam youtube atau mungkin terbaca di mana-mana blog, (dalam TDR, the daily reminder tak silap), katanya, pada saat kita terasa kosong atau sedang mencari sesuatu untuk hati cubalah hayati mana-mana lagu yang mendidik rohani. Hati ini pada fitrahnya suka akan kesenian, sebab itu tidak dinafikan ada yang minat dalam seni melukis, seni muzik, seni tarian, atau seniman bujang lapok.., ehem, menulis juga satu seni.

Tapi coraklah hati sesuai dengan kesenian yang lebih dihayati di jiwa. Lirik yang sentiasa kena pada sekeping hati itu sudah Dia sediakan tanpa perlu tercari-cari..


Sewaktu ana sedang mencari sesuatu dalam membuat persediaan hati menyambut Ramadan, setelah mendengar Ramadan Tiba_Opick, Iftar_Inteam, Harapan Ramadan_Raihan & Man Bai, akhirnya ana membaca buku tajuk (مع الصيام) karya Dr. Salman 3Audah dan Allah hadirkan rasa rindu untuk terus menghayati lirikNya.

Jadi buatlah persediaan sebaiknya untuk Ramadan kerana pada bulan ini yang dikatakan seperti Madrasah..madrasah yang mendidik hati, RnR untuk meneruskan perjalanan sebelas bulan seterusnya.

Firman Allah SWT:

Al Baqarah, 2:127
Ayat yang ringkas, namun inilah doa yang dilafazkan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sewaktu membina Baitullah. 

Semoga setiap amalan yang kita buat hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah.

Ramadan Kareem!
Jadilah hamba Allah, bukan hamba Ramadan.
Allahu Akram..

01 Ramadan 1436H. 

Friday, February 20, 2015

keifik ukh?

Depan kuliah syariah, seorang diri. Terbelek, dan tertadabur ayat ini:

بسم الله الرحمن الرحيم

{الأَخِلاَّءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلاَّ الْمُتَّقِينَ}(الزخرف/67). 

Teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang yang bertakwa.

Lantas, tutup Quran.
Tengok kiri kanan.
Ada yang sedang makan roti syawarma, 
Ada sedang leka membelek nota,
Ada yang terkumat-kamit menghafal,
Ada yang rancak berborak,
Ada yang menjadi pemerhati yang setia.

Ingin menjerit, dan meluahkan segala keresahan dan kefuturan. 
Pada siapa? 
Si Dia yang sedang makan itu?
Atau Si Beliau yang sedang menghafal itu?

Argh, tentu sekali omongan ku tidak didengarin.
Petang itu, timbul satu pertanyaan. Teman karib menjadi musuh? Bagaimana dan kenapa?

Pandang jauh ke depan, sambil terkebil-kebil memikirkan masalah umat. 
Seorang diri.

"Assalamualaikum, Ukh, keif imanik elyaum? 3indik faragh hassa? Jom teman ana makan, sambil-sambil tu boleh kita berqadoya."

Senyum.

"Ukh, pasni tok sah nak sedih-sedih lagi. Dah kata kita duk dalam satu gerabak, kita bersama bawa Islam ni. Ana nak masuk syurga ngan enti, ofkos. InsyaAllah. 43:67 Ukh, jangan lupa kod rahsia kita ni."

Nanges.
_________________________________________________________________________________

Firman Allah subhanallahu wa ta’ala, “Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.” (QS. Az-Zukhruf: 67) Yaitu semua pertemanan dan persahabatan yang bukan kerana Allah subhanallahu wa ta’ala akan menjadi permusuhan pada hari Kiamat, kecuali persahabatan yang dilandasi niat kerana Allah subhanallahu wa ta’ala, sebab persahabatan seperti itu akan kekal selamanya. [Tafsir Ibnu Kathir]

Kalau dalam Tafsir fi Zilal, ayat 67 ada di bawah tema: Penghuni Syurga dan Penghuni Neraka.
Permusuhan teman-teman karib itu tumbuh dari sumber kasih sayang. Mereka sebelumnya hidup saling bekerjasama dalam kejahatan sewaktu di dunia. 
"...kecuali orang-orang yang bertaqwa.” Kasih sayang di antara mereka tetap ada, tetapi pertemuan antara mereka adalah dalam petunjuk, saling menasihati kepada kebaikan.
_________________________________________________________________________________

Satu ayat yang pendek, tapi jelas dan sangat menyentuh hati.
Pusing kiri dan kanan sekali lagi.. Mencari-cari teman akrab. Mengajak kepada taqwa.

Huish, tidak semudah pusing ke kiri kanan dan jalann.

Lihatlah pada seerah.
Siapa yang tidak kenal akan As Siddiq yang sangat akrab dengan Al Farouk.

Kata Umar kat Abu Bakar

Jawab Abu Bakar ke Umar

Subhanallah.
Teman yang sebegini yang diimpikan setiap dari kita. sah?

Walakin, keif? But, how?

Tengok apa kata Abu Bakar waktu Umar meneyesali akan perbuatannya. Umar menyesal dengan sikapnya yang tegas dengan pendiriannya. Beliau merasakan ketegasan dengan pendirian sendiri bukanlah satu kebaikan. Tapi dengan cool je, Abu Bakar bagi kata semangat kat Umar.

Innama a3malu binniat.

[Sesungguhnya setiap amalan itu terletak pada niat.] Abu Bakar sangat yakin dengan Umar. Setiap tindakannya, datang dengan niat. Niat yang ikhlas untuk membantu agama Allah semata.

Dalam memberi nasihat, bukan omongan kosong, tapi bersumberkan Quran dan Sunnah. Menjadi Motivator yang berinspirasi dari dustur utama umat Islam.

Inilah yang dinamakan ukhuwwah fillah.
Saling berpesan pada kebenaran.

Cubalah dan usahalah dekatkan diri kepada Allah. Pasti Allah datangkan teman-teman akrab yang bertaqwa untuk kita bersamanya ke syurga.
_________________________________________________________________________________

ps: cuba baca seerah khalid, amr bin asr, dan ikrimah pula. Ini barulah -Ukhuwwah Teras Kegemilangan-

Saturday, February 14, 2015

Tak Dak Jalan Tengah

Camni gambaran dia 'Tak Dak Jalan Tengah' ada satu jalan cuma.
Kalau perasan, kebanyakan dari kita mesti nak pilih Jalan Tengah, sebab selamat. Atau kadang-kadang tu nak pilih dua-dua sekali.

Nak makan nasi dagang (mak masak) ke nasi lemak (bini masak)?
Jalan selamat dia = nak nasi kerabu.
Nak jalan-jalan pi Paris ka pi Andalus?
=Nak pi dua-dua (Cek pi mai pi mai tang tu kang baru tau) #initamaksebenarnya

Tapi dalam soal yang satu ni, hang pa dop leh nak pilih yang tengah. Or nak dua-dua, bagai pepatah Melayu: sambil menyelam minum air.

Ya, kena pilih satu ja.

Dah tu nak pilih jalan apa?
Jalan Cinta Para Pejuang. =D

Inilah jalan menuju tuhan. Kena pilih se je.
Antara Islam dan Kekafiran.

Sepertimana Firman Allah Ta3ala:

بسم الله الرحمن الرحيم

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ}
(البقرة/208). 
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian kepada Islam secara kaffah (menyeluruh), dan janganlah kalian mengikuti jejak-jejak syaithan karena sesungguhnya syaithan adalah musuh besar bagi kalian.” 
[Al-Baqarah : 208]

Islam kaffah maknanya adalah Islam secara menyeluruhdengan seluruh aspeknya, seluruh sisinya, yang terkait urusan iman, atau terkait dangan urusan akhlak, atau terkait dengan ibadah, atau terkait dangan mu’amalah, atau terkait dangan urusan pribadi, rumah tangga, masyarakat, negara, dan yang lainnya yang sudah diatur dalam Islam. Ini makna Islam yang kaffah.

Semualah.
Tiada satu pun unsur-unsur selain daripada Islam bercampur dengan Islam.

Jadi peribahasa 'Bagai sambil menyelam minum air' tidak lagi valid di sini.
Sambil puasa ponteng semayang.
Sambil jaga pandangan banyak mengumpat.

Pun begitu, tidak dinafikan, hidup pada zaman yang penuh cabaran ni, kadang-kadang buatkan kita keliru, yang mana satu betul yang mana satu salah. 

Cikgu Sekolah kata:



Tapi Google kata:

Jadi nak percaya Cikgu ke percaya Google, sebab Cikgu pun guna Google. ~

Percayalah pada ilmu~yang sahih~

Yupz. Ini sahaja satu-satunya cara untuk kita kenal yang mana betul yang mana salah.
Jadi yang cikgu betul, yang Google pun betul. Kalau dilihat dari sudut padang orang berilmu dan berakal.

Peranan kita sebagai seorang Muslim adalah menjadikan seluruh kehidupan itu Silmi Kaffah. Islam secara keseluruhannya. Tentu sekali, Allah tak akan biarkan kita terkapai-kapai kerana Dia juga yang menginginkan kita masuk dalam AgamaNYA keseluruhan. Oleh sebab itu Allah hantarkan kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم untuk guide kita mengikut jalan yang betul. Tak bermakna pula kita tak pernah jumpa Baginda, lantas memberi alasan, 'Bagaimana Nabi nak guide kita sedangkan kita tak pernah hidup bersamanya?'

Kembalilah kepada Al Quran. Dari mana kita dapat kefahaman untuk menjadi Muslim yang silmi kaffah kalau bukan dari Al Quran, makanya dari mana untuk kita tahu cara melaksanakan silmi kaffah itu kalau bukan dari Al Quran juga..

Still like this ?

Kembalilah kepada seerah.

Satu scene di ambil dari Omar Series Ep 14.
Sinopsisnya:

The Banu Qurayzah are seen in their fortress deliberating on what course of action to take. In the end, they decide to resist and fight until the last man as long as they can rely upon the support of the Quraysh.

Back at the battle on the other side of Medina, hundreds of Qurashi infantry are shown as charging at the ditch and destroying a small part of the defenses. Next we see some of the prominent Muslim cavalry and Qurashi cavalry face off, at which point ‘Ali and another Qurashi noble (‘Ali’s cousin) challenge one another to single combat. The duel is quite intense with neither getting the better of the other until ‘Ali overpowers his opponent and disarms him. As ‘Ali is about to strike the death blow, he stops, having been moved by pity. However, his opponent slyly withdraws a dagger and attempts to strike ‘Ali, but the latter swiftly strikes him down with his sword.

Waktu tengok yang ni, ana suka part ni:


Osem kan jawapan Saidina Ali,
Khawatir ana, kagum dengan jawapan Saidina Ali sebab, Beliau sangat-sangatlah contoh sahabat yang terbaik yang benar-benar faham dengan konsep silmi kaffah. Saidina Ali langsung tidak berniat untuk membunuh pak ciknya, tapi hanya kerana kekafiran yang ada pada Pak Ciknya itulah yang membuatkan Beliau yakin dengan Jalan Lurusnya.

Memilih dan membuat sesuatu hanya untuk menegakkan Islam. Walaupun terpaksa membunuh keluarga sendiri.

Walhamdulillah, kebanyakan dari kita, lahir dari keluarga yang sudah Muslim. Apa yang perlu ditegakkan sekarang, hanya berjuang berkorban melawan nafsu sendiri. 

Dalam kekeliruan mencari jalan yang satu itu, tuntutlah ilmu yang sahih. Berijtihadlah dengan iman. Semoga Allah benar-benar memimpin kita ke Jalan Cinta Para Pejuang. -credit to tajuk buku-


Friday, January 23, 2015

Aku Budak Fiqh

Ehem. Ana budak Syariah. k.

'Apa hukum makan Cadbury?'
'Boleh ke menguap waktu tengah solat?'
'Macam mana nak solat dalam flight?'
'Boleh ke nak pegang Quran waktu dalam haid?'
'Boleh ke pakai seluar untuk perempuan dalam solat?'
'Apa maksud ( اليقين لا يزول بالشك ) ?'
'Macam mana nak solat jamak?'
'Baru lepas pembedahan, kesuntukan waktu untuk solat, boleh ke solat dengan penuh darah?'
'Nak makan makanan boikot ok ke?'
'Macam mana dengan pembahagian harta?'
'Hudud x dilaksanakan, tak berdosa ke kita?'
'Orang Not Yet Muslim mencuri, dia kena potong tangan jugak ke?'

Dan pelbagai lagi persoalan..
Persoalan dan persoalan.

I have one question..
Adakah fiqh ini merupakan jawapan untuk setiap persoalan?
Ouh, xcukup satu soalan, ada lagi,

Adakah fiqh ini merupakan pelengkap kepada agama islam?
Adakah ulama' Fiqh mampu kuasai dunia dengan ilmu ini? Atau dengan Fiqh, umat berpecah?
Atau, dengan Fiqh juga seorang Ustaz, Ustazah, menjadi seorang yang benar-benar membawa kepada perubahan masyarakat agar betul-betul beramal cara hidup Islam?

Fiqh.
فقه.

Satu ilmu pemikiran. Satu ilmu yang bukan hanya untuk difahami.

"Tutup buku, keluarkan kertas, dan jawab soalan ini."-Dr. Abdul Jalil

Dengan muka cemas, hampir tergelincir pen yang ditangan. Bunyi koyakan kertas memenuhi ruang dewan kuliah.

"Hari ini kita ada imtihan (ujian)!"

Setelah kertas dihantar, dengan muka tenang, Dr. Abdul Jalil memandang sekeliling dewan kuliah.

"Ya Buniati, (wahai anakku), saya mengajar kamu bukanlah ingin melahirkan ulama' fiqh buku, memindahkan satu-satu ilmu dari buku untuk ditulis dalam kertas putih. Kalau ulama' sedemikian yang ingin saya bina, sudah pasti saya akan bagi buku-buku fiqh kepada kamu, dan baca kesemuanya di rumah tanpa perlu hadir kuliah. Tapi anakku, aku ingin lahirkan ulama' Fiqh yang berfikir, berfikir dengan aqal dan ilmu yang sohih untuk membina masyarakat, untuk menegakkan agama Islam! Belajar Fiqh bukan untuk imtihan!."

Belajar Fiqh bukan untuk Imtihan...

Fiqh adalah ilmu dunia. Dengan Fiqh, Islam naik, dengan Fiqh juga Islam jatuh.
Pada zaman Abbasiah, ramai ulama' menguasai ilmu fiqh, namun, kenapa dengan penguasaan ini, Pemerintahan Kerajaan Abbasiah jatuh?

Apabila ilmu ini semakin dikuasai, mereka semakin ramai membincangkan tentang ilmu ini, merasakan dengan penguasaan fiqh, Daulah Islamiyah dapat dipulihkan kembali, Tapi tidak bagi Asy Syahid Imam Hassan Al Banna, kerana Fiqh juga membuatkan umat sibuk membincangkan permasalahannya.

Jom tukar kos.
'Aku Budak Usuluddin' atau 'Nak Jadi Pakar Bahasa'

Erk, bukan ini yang ingin dibahaskan. Cuma hanya ingin timbulkan persoalan.
Sejauh mana dengan fiqh ini, mampu untuk kita kuasai dunia? Mampu untuk kita sebarkan dakwah?

Benar, ilmu ini merupakan satu keutaman. Malah, setiap ilmu menjadi fardhu kifayah untuk segelintir menguasainya, dan menjadi fardhu ain buat yang terpilih untuk mendalami ilmu tersebut.

"Saat kita bicara tentang Islam, yang tergambar paling mula-mula adalah fiqh. Ini tak salah. Sebab, bukan fiqh itu tidak baik, bukan fiqh itu tak penting, bukan fiqh itu tidak bermanfaat. Fiqh adalah panduan bagi kita untuk melangkah menapaki dunia hingga ke pintu akhirat. Dengan fiqh, hidup kita terbimbing, dan terarah, tergamit dan terjaga. Tetapi kita harus mencatat satu perkara....," Dr. Abdul Karim Az Zaidan (Al Mustafid Min Qososil Quran)

Apakah yang menjadi satu perkara itu?

"...fiqh hanya akan menjadi jasad kosong dan kerangka mati, jika tidak dihidupkan dengan ruh ketaatan." (Dipetik dari buku Lapis-lapis Keberkahan, Salim A. Fillah, halaman 49)

Aku Budak Fiqh, yang mesti faqih dalam bidang ini. Budak fiqh yang faqih untuk membantu umat kenal akan hakikat sebenar jihad. Bukan faqih untuk cukup sekadar mampu menjawab persoalan yang diutarakan, bukan faqih hanya sekadar bisa digelar Pak Ostaz, dan Ostajah, bukan sekadar cukup untuk faqih dan mumtaz memindahkan semua dalil yang dihafal dalam kitab fiqh untuk dimuntahkan dalam setiap soalan peperiksaan.

Setiap dari kita, ya, kita yang dikatakan pemuda ini, yang sedang menghabiskan sisa-sisa usia dalam universiti sebelum melangkah ke dunia luar universiti, terutamanya yang sama bidang dengan ana. grab the chance! Kita berganding bahu kuasai ilmu fiqh, untuk menjadi anasir taghyir, membawa Islam kepada dunia. Bidang fiqh ini meluas, boleh masuk dalam bank, boleh masuk dalam business, boleh masuk dalam hotel, sebagai penasihat kepada pereka fesyen, pengurus ekonomi negara, even sebagai master chef yang menyajikan makanan yang cukup halal, sihat, malah makanan mengikut sunnah!

Dan semuanya, datang dengan ruh ketaatan.
Hidupkan ruh fiqh, laksanakan hukum-hukum ini dengan rabbaniy, bukan sekadar sebagai pelaksana dalil kerana, kita budak fiqh.

Mereka ini telah membantu dunia dengan ilmu fiqh:

Ulama terhebat kurun kini yang telah wafat (sekitar selepas 50 an):
Syeikh Imam Prof. Muhd Abu Zuhrah
Mesir - Pakar Bidang Fiqh, Usul fiqh dan semua bidang Islam. Fatwa ‘Am
Syeikh Prof. Abd Wahab al-Khallaf
Fiqh dan Usul
Syeikh Muhammad al-Ghazali
Ulama besar Mesir, bidang fiqh, ‘am dan dakwah
Syeikh Mustafa As-Sobri

Syeikh Islam bagi Kerajaan Islam Khilafah Uthmaniah yang terakhir
Syeikh Ahmad Mustafa al-Maraghi
Syeikh Al-Azhar yg lalu , pengarang kitab tafsir dlm jilid yg cukup besar. Bidang Tafsir
Imam As-Syahid Hasan Al-Banna
Mujaddid kurun ke 19. Pengasas Jemaah Ikhwan Muslimin, Bidang Fiqh, Dakwah , semua bidang Islam.
Syeikh Abul A'la Al-Mawdudi
Hadith, Fiqh , Dakwah dll
Syeikh Imam Prof Mustafa Az-Zarqa
Syria (lahir) & Jordan
Fiqh, Usul Fiqh, Undang2 dan Fatwa ‘Am
Syeikh Prof. Dr Mustafa As-Siba'ie
Syria
Fiqh, Undang2 Islam, Hadith dan pakar berkenaan gerakan oreintalis. Ex Dekan Kuliah Syariah Univ. Dimasqh. Pendakwah .Pemimpin Ikhwan
Syeikh Prof. Dr Sa'id Ramdhan Al-Buti
Syria
PhD (Fiqh dan Usul Fiqh 1965 di Azhar )

Bidang Fiqh, Sirah, Tafsir dan lain2 . Ex- Majma Fiqh. Dekan Kuliah Usuluddin Univ. Dimasqh.
Manakala yang masih hidup, di antara yang teralim dan pakar serta menonjol di dunia akademik dan dakwah.
Syeikh Al-Imam Prof. Dr Yusoff Al-Qaradhawi
BA - Usuluddin

MA (ulum Quran dan Sunnah), Dip Tinggi (Sastera & Bahasa Arab) & PhD (Fiqh Muqaran Al-Azhar )

* Pakar Fatwa ‘Am.

* Paling menonjol Fiqh & Hadith, Dakwah.

* Mudir Markaz Sirah dan Sunnah di Univ. Qatar .

* Ex- Ahli Majma' Fiqh Sedunia.
Prof. Dr Muhammad Uthman Syabir
Jordan , skrg Qatar

Pakar bidang Fiqh Mu'amalat, Fiqh Perubatan .Fiqh dan Usul Fiqh secara am. Pensyarah Univ Qatar skrg.
Syeikh Prof. Dr Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim
PhD (Fiqh Muqaran al-Azhar 1978) Fiqh dan Usul. Pakar Bidang Ahwal Syakhsiyyah. Dekan Kuliah Syariah Univ.Irbid dan Pensyarah Univ. Al-Yarmouk
Prof. Dr Rafiq Al-Masri
Mesir

Pakar Ekonomi Islam dan Konvensional
Prof. Dr Kurshid Ahmad
Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam
Syeikh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan
Fiqh dan usul, Dakwah, Fatwa ‘Am
Syeikh Prof Dr Abd Malik As-Sa'di
Iraq, Jordan
Phd Ummul Qura dengan First Class.

Pakar Fiqh Muqaran, Fatwa ‘Am. Bekas Mufti Iraq.
Prof. Dr Muhammad Ali El-Ghari
Pakar ekonomi Islam


 ini baru sikit, ada ramai lagi.

Jadi, selamat jadi budak Fiqh, 
ops, bukan lagi budak tapi, pakar fiqh.