Gema Jihad

Wednesday, December 26, 2012

Mabrouk 3alaika

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah, walhamdulillah, walhamdulillah
sesungguhnya segala pujian itu dikembalikan kepada Allah..

hanya kata syukur mampu terkeluar dari bicara ini, bersama manik2 jernih mengalir di pipi..
kegembiraan terukir di wajah, tatkala mendapat mesej wasup dari mok <3



tahniah diucapkan pada adik tercinta atas segala nikmat dan rahmat dari Allah ini..
lahirnya seorang pejuang Islam bersama cahaya Al Quran di jiwa :')
InsyaAllah~

setiap kejayaan kita, sukar untuk dicapai andai tiada doa dan restu dari mok ayah
yang sentiasa mendoakan yang terbaik bagi setiap cahaya mata mereka..
terima kasih mok ayah..untuk segalanya..

:')

".....Ya Allah, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMU,
yang telah engkau anugerahkan kepadaku, dan kepada kedua orang tuaku, 
dan agar aku mengerjakan kerja yang engkau redhai....."
[ An Naml: 19 ]

" Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNYA.
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya..."
[ Ibrahim: 34 ]










Friday, December 7, 2012

TARBIYAH itu...



Hiasan blog semata 
kehidupan ini merupakan sebuah perjalanan..
perjalanan yang amat panjang..
perjalanan yang sangat sukar..
perjalanan yang tidak pasti akan masa hadapannya bagaimana..

tetapi..dengan panduan yang satu dan utama..
hakikat perjalanan ini hanyalah sementara..
walaupun payah namun ia sangat indah..
yang pasti.., perjalanan ini ada matlamat dan pengakhirannya..

'pengakhirannya'..
selamilah maknanya dengan hati..

ehem, بسم الله الرحمن الرحيم 
fuuh (tiup habuk)...
semoga hati sentiasa di vacuum dengan iman dan tarbiyah.. (xberhabuk macam blog ini).. insyaAllah~

tarbiyah...
inilah awwal kalimah yang ana dapat masa mula2 berkenalan dengan kakak 'Hidayah'.. (kalu nak kenal sape akak tu, sila cari dalam kamus DnT)
apa itu tarbiyah..???
insyaAllah, di sini, ana mampu menterjemahkan sedikit cuma akan makna tarbiyah berdasarkan penghayatan, pemahaman dan pengalaman yang ana lalui sepanjang berada di jalan tarbiyah ini~
kawan2, Tarbiyah itu merupakan satu didikan. Didikan yang membina..membina..? hurm, kita nak bina apa..? tepat sekali, untuk membina Individu Muslim...!
dengan tarbiyah, ana tahu dan sedar akan tujuan & matlamat hidup kita:

sebagai 3abid
"Aku tidak menciptakan jin dan  manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku" [51:56]
dan khalifah

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan  khalifah di bumi' " [2:30]
ok, selepas kita tahu dua matlamat ni, takkan nak goyang kaki jer..kan? kakak Hidayah itu terus dan sentiasa memberi petunjuk (namapun kakak hidayah :D) akan cara untuk kita laksanakan tugas ini.. camne tu..?
dengan membina diri kita ke arah menjadi IM yg betul2 faham akan prinsip kita mencapai redha Allah..

usrah--> IM :)
tarbiyah adalah satu porses pendidikan yang lama, panjaaaaaaaang dan perlukan keistiqamahan sehinggalah satu demi satu anak tangga maratib amal berjaya kita jejaki..dan akhirnya menjadikan kita benar-benar menjalankan dua tugas hidup kita.. ada satu lagi kalimah yang sentiasa seiring sehaluan dengan tarbiyah~ na3am, ia adalah da3wah..

da3wah dan tarbiyah bagaikan isi dengan kuku..tarbiyah tidak mampu berdiri lama dalam diri kita andai ia sendirian [menerima tanpa memberi] dan da3wah tidak mampu mengalir deras andai ia sendirian [memberi tanpa menerima].. dan kedua-dua ini tidak mampu kekal lama dalam jiwa kita tanpa ada paksinya, iaitu usrah.. 
yang mendorong kita untuk kekal dalam jalan da3wah dan tarbiyah ini adalah istiqamah dgn usrah..
kerana usrahlah wasilah tarbiyah yang utama..

usrah merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani proses tarbiyah yang dibina pada asas semangat ukhwah islamiyah~ dalam usrah, kita bersama-sama membina diri menjadi individu muslim..

hakikatnya..tarbiyah itu ada maknanya tersendiri..
antunna semua pasti ada persepsi tersendiri akan erti tarbiyah..
kerana..
"Tarbiyah bukan segalanya, tetapi, segalanya bermula dengan TARBIYAH"

rasailah kemanisan dan keoseman tarbiyah dengan pengalaman sendiri..
hanya mereka yang memahami tarbiyah mampu berkata..
tarbiyah itu osem, tarbiyah itu sweet, tarbiyah itu cinta..

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari aqidah yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata..
[62:2]

"Tidaklah sebuah kaum berkumpul di salah satu rumah dari rumah-rumah Allah, 
yang dibacakan di dalamnya kitab-kitab Allah, 
dan mempelajarinya di antara mereka.
kecuali akan diturunkan kepada mereka ketenangan
dan dilimpahkan kepada mereka rahmat 
dan mereka dikelilingi malaikat
serta Allah menyebu-nyebut mereka kepada makhluk disisiNYA 
dan siapa yang lambat amalnya, hal itu tidak dipercepat oleh nasabnya"
_HR MUSLIM_

semoga kita sentiasa mendapat rahmat Tarbiyah daripada yang selayaknya..dari Rabbul 3izzati..
wallahu ta3ala a'3lam.. 



 









Sunday, November 18, 2012

Let us Pray !

بسم الله الرحمن الرحيم

hari-hari yang berlalu..terasa begitu pantas! buku 1433 hijrah dah pun ditutup..
kini.., diri berusaha mencari dan membeli pen baru, pemadam baru, pembaris baru..
untuk terus melakar dan melukis dan menulis perjalanan kehidupan dalam sebuah buku 1434 hijrah..
buku 1433 hijrah yg berlalu, kini dah pun jadi sejarah..namun.., sejarah bukan utk diratap dan ditenung.. semestinya diambil iktibar, pelajaran dan pengajaran untuk kita mencorakkan buku 1434 hijrah dengan lebih menarik dan cantik dan yg penting dpt hiasinya dengan lukisan-lukisan ketaqwaan yg lebih osem~!

hurm.., peristiwa awal muharram benar-benar mematangkan ana.. mematangkan ana untuk terus thabat dalam jalan da3wah dan tarbiyah.. 

konflik yang berlaku di palestin..GAZA..jordan..
menyedarkan ana..bahawa masa yang kita ada untuk bergoyang kaki bersuka ria..sewajibnya terpadam dalam jiwa ini.., xdinafikan, terkadang, dtgnya bisikan syaitan.. melalaikan dan menarik ana utk melakukan jahiliyah.. 
alhamdulillah, DnT menjadi kuasa magnet yg sentiasa menarik ana.. 
tapi semua ini xakan ana dapat tanpa ada bulatan gumbira :)

teringat pulak dengan wasiat pak cik IHAB..
"kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita ada.."

tahun ini, ana terasa begitu banyak tanggungjawab yg mesti ana laksanakan..
tapi ana yakin dan sentiasa berdoa agar semua amanah dan tanggungjawab itu dpt dilaksanakan sebaiknya..
sebab.. Allahu Ghayatuna..!
dan.....
kini.., kita ada kewajipan yang utama..
kewajipan yg sgt penting yg mesti kita lakukan..
betul tu.., perjuangkan Islam..
bukankah tujuan kita dicipta adalah menegakkan kalimah tauhid
لا اله الا الله

1 muharram 1434 menyedarkan ana..
memahamkan ana akan tugas ana sebagai 3abid dan khalifah di muka bumi ini..
ana ingin mengajak antum antunna semua untuk bersama kita berjuang..
mungkin kita tidak mampu untuk turun bersama ke medan perang membantu saudara kita di GAZA..
tapi, kita masih ada senjata yg utama..
betul tu, kita ada doa..

jom bersama kita menadah tangan mohon kepada Allah agar sentiasa memberi kekuatan buat mujahideen kita di sana..



jom bersama ameenkan qunut nazilah~

http://www.youtube.com/watch?v=83_M2ODPl2o



Sunday, October 7, 2012

JeJU


"sebuah cerpen jejak-jejak ukhwah indah dikarang menggunakan pen berjenama 'ukhwah' berdakwatkan cinta Ilahi.. Alhamdulillah~ moga Allah merahmati ikatan cinta ini.."

alhamdulillah-alhamdulillah-walhamdulillah
betapa banyak dan sangat indah nikmat kurniaan Allah..
xcukup sekadar melafazkan kata tanpa amal bergerak bersama..

rehlah bersama hati-hati yang bersama-sama mencari redha Ilahi~
jabal qal3ah menjadi saksi..insyaAllah~

--ukhwah--
citer pasal ukhwah..pasti wajah-wajah sahabat seperjuangan terlayar pada skrin fikiran..
dalam berukhwah bukan sekadar cukup dgn mengetahui nama, asal-usulnya, makanan dan minuman feveret.., warna kegemaran (hijau) :D dan segala yg berkaitan dgn dirinya.. namun ia adalah sebahagian drp hidup kita, dengan ukhwahlah kita mampu utk bergerak bersama menuju ke destinasi yg sama.. ^^,
ikatan ukhwah sangat unik <3
kerana, walau sejauh mana jarak ikatan itu, ia tetap bersatu dan tidak putus..

--jom bersama kita menghayati surat cinta ini dari Allah--


بسم الله الرحمن الحيم
{Al Imran,3:103}
lepas ni.., bila jupe sahabat2 yg dikasihi, jgn lupa betulkan balik niat kita..sesungguhnya, kita berkawan adlh kerana Allah semata..dan bgtau kat sahabat..(sayang ukhti fillah <3 ) 

"dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu bersaudara..."

Tuesday, September 11, 2012

Sehari Bersama Adik~

بسم الله الرحمن الرحيم

selewat 6 pagi bangun pg td~ frust datang menyandang dibahu ini.., namun tetap bersyukur kerana masih diberi waktu dan peluang utk terus beribadah kapadaNYA.. alhamdulillah~
usai solat subuh..mak bising memanggil-manggil adik utk bangun, mandi, solat, baca yasin, bersarapan, dan sekaligus bersiap nak g exam.. almaklumlah, anak nak exam, maklah org yg paling risau.., 
ayah relax jer (x bermakna ayah x risau, tp, ayahkan cool jer orgnya~)
tuan punya badan nak exam..huh.., lagilah relax selamber rock~ bak kata org tua-tua.. -hero dok ggaduh-

11 September 2012, merupakan tarikh keramat bg adik ana, Luqman Hakim bin Halim (nama machonya cik) kerana cik menduduki ujian penilaian sekolah rendah atau nama femesnya yupi-ess--arr / UPSR.. dan pada hari ini juga, ana diberi amanah oleh mak dan ayah utk menemaninya di sekolah spanjang cik exam.. jadi, tarikh ni pun kira tarikh keramat jugaklah ye utk ana.. :D  

tepat jam 8 pagi, dgn iringan doa.., masuklah cik dan adik2 SKTM ke dewan peperiksaan.. tanpa membazirkan masa yg ada.., kaki ini terus melangkah menuju surau sekolah utk menunaikan solat sunat dhuha dan solat sunat hajat utk mendoakan adik2 yg tgh jwb exam~ sepanjang ana dlm surau tu.., sempat lagi mengimbau kembali kenangan menjadi pelajar Tengku Mahmud, kenangan yg sgt indah utk dikenang.. paling best, ana bersyukur sgt, dpt bertemu kembali dgn guru2 yg mendidik ana selama 3 tahun kat sktm.. terima kasih cikgu2, insyaAllah, jasa kalian takkan kulupakan.. credit to--> Tuan Abd Rahman Sadar (Guru Besar), Teacher Marni (cg SN-- ingat pah loni nama cg.. suatu petang, masa kelas tusyen, cg tgh ajar nama2 ahli sains, cg kata kalu susah sgt nk ingat nama Guglielmo Marconi, ingat jer nama cg, Marni nge Marconi hampir samalah tu..), Teacher Waheeda (cg BI), Ustazah Uyuni (ustazah PAI)..cg2 yg smpat ana jupe.. 

sehari bersama adik~ hurm.... alhamdulillah~setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi.., tarbiyah dan hidayahNYA, dtg pada bila2 masa jer dan dimana jua ana berada.. sepanjng minggu ini.., ana sdg membaca buku 'Tuesdays with Morrie' hasil karya Mitch Albom--> sinopsis citer ni secara ringkasnya, adalah sebuah catatan peristiwa org2 yg menakjubkan. Mitch Albom berkongsi 'kuliah' berharga daripada Morrie Schwartz dengan kita semua.. 'It's all about love'
antara kata2 yg menyentapkan pembacaan ana:
1* love is how you stay alive
2* sekali kamu belajar akan kematian, kamu akan belajar bagaimana hendak hidup
3* perkara paling penting dlm hidup adalah belajar bagaimana hendak memberi kasih sayang
dan menerima kasih sayang
4* buatlah kebajikan yg dtg drpd hati yg murni. Apabila kamu berbuat begitu,
kamu tidak akan berasa tidak puas hati..
Abes baca buku ni, utk mutiara kata yg nombor 3 dan 4.. persoalan "Adakah ana mampu lakukannya..??" sering dan sentiasa bermain dlm fikiran ana.. dan akhirnya, hari ini, ana temui jawapannya..dan ana dah pun lakukannya..alhamdulillah, hari ini, ana sedar akan kuasa kasih sayang..
yg menaikkan semangat adik2 nk upsr bukanlah semata-mata terletak pada bersengkang mata study smpai lewat malam..tapi..penguat semangat yg utama ialah doa seorg ibu bapa dgn penuh kasih syg, doa guru2.. dan yg terpaling utama dan pertama, adalah rahmat dan kasih sayang Allah semestinya~~!

--buatlah kebajikan yg dtg drpd hati yg murni....... yup..ana betul2 rasa puas dan lega, kerana dpt melakukan sesuatu utk hari ini..sesuatu yg berfaedah dan bermanfaat..

buat adik kakak.. cik@Luqman Hakim..dan semua adik2 yg sedang dlm UPSR dan bakal menduduki PMR dan SPM.. ana mengucapkan semoga antum semua memperoleh kejayaan utk dihadiahkan kpd mak ayah kita yg sememangnya tidak mampu utk kita balas segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang mereka..

ingat adik2..usaha saje tak cukup.., kita kena yakin dgn usaha kita dan jangan lupa,
 tawakkal byk2 kpd Allah.. (على الله توكلنا..) {7:89..}
 masa tgh jawab exam.., bykkan baca {3:173} (..حسبنا الله ونعم الوكيل..)
insyaAllah, semoga yg terbaik menjadi milik adik2
{7:89} (..وأنت خير الفتحين..)

Ya Allah..terima kasih atas segala nikmat yg tak terhingga..
Ampuni segala kelemahan hamba ini..ampuni kealpaan hamba2mu dalam mengucap kata syukur..

wallahu ta3ala 3a'lam



Thursday, August 9, 2012

3 beradik (penjelasan)

sebenarnya, apa yang inspirasi falaq cuba sampaikan dalam kisah ni..hurm...

بسم الله الرحمن الرحيم
apa yang ana cuba sampaikan dalam cerita ni adalah berkaitan kepentingan syahadah
 ( اهمية الشهدتين )

sebelum tu, izinkan ana bgtau intisari disebalik perkataan atau istilah yang digunakan dalam kisah ini:
1. Mus = muslim
2. Afir = kafir
3. Afik = munafik
4. Amin = mu'min
5. syeikh = Tarbiyah
6. kompas = Al Quran
7. Istana = Islam
8. mimpi = hidayah daripada Allah
9. hutan = dunia 

inilah realiti sebuah kehidupan, hutan yang dilalui oleh tiga beradik diibaratkan sbg dunia. tiga beradik ini adalah mereka yang ada dan wujud kat dunia ni..
 1.siapakah mereka..?? ya!! kita semualah..
= kita, alhamdulillah sebagai seorang Muslim.tapi.. Adakah kita benar2 muslim...?? (sama2 kita renungkan dgn kaca mata keimanan) kat dunia ni, bukan muslim jer yang ada, ada mereka yang kafir, dan juga munafik..
2. kenapa ana watakkan Afir dan Afik adlh pasangan kembar?
= cuba fahami ayat Allah ini:
"Wahai Nabi! bertaqwalah kepada Allah dan janganlah engkau menuruti (keinginan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik" {Al Ahzab, 33:1}
Allah berpesan kepada kita agar tidak menuruti langkah2 org2 kafir dan munafik..
3. kenapa Afir tidak menghiraukan Mus dan Afik semasa melalui lorong kiri?
= bukan ker sifat org kafir ni hanya mementingkan diri sendiri, dan tidak suka akan prinsip syura?
4. ketika menunaikan solat, pelbagai dugaan dan cubaan datang menyerang Mus
= sbg Muslim, ujian adalah rempah ratus dlm masakan kehidupan kita.. semoga dengan keimanan dan ketaqwaan yang teguh dpt kita pertahankan aqidah kita ini..
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'kami telah beriman', dan mereka tidak diuji?" {Al Ankabut, 29:2}
5. kenapa dengan mudah dan selamat Mus tiba di destinasi istana (Islam)
= kerana Mus mengembara berpandukan kompas yg diibaratkan sbg Al Quran..
sebagai muslim, pedoman dan panduan utama kita semestinya Al Quran dan As Sunnah, insyaAllah, jika kita benar-benar yakin dan beriman dengan kedua-duanya, kita bakal menemui kebahagiaan dalam kehidupan!
6. apakah password yg digunakan oleh Mus, yg menyebabkan dgn mudah jer dia dpt masuk istana?
= syahadah ( أشهد أن لا اله الا الله وأن محمد الرسول الله )
syahadatain adalah pintu masuk kepada islam.. kalau ingat balik kisah tu, Afir sukar utk masuk istana/islam kerana dia tak tahu kata laluan (mengucap 2 kalimah syahadah) utk masuk istana..
7. hurm..sape pulak syeikh dlm citer ni?
= syeikh yg ana maksudkan dlm cerita ini adalah tarbiyah, tarbiyah adalah satu proses yg mendidik kita untuk kita menjadi muslim yg betul2 memahami akan watak sebagai muslim, bukan muslim sekadar nama! kan syeikh tu mendidik Mus utk memahami selok belok istana~ setelah syahadatain diikrarkan, adakah cukup membuktikan kita dah pun beriman pd Allah..?? tepuk dada, tanya iman. syahadatain yang kita imani dan lafazkan dibibir hanyalah sbg pintu masuk kepada islam. bila dah masuk rumah, segala kelengkapan rumah mesti disediakan. samalah macam islam, bila kita dah masuk islam segala tingkah laku kita mestilah berasaskan islam...kerana syahadatain merangkumi seluruh kehidupan kita..mesti islam dalam tutur kata, islam dalam tingkah laku kita..
8. ringkasan citer pasal Afir pulak..
= kan dalam perjalanan dia mencari istana, diusahakan sebaik mungkin
begitu jualah dgn mereka yang kafir, untuk mendapat hidayah Allah, mesti berusaha, dan yang pasti, hidayah itu adalah milik Allah, hanya Allah shj yg berhak bg hidayahnya kepada sesiapa yang Dia inginkan, alhamdulillah, kita mendapat hidayah islam ini, manfaatkan nikmat besar ini sebaiknya, sebelum Allah menarik balik nikmat ini, kerana Allah jualah yg berhak menarik balik hidayahnya (naudzubillah), syahadah yg dilafazkan jua merupakan asas kepada perubahan..maknanya, perubahan yang total. mereka yang jahiliyah 100% berubah kpd islam..(no u-turn)
--alhamdulillah, afir dah bertukar jd mu'min--
9. syahadatain juga merupakan hakikat da3wah rasulullah sallallahu 3alaihi wasalam
= setelah afir masuk islam, dia berasa terpanggil untuk mengajak afik turut nikmati kebahagiaan yg dia miliki..
walaupun pada mulanya, afik menolaknya.., tapi, itulah hakikatnya, kadang2, ramai judge kita itu dan ini, sebelum sempat kita sampaikan risalah kita..so, ayyuhal du3at please be confident! Allah kan nak tengok usaha kita, kalau usaha main-main, hasilnya pun main-mainlah..
dan lagi satu, kalau bukan kita yg sampaikan dan sambung tugas da3wah ni siapa lagi..?? bersyukurlah kita tergolong dalam golongan yang faham akan da3wah dan tarbiyah ini dgn cara menyebarkan dan menyampaikan~
--kalau betul kita imani syahadah ini, victory is ours!--
--how to improve the Ummah...?? let's think together--
10. las but not lis, dlm ahammiyatul syahadah terdapatnya..
kelebihan yang agung..
"tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada tuhannya, mereka mendapat kamar-kamar (di syurga), di atasnya terdapat pula kamar-kamar yang dibangun bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Itulah janji Allah. Allah tidak akan memungkari janjiNYA" {Az Zumar, 39:20}

RINGKASANNYA
اهمية الشهدتين
1. مدخل الى الاسلام (pintu masuk islam)
2. خلاصة تعاليم الاسلام (intisari ajaran islam)
3. أساس الانقلاب (asas perubahan)
4. حقيقة الدعوة الرسول (hakikat da3wah rasul)
5. فضائل عظيم (kelebihan yang agung)


3 beradik (episod akhir)

Dilihat kiri kanan depan belakang atas bawah, semua macam pernah dilalui. Afir meneruskan lagi kembaranya dgn cuba mengikut jejak tapak kakinya. Hampa. Dalam keletihan, Afir berehat di bawah sebatang pokok. ZZzz--Tertidur-- Dalam lena, Afir termimpikan Mus yang pernah menghadiahkannya kompas. Papp. Bunyi buah pisang jatuh menyedarkan Afir dari tidurnya. Dimakannya pisang itu. dan... dia teringat akan mimpinya td, lalu, bergegas mencari kompas dlm beg galasnya.

     Dengan bantuan kompas itu, akhirnya, Afir tiba jua di istana yang selama ini sangat dinanti-nantikannya. Namun, setibanya di pintu masuk istana, Afir sekali lagi berhadapan dengan masalah. Dicubanya. pelbagai nombor dan huruf disusun utk membentuk kata.. Terduduk Afir kehampaan, dibalingnya kompas yg ada kat tangan. Tapi, Afir terpanggil utk mengambil kembali kompas tersebut. Dipegang, dibelek, dibersihkan kompas itu.. Afir rindukan wajah tenang abangnya, Mus. 
...........................................
Mus dan Afir sering dan sentiasa bergaduh. Dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar perkara. Mereka sentiasa berselisih pandangan dan pendapat. Pergaduhan mereka pernah satu ketika hampir melayangkan nyawa Mus. Tapi, Afir tetap pelik dengan Mus, walau apa sahaja yg Afir buat terhadap Mus, Mus tetap baik padanya. 

Air mata penyesalan mengalir dipipi Afir, tanpa dipinta.
Rasa menyesal menyelubungi jiwanya.
.................................................................................................................
     
     Beberapa detik, Afir terdengar sayup2 suara orang bercakap. Dengan cemas, Afir membuka langkah silatnya sebagai langkah berjaga-jaga. Muncullah Mus dan Syeikh yang sedang membersihkan kawasan istana. Tatkala wajah mereka berpandangan, dengan pantas, Afir segera mendakap abangnya. Mus dengan selamba mengesat air mata Afir. "hilang macho", pujuk Mus cuba menenangkan adiknya. Tanpa menghiraukan Syeikh yg segak berdiri di sebelah abangnya, Afir berkali-kali memohon maaf pada Mus akan kekhilafannya selama ini. "Abang dah lama maafkan Afir, dahlah, kita lupakan kisah dulu, jom mulakan hidup baru", bersama-sama mereka melangkah masuk ke dalam istana setelah diajarkan kepada Afir kata laluan.
Afir juga mengucapkan terima kasih pada Mus yang menghadiahkannya kompas tersebut.

     Dalam istana tersebut, Mus membimbing dan mengajarkan Afir erti sebuah kehidupan. Kini, Afir bukan lagi Afir yang dulu, setelah menuntut dan mendalami pelbagai ilmu dari Syeikh, Afir menjadi orang yang paling bahagia dalam hidupnya. Perubahan dan kebahagiaan yang dimilikinya sehinggakan Afir mengubah namanya kepada Amin, Afir ingin melupakan kisah hidupnya yang penuh kekotoran dan kegelapan itu.

..................................................

Pada suatu petang, Amin meminta izin kepada Mus untuk ke luar istana demi mencari adik kembarnya, Afik. Mus yg sibuk dengan urusan dalam istana, (memikirkan cara untuk meluaskan kawasan istana dan menyebarkan kepada orang ramai akan keindahan istana tersebut..walaupun dalam masa yang sama, Mus tetap jua berharap dapat bertemu Afik).., tersenyum mendengarkan permintaan Amin, lalu mengizinkannya mencari Afik.

      Setelah 5 hari mencari Afik, akhirnya, Amin menemui adikknya sedang tersandar pada sebatang pokok yang tak henti-henti menangis meminta bantuan. Amin segera mendapatkan adiknya, namun, berlaku hal yang xpatut berlaku. Tanpa usul periksa, Afik menuduh Amin mengkhianatinya. Katanya, apa yang berlaku sekarang dah pun dirancang oleh Amin dan Mus.. Berbekalkan kesabaran, ketabahan dan kesungguhan, Amin memujuk adiknya tanpa putus asa agar kembali kepada hakikat kebenaran. Akhirnya, Afik setuju untuk bersama ke istana. Dalam perjalanan Afir / Amin menceritakan perjalanannya yang akhirnya mampu mengubahnya menjadi setenang ini. Pada mulanya Afik pelik juga melihat abg kembarnya menuturkan kata2 lembut semasa memujuknya.. Afik tertarik dengan cerita yg disampaikan Amin. Tidak sabar rasanya untuk bertemu Mus dan syeikh yang diceritakan oleh Amin..

............................................................................................
     Tatkala tiga pasang mata bertentangan, dunia bagaikan terhenti berputar seketika. Hati ketiga-tiga jasad ini, saling merindui akan kemesraan yang pernah mereka lakarkan suatu ketika dahulu. Wasiat yang ditinggalkan oleh ayah mereka terlayar dalam skrin akal masing-masing.

Istana itu kini tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Hutan itu yang dulu bagaikan tidak berpenghuni, kini, menjadi sebuah kerajaan pusat di bawah pemerintahan Muslim dan adik-adiknya yang sanggup berkorban apa sahaja demi menegakkan kalimah tauhid
لا اله الا الله

Thursday, August 2, 2012

3 beradik

Mus, Afir dan Afik adalah tiga beradik yang sedang mencari pengalaman. Afir dan Afik merupakan pasangan kembar. Pada cuti hujung minggu lepas, mereka telah merancang satu pengembaraan di sebuah hutan. Tujuan mereka masuk ke hutan itu adalah untuk pergi ke sebuah istana yang dikatakan oleh orang2 kampung akan kewujudannya di tengah2 hutan. 


Setelah segala kelengkapan & keperluan masuk hutan siap. Bermulalah episod pengembaraan 3 beradik ni.
     Sedang mereka asyik mengembara meredah segala onak dan duri dan segala macam yang ada kat hutan tu, tibalah mereka di satu kawasan yang lapang. Rupa-rupanya, mereka berada dalam hutan tu hampir 5 jam, lalu, mereka ambil keputusan untuk berehat sebentar bersama kit kat dan sekotak air milo.


     Apabila mereka ingin meneruskan pengembaraan, 3 beradik itu dapati terdapat dua lorong yang mesti dipilih satu drpdnya. Afir dgn ilmu yang cetek dan rasa teruja utk tiba awal di istana, tanpa hiraukan adiknya, Afik, dan abangnya, Mus, dia terus melalui lorong di sebelah kiri. Afik, si pengecut, terkebil-kebil melihat memandang abg sulungnya. Mus yang penenang orangnya, dengan berbekalkan keyakinan dan tawakal yang tinggi pada Allah, dipilhnya untuk masuk lorong yang satu lagi. Afik dengan pantas mengekori Mus.


     Dalam perjalanan, Afik tersilau dengan silauan emas yang datang dari arah kiri. Tanpa bagitau Mus, dia terus menuju ke arah silauan itu. Tinggalllah Mus seorang diri meneruskan pengembaraannya. Setelah beberapa jam berjalan dan meyakini masuknya waktu solat zohor, Mus , menuju ke sebuah sungai utk berwudu'.. Ketika dia mengangkat takbir, dia terdengar suara yang agak merdu bunyinya. dicubanya utk khusyuk, selang beberapa detik, dtg pula bau yg harum lagi enak melalui rongga hidungnya yg mancung itu.. namun, dengan tenang dia tetap meneruskan solatnya walaupun lutut dah terasa bagaikan longgar skrewnya..


     'assalamualaikum warahmatullah'..., selesai memberi salam, Mus mengambil beberapa keping roti utk mengalas perutnya sebelum meneruskan perjalanan. Sedang khusyuk roti itu dikunyah, dtg beberapa ekor monyet liar, 'oo, ini ker bunyi suara merdu td', bisik Mus. Dengan ilmu yg ada padanya, Mus dgn mudah dpt mengelakkan diri drpd monyet2 liar itu setelah habis rotinya dimakan oleh monyet2 tersebut. 'erm, bau yg harum td tuuu.., jangan2.. --astaghfirullah-- ', dgn pantas Mus melafazkan istighfar utk menyingkir segala fikiran negetif yg dtg pd saat itu dan di tempat yg sunyi lg senyap ni..


     Berpandukan kompas ditangan, akhirnya, tibalah Mus di sebuah istana. Sujud syukur.. Mus benar2 xsangka yg dia akan tiba di istana itu.. Tanpa melengahkan masa, Mus segera mencari pintu masuk istana itu. Pintu istana yg besar dan sgt canggih, langsung tiada mangga utk dicucukkan kunci atau tombol untuk dipulas atau ape2 jerlah yg seangkatan dgnnya, yg ada hanyalah satu mesin yg berkata-kata.. "please enter the password", kata mesin tu. "masyaAllah, istana apa yg canggih sgt ni?", mudah jer Mus meneka kata laluan, dgn sekali lafaz jer, terbukalah pintu istana tu. Terpegun seketika melihat keindahan dalam istana yg satu2nya wujud dalam hutan. Dalam usaha untuk memahami selok belok dlm istana, Mus berusaha mencari dan memahami utk menguasai istana yg serba canggih ni. Tiba-tiba (citer xlengkap tanpa ada prkataan tiba2 hehe, ok sambung baca..). Tiba-tiba, Mus ditegur oleh seorang syeikh yg berjanggut panjang lagi putih. "assalamualaikum anak muda", tegur pak cik tu sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yg tersusun rapi dan putih bersih, 'alhamdulillah, org islam rupanya', lega Mus. Tahulah Mus bahawa syeikh itu adalah penjaga istana ini yang bertahun-tahun terperangkap dlm istana. Syeikh itu bersyukur sgt dpt bertemu dgn Mus, mengajar dan mendidik Mus akan selok belok istana tersebut.


Hurm........pasal Mus jer ni, apa yang dah jadi pada si kembar ek..??



........................................................................................................
bertemu lagi dalam episod 2 :)
     



Tuesday, July 24, 2012

sanah helwah


bismillah..
pada suatu petang yang nyaman.., di sebuah kampung yang aman..
"ngoh, jgn lupa bgtau cik, airah, dan adik, malam ni ada meeting, lepas isya', dalam bilik kakak"..,"okkay"
---dalam bilik---
kakak: ok, kakak cadangkan, kita beli kek coklat RM12
ngoh: setuju
cik: xsetuju, mahal, cik tak cukup duit..
airah: sokmo nak beli, pastu kalu beli pun, kakak ngan ngoh jer bayar, mana aci, baik kita buat sendiri kek tu, barulah semua bekerjasama (seorang adik yg agak matang pemikirannya)
adik: (tersengih sambil bermain robotnya)

...........................................................

=') rindunya pada kenangan dulu.., bila dah nak tiba tarikh 24 Julai, satu mesyuarat tergempar diadakan..
kumpul adik-beradik, berbincang untuk buat surprise kpd seorang insan yang sangat kami kasihi dan sayangi.. <3 (kecik-kecik dah kena pandai titik beratkan prinsip syura~! hehe..)

mok...
kakak ucapkan selamat hari ulang tahun ke-42..
terima kasih untuk segalanya, tak mampu untuk kakak dan adik2 menyenaraikan segala jasa dan pengorbanan mok untuk kami, kerana terlalulah banyak,,
maafkan akan kenakalan kami, maafkan atas kesalahan kami adik beradik yg pernah melukai hati mok..
tapi.., mok tak pernah ungkitnya, mok tak pernah tunjukkan kesedihan melainkan ada senyuman bahagia terukir pada wajah suci mok..

semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga mok..
semoga umur mok dipanjangkan dalam penuh keberkatan..
semoga mok sentiasa bahagia dunia dan akhirat..
semoga impian dan cita-cita mok dimaqbulkan Allah..
semoga kita semua bersama ditempatkan disyurgaNYA..
--ameen ya rabbal 3alamin--

doakan kejayaan kakak dan adik-adik..
mok..
you make me feel....
like i can do anything~

you are the number one for me <3
kami saaaaaaaaaaayang mok <3


Wednesday, July 11, 2012

x nak jadi senior XD

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum pembaca yang dikasihi,
Penulis mengucapkan selamat membaca..
semoga dpt rehatkan minda dgn post kali ini,
namun Iman dan Amal sentiasa Istiqomah dlm bekerja..
..............................................................................................................................
pejam celik, pejam celik, buka tutup..pejam buka, tutup celik..
rupanya dah nak hampir satu tahun keberadaan ana kat Urdun ni..
serius..rasa sekejap sangat.. masih segar lagi diingatan waktu first time kali pertama 
teguh berdiri menghirup udara sejuk di Airport Queen Alia..
---------------------
Jordan ^^,
tak pernah terlintas difikaran untuk menjejakkan kaki kat oversi..ulang sekali lg..Xpernah!
cita-cita dan impian sejak form 4 dulu nak sangat sambung belajar kat UIA, sebab.........,
Nur Amina pun belajar kat situ...(erk...heroin filem Nur Kasih, ok, dah bongkar rahsia ana suka citer tu)

urdun vs uia
oversea vs over river
tajaan vs kpt
jauh drpd family vs boleh balik setiap kali cuti sem
inilah persoalan2 yg melompat-lompat dalam kotak fikiran sepanjang fatrah sebelum sambung belajar..
jauh di sudut hati..nak sambung kat UIA jer..tapi.., alhamdulillah..,
surat cinta dari Allah tiba tepat pada waktunya..

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Adush...tepat kena batang hidung..
Betul,betul,betul..kita tak pernah dan tak akan tahu apa yang bakal berlaku pada masa depan kita~
Yakin dan percayalah bahawa ketentuan Allah adalah terbaek dan sentiasa terbaek..
Alhamdulillah, diri terasa sangat OSEM dapat sambung belajar kat bumi anbiya ni..

tanah syam ^^,
di sinilah ana tersedar dari lena yang panjang.
selama ini, ana tidur dgn nyenyaknya dgn kesenangan dunia tanpa pernah tahu dan cuba untuk ambil tahu akan hakikat diri diciptakan..

Surah Al-Baqarah Ayat 30 :
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan Khalifah di bumi".
Surah Az Zariyat Ayat 56 :
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku"

Dua ayat ini jelas menunjukkan akan matlamat hidup kita..
iaitu sebagai khalifah di muka bumi dan 3abid kepada Allah~!
dulu, ayat2 ini dibaca tanpa dihayati, terjemahan dilihat tanpa difahami..
alhamdulillah..dalam jalan tarbiyah ini, kalam Allah dialunkan dengan penuh keimanan,
moga mendapat kesan pada amal seharian =)

hurm.., dah hampir tujuh perenggan ana menaip post ini, macam tak masuk jer dengan tajuk..
ok, jangan salahkan tajuk :D baca dulu sampai habis.. :p

senior danbo pimpin tangan junior nak gi qobul tasjil~
xnak jadi senior...tapi, kenapa..??
sebabnya...., kenangan sepanjang menjadi seorang adik / junior sangat best..
sepanjang dalam penerbangan, ada senior yg setia menanti menyambut ketibaan junior di airport.
saat junior masih mamai dengan bagasi yang besar, ada senior yg memimpin junior menuju ke tempat tinggal
waktu junior buntu untuk bercakap dengan pak cik arab, ada senior yang tolong back up.
tika jasad teguh berdiri di depan kuliah syari'ah, sebenarnya ada mereka yang menyokong dari belakang..
dan..alhamdulillah.., kakak2 senior jualah yang meyedarkan akan matlamat hidup di muka bumi Allah ini,
mereka menjadi wasilah utk menyampaikan hidayah Allah.. 
kakak2 senior tak pernah putus memberi nasihat dan tunjuk ajar..
sentiasa berpesan pada ana dan junior2 lain agar sentiasa tajdid niat..
untuk apa kita belajar? kenapa kita belajar kat sini? ingatkah kita pada mak ayah yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anaknya..??
menjadi seorang junior adalah pengalaman yang sukar untuk didelete dari kotak ingatan..

tinggal beberapa bulan jer lagi untuk ana bertukar watak menjadi sorang senior,
tapi, mampukah ana menjadi seperti senior-senior yang hebat ini..yang turut sama meyedarkan junior-junior akan matlamat hidup kita..insyaAllah, nasihat dari mereka dijadikan panduan~
yakinlah bahawa Allah itu ada, Dia pasti sentiasa memberikan bantuan
pada hambanya yang ikhlas beriman~

terima kasih dan minta maaf atas segala salah silap pada semua yang telah mewarnai kehidupan ana sepanjang bergelar adik tahun satu..
yang boleh ana sebut kat sini, mereka yang mnjadi kakak SPB (smbutan pelajar baru)
kakak2 mentor (bawa ana dan sahabat kenal balad Irbid), kakak2 fasi MHS (minggu haluan siswa)
kakak2 naqibah PINTAR, kakak2 naqibah Akademi Fateh, kakak2 yang byk bagi tunjuk ajar..
dan semualah..secara langsung dan tidak langsung :)

Jazakunnallahu kheir kathiran <3
semoga Allah membalas segala jasa baik antunna.
dan semoga kita semua sama-sama dapat mencapai redha Allah
dan menggenggam segulung ijazah utk dibawa pulang sekaligus menjadi insan yg berguna utk Agama dan ummat seluruhnya.. ameen..

وصلى الله عليه  وسلم 
والله أعلم 

Sunday, July 1, 2012

uhibbuki fillah

sahabat...
imbau kembali kenangan dulu pada awal pertemuan kita, time tu.., tangan dihulur untuk berkenalan, bertanya nama untuk dipanggil, masing-masing cuba untuk ingat nama dan rupa, saling memahami.. Pada saat itu, hati kita riang dan indah sekali, hati yang kosong diisi dengan senyuman-senyuman ikhlas demi mengikat seutas tali Persahabatan bercirikan taqwa pada Ilahi..

sepanjang ukhwah terbina, suka dan duka kita jalani semua bersama, semata-mata mengharapkan redha Allah Yang Maha Esa..tapi, setiap sesuatu mesti ada permulaan dan pengakhirannya, ada pangkal adalah hujungnya, ada pertemuan maka, adalah perpisahannya.. inilah kehidupan.. namun, semua ni menjadi tersangat indah kerana kita bertemu dengan bismillah maka moga berakhir dgn innalillah..
sahabatku,
tempoh ukhwah kita bukan sepnjang 2 tahun kita bertadika bersama, bukan sepanjang 6 tahun bersekolah rendah bersama, bukan jua sepanjang 5 tahun beruniform sekolah bersama.., tapi, bersama selamanya, ~friendship ila jannah~
terima kasih kerana telah mewarnai lukisan kehidupan ini dengan warna-warna ketaqwaan dan keimanan pada Ilahi, teruskan membimbing dan saling menasihati wahai insan yang bernama sahabat..
walaupun kini, kita berjauhan, tapi hati kita tetap bersama. andai kita jadikan rabithoh itu pengikatnya..
pada saat demam rindu hadir, doa yang tulus, kita jadikan penawarnya..


--seiring sehaluan--

Hari yang indah, senyuman pertama,
Hulurkan salam ukhuwah kita.
Berpesan mengingati, dituntut agama,
Kita bagaikan satu keluarga.

Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Kita jalinkan seperti Rasulallah dan sahabat.

Kita laungkan Allahuakhbar Allah Maha Besar,
Seiring sehaluan satu cita dan impian,
Susah dan senang kita tempuhi bersama,
Bertemu berpisah kerana Allah.

Demi satu kejayaan,penuh pengorbanan,
Keazaman juga ketabahan,
Inilah kehidupan, menuntut kesungguhan,
Tak semudah indahnya khayalan.

Allahuakhbar, Allah Maha Besar,
Lailahaillallah. 

Saturday, June 16, 2012

i Love Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Katakanlah, "Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu,
isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaanmu yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawartikan, 
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNYA, maka tunggulah sampai Allah memberi keputusanNYA".
Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik
--lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNYA--
terpana..dunia bagaikan terhenti berputar seketika tatkala ayat ini dibacakan..
Ayat ini mengingatkan ana akan subjek PQS pasal halawatul iman, masa sekolah menengah dulu, tapi, dulu dihafal semata untuk exam..astaghfirullah.. apepun, alhamdulillah, setelah Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang meminjamkan hidayahnya..,dan kini, ayat itu dibaca dengan hati dan Iman.. bukan lagi dengan akal untuk jawab SPM..
ok..., apa itu halawatul Iman..??


Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: 
1. Jika dia mencintai Allah dan RasulNYA, mengatasi kasihnya kepada yang lain 
2. mencintai seseorang hanya kerana Allah,
3. tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka..


so..i wanna be like this~!
and i want you and you and you join me..
cuba kita bayangkan, seorang lelaki sangat cinta akan seorang gadis.., apa yang lelaki tu akan lakukan untuk gadis tu..?? pasti, dia akan sanggup lakukan apa sahaja yang gadis tu nak, bak kata pepatah yang dihafal oleh insan yang bergelar lelaki "lautan api sanggupku renang, demi cintamu" (erk..betul ker..??)
hurm.. kalau kita benar kasih dan cinta akan Allah..pasti kita akan usaha untuk mendapatkan apa yang Allah  nak, pasti kita akan usaha meninggalkan apa yang Allah larang..dan semoga cinta itu menjadikan hati kita sentiasa merasa rindu dan ingin sentiasa dekat padaNYA..sekalipun kita hidup dalam kemewahan dan keseronokan dunia dengan adanya tempat tinggal yang selesa, harta yang banyak, tapi, semua itu tidak menghalang kita dari meraih cinta Allah..
...........
subhanallah.., betapa romantik dan indahnya cinta Allah~
pada saat seseorang itu jatuh cinta pada seseorang, pasti akan dia pegang hati orang itu, seeratnya..dan tak akan dilepaskan untuk orang lain..
tapi..pada ketika seseorang itu cinta akan Allah.. pasti dia ajak orang lain untuk bersama menikmati cinta Allah..akan dikongsi rasa rindu pada Allah kepada orang sekelilingnya agar mereka turut sama mendapat cinta Allah..
......................................
jom kawan-kawan~!
kita sama-sama usaha untuk dapatkan cinta Allah,  sama-sama berkongsi rindu untuk bertemu Allah..
kita kaaann.., nak tergolong dalam golongan ini {39:73}
بسم الله الرحمن الرحيم
وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ 
dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhannya, dihantar ke dalam syurga secara berombongan. Sehingga apabila mereka sampai di syurga dan pintu-pintunya telah dibukakan, penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Kesejateraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu. 
Maka masuklah kamu kekal di dalamnya"


آمين يا رب العلمين
ان شاء الله
~والله اعلم~

Monday, June 11, 2012

.: explorace :.

بسم الله الرحمن الرحيم

explorace.. sebut jer perkataan ni, apa yang bermain-main dalam fikiran antunna..?? 
mesti terbayangkan pasangan beregu, berlari-lari..berkejar-kejar..,kertas dan pen ditangan.., dan yang pasti..
perkataan PENAT terlayar dalam screen kepala kita.. heeh =) betul x ana teka..??

tapi.., explorace yang ana main ni..saaaaaangat BEST.., sejujurnya.., memang penat, tapi alhamdulillah Iman terasa bagaikan fully charged.. InsyaAllah~
meh nak kongsi pengalaman sepanjang berexplorace bersama akhowat BEST.. =)

setiap game, ada syaratnya, explorace yang ana main kali ni, menarik sangat, sebab syaratnya ialah, setiap kumpulan wajib bawa satu Al Quran..
explorace game tak lengkap tanpa checkpoint :D
jadi checkpoint pertama namanya:
rumah
                                                        --tangram time--

kepingan-kepingan kertas yang berbeza bentuk

-------->      








cara nak main.. camni, dari kepingan-kepingan kertas tu, bentukkan menjadi rumah berpandukan gambar rumah yang diberikan..Agak-agaknya.., boleh tak kita bentukkan rumah tu tanpa ada panduan gambar?
mungkin boleh tapi pasti sukar dan susah dan ambil masa yang lama..
begitu juga dengan kehidupan kita, sebagai hamba Allah.. kita perlukan panduan hidup untuk melaksanakan tanggungjawab dan tugas kita sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi Allah ini..
apakah panduan itu..?? semestinya dan sewajibnyalah..
Al Quran Al Kareem dan As Sunnah Nabawiyah.

ok, jom berlari ke checkpoint ke dua.
--mana kunci hatiku?--

setibanya di cekpoin ini, kami dikehendaki mencari kunci..
cuba bayangkan, taman yang penuh dangan daunan kering dan pokok-pokok itu..mencari kunci yang saiznya punyalah kecil..mampukah ditemui..?? 
mestilah boleh, andai kita berusaha dengan bersungguh dan penuh yakin serta semangat kerjasama pasukan itu sangatlah penting~
dan..............alhamdulillah, dalam masa yang tak der lah lama sangat, kumpulan ana jumpa kunci itu, pastu, sebelum ke checkpoint seterusnya, kami kena jumpa ngan ukhti yang menjaga kat cekpoin tu..
untuk mengambil mutiara kata Ilahi..
..........
kunci..?? kenapa kita perlukan kunci..?? mestilah, sebab, tak der kunci rumah, camner nak masuk rumah, tak der kunci kereta camner nak drive, macam tu jugaklah dangan hati kita.. untuk kita buka hati kita,
kita perlukan kunci hati..
bukalah pintu hati kita dengan mendengar dan memahami ayat-ayat Allah..melihat kuasa-kuasa kebesaran Allah subhanahu wa ta3ala
itulah kunci hati kita..

dah selesai checkpoint 2, berkejar ke checkpoint 3
--pintu suka hati--

kenal doraemon tak..?? tipulah kalu tak kenal.. dalam poket doraemon kan ada pintu suka hati, dan dengan pintu itu, kita dapat pergi ke mana saja kita nak gi..
hebatkan explorace ni, ada pintu suka hati.. macam mana tu..?? 
senang jer, hehe.., lengkapkan teka silang kata..

soalan-soalan berkaitan sejarah Islam
kenapa game ni dinamakan pintu suka hati, sebab, kita nak guna pintu tu untuk kembali kepada sejarah kita..
dan yang seronoknya.. cara game ni dimainkan:
setiap pemegang kunci (kunci masa checkpoint 2) mesti berdiri disebelah penjaga masa, sementara ahli kumpulan yang lain menyiapkan teka silang kata.. dan tugas penjaga masa adalah menconteng muka si pemegang kunci bagi setiap minit jika pemain tidak dapat menyiapkan teka silang kata itu..
apakah ibrah daripada game ni..??
si pemegang kunci diibaratkan sebagai Islam.. kalau kita melengahkan masa untuk menyebarkan Islam, sanggupkah kita melihat Islam itu jatuh ditangan orang Islam itu sendiri..?? sanggupkah kita menconteng arang pada Islam..?? sahabat sekalian, kita dah tak der masa tuk perkara yang melalaikan..
gunalah setiap masa kita adalah demi Islam semata..

berlumba ke checkpoint yang semakin mencabar
--rusty act--
cara main: beratur macam nak mintak duit raya =)
pemain paling hadapan hendaklah melihat kertas yang tertulis dan menggayakan apa yang dibacanya untuk memberitahu pada pemain kedua..menggayakan..bukan bagitahu melalui kata-kata, tapi anggota..
dan pemain kedua, mestilah menggayakan apa yang difahamnya melalui gaya yang dibuat oleh pemain pertama, dan begitulah dengan pemain ketiga, keempat dan seterusnya. dan.., pemain akhir sekali hendaklah memberitahu apa yang digayakan oleh pemain sebelumnya..
apakah makna disebalik game ini..??
permainan ini mengingatkan kita betapa pentingnya untuk kita menyampaikan kebenaran.. 'dakwah islam' itulah kebenaran yang mesti disampaikan.. bagi setiap penyampai, mestilah memahami apa yang ingin disampaikan..agar Islam dapat disebarkan dengan penuh hikmah dan berkesan..

checkpoint seterusnya
--Enti tahu?? Ana tahu!!!--
game ni lebih kurang macam rusty act jugak..
tapi mestilah menggayakan mengikut watak.. dan syarat bagi setiap watak ialah:
watak bayi: menggayakan dengan cara menangis
watak orang sakit: ada batas dalam bergerak
watak orang tua: sangat lemah untuk bergerak
watak pemuda: bebas menggayakan dengan apa cara sekalipun
watak orang kafir: menggayakan gaya yang bertentangan dengan apa yang dibacanya
game ini ingin memberitahu siapakah mereka yang mampu dan yang paling layak untuk menyebarkan Islam..
hurm,,, jadi siapakah mereka itu..?? mestilah pemuda.. kerana pada ketika usia inilah.. pemuda ada kudrat, ada tenaga, dan yang penting ada semangat yang berkobar.. dan lebih-lebih lagi pemuda berjiwa Islam yang kita perlukan.. dan pada cekpoin ini, point yang penting adalah
apa yang perlu ada pada seorang pemuda..


dan tibalah kita di checkpoint yang penghabisan
--we vs jahiliyyah--


sebelum kami bertarik-tarik.. ada tiketnya.. dan tiket untuk masuk game ni, kami dikehendaki hafal 
ayat 208 surah Al Baqarah

"wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan,
dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.
Sungguh, ia musuh yang paling nyata bagimu"
(2:208)




dalam kehidupan kita, kita cuma ada dua tarikan, --(Islam vs jahiliyyah)--
lupa nak kasi tau, masa ana and the geng bertungkus lumus menarik tali, 
kami disembur air oleh ukhti-ukhti yang memakai kertas A4 bertulis
('facebook', 'music', 'twitter', 'movie', 'malas', 'buang masa')
hurm, game ini jelas menunjukkan, dalam kita berusaha menarik Islam itu hadir sepenuhnya dalam jiwa kita, 
janganlah kita hanya dilalaikan dan dikalahkan dengan fb, twit, dan sebagainya..
bukan bermakna ana melarang terus daripada menggunakannya.., tapi, kita kan dikurniakan akal.. 
maka manfaatkanlah nikmat akal itu sabaiknya, gunalah pada jalan yang sebetulnya..
dan..kenapa ayat 208 surah Al Baqarah ni, Allah pesan kat kita, masuklah Islam secara keseluruhan..??
 Seruan Al Baqarah ayat 208 ini adalah panggilan Allah khusus buat yang beriman.. 
Maka seruan ayat ini adalah langsung dan khusus kepada  mereka yang mengaku melafazkan kalimah Syahadah dan beriman kepada apa yang dilafazkan.Mesejnya jelas. Menerima Islam tidak boleh mengikut selera sendiri. Mengaku beriman tidak boleh menerima sebahagian perintah Allah dan menolak sebahagian yang lain. Mengistiharkan diri sebagai Muslim tidak boleh memilih-milih perintah Islam yang mana yang mahu dipatuhi dan perintah yang mana yang ingin ditolak.Masuklah Islam secara kaffah itu adalah isyarat jelas bahawa Allah tidak membenarkan agamanya hanya diterima mengikut selera manusia. Samada urusan seorang Islam itu menyentuh hal yang dianggap kecil mahupun besar. Bermakna segala-galanya ( secara total ) hendaklah tunduk kepada acuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Ini meliputi soal niat dan perasaan, pemikiran dan sikap, percakapan dan perlakuan, diperingkat peribadi  dan berkeluarga, berstatus seorang anggota masyarakat mahupun warga Negara, dalam urusan ekonomi, budaya, keorganisasian, pengurusan sumber mahupun kepimpinan...
alhamdulillah..maka tamatlah sudah explorace ana bersama akhowat BEST..
semoga iman ana, enti, enta, entuma, entum dan entunna..
sentiasa fully charged.., kalau bateri iman tu dah merah, cepat-cepat cari charger dan caskan sampai penuh..dan jangan lupa top up kredit amalan kita..
~wallahu 3alam~