Gema Jihad

Wednesday, July 11, 2012

x nak jadi senior XD

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum pembaca yang dikasihi,
Penulis mengucapkan selamat membaca..
semoga dpt rehatkan minda dgn post kali ini,
namun Iman dan Amal sentiasa Istiqomah dlm bekerja..
..............................................................................................................................
pejam celik, pejam celik, buka tutup..pejam buka, tutup celik..
rupanya dah nak hampir satu tahun keberadaan ana kat Urdun ni..
serius..rasa sekejap sangat.. masih segar lagi diingatan waktu first time kali pertama 
teguh berdiri menghirup udara sejuk di Airport Queen Alia..
---------------------
Jordan ^^,
tak pernah terlintas difikaran untuk menjejakkan kaki kat oversi..ulang sekali lg..Xpernah!
cita-cita dan impian sejak form 4 dulu nak sangat sambung belajar kat UIA, sebab.........,
Nur Amina pun belajar kat situ...(erk...heroin filem Nur Kasih, ok, dah bongkar rahsia ana suka citer tu)

urdun vs uia
oversea vs over river
tajaan vs kpt
jauh drpd family vs boleh balik setiap kali cuti sem
inilah persoalan2 yg melompat-lompat dalam kotak fikiran sepanjang fatrah sebelum sambung belajar..
jauh di sudut hati..nak sambung kat UIA jer..tapi.., alhamdulillah..,
surat cinta dari Allah tiba tepat pada waktunya..

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Adush...tepat kena batang hidung..
Betul,betul,betul..kita tak pernah dan tak akan tahu apa yang bakal berlaku pada masa depan kita~
Yakin dan percayalah bahawa ketentuan Allah adalah terbaek dan sentiasa terbaek..
Alhamdulillah, diri terasa sangat OSEM dapat sambung belajar kat bumi anbiya ni..

tanah syam ^^,
di sinilah ana tersedar dari lena yang panjang.
selama ini, ana tidur dgn nyenyaknya dgn kesenangan dunia tanpa pernah tahu dan cuba untuk ambil tahu akan hakikat diri diciptakan..

Surah Al-Baqarah Ayat 30 :
Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan Khalifah di bumi".
Surah Az Zariyat Ayat 56 :
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku"

Dua ayat ini jelas menunjukkan akan matlamat hidup kita..
iaitu sebagai khalifah di muka bumi dan 3abid kepada Allah~!
dulu, ayat2 ini dibaca tanpa dihayati, terjemahan dilihat tanpa difahami..
alhamdulillah..dalam jalan tarbiyah ini, kalam Allah dialunkan dengan penuh keimanan,
moga mendapat kesan pada amal seharian =)

hurm.., dah hampir tujuh perenggan ana menaip post ini, macam tak masuk jer dengan tajuk..
ok, jangan salahkan tajuk :D baca dulu sampai habis.. :p

senior danbo pimpin tangan junior nak gi qobul tasjil~
xnak jadi senior...tapi, kenapa..??
sebabnya...., kenangan sepanjang menjadi seorang adik / junior sangat best..
sepanjang dalam penerbangan, ada senior yg setia menanti menyambut ketibaan junior di airport.
saat junior masih mamai dengan bagasi yang besar, ada senior yg memimpin junior menuju ke tempat tinggal
waktu junior buntu untuk bercakap dengan pak cik arab, ada senior yang tolong back up.
tika jasad teguh berdiri di depan kuliah syari'ah, sebenarnya ada mereka yang menyokong dari belakang..
dan..alhamdulillah.., kakak2 senior jualah yang meyedarkan akan matlamat hidup di muka bumi Allah ini,
mereka menjadi wasilah utk menyampaikan hidayah Allah.. 
kakak2 senior tak pernah putus memberi nasihat dan tunjuk ajar..
sentiasa berpesan pada ana dan junior2 lain agar sentiasa tajdid niat..
untuk apa kita belajar? kenapa kita belajar kat sini? ingatkah kita pada mak ayah yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anaknya..??
menjadi seorang junior adalah pengalaman yang sukar untuk didelete dari kotak ingatan..

tinggal beberapa bulan jer lagi untuk ana bertukar watak menjadi sorang senior,
tapi, mampukah ana menjadi seperti senior-senior yang hebat ini..yang turut sama meyedarkan junior-junior akan matlamat hidup kita..insyaAllah, nasihat dari mereka dijadikan panduan~
yakinlah bahawa Allah itu ada, Dia pasti sentiasa memberikan bantuan
pada hambanya yang ikhlas beriman~

terima kasih dan minta maaf atas segala salah silap pada semua yang telah mewarnai kehidupan ana sepanjang bergelar adik tahun satu..
yang boleh ana sebut kat sini, mereka yang mnjadi kakak SPB (smbutan pelajar baru)
kakak2 mentor (bawa ana dan sahabat kenal balad Irbid), kakak2 fasi MHS (minggu haluan siswa)
kakak2 naqibah PINTAR, kakak2 naqibah Akademi Fateh, kakak2 yang byk bagi tunjuk ajar..
dan semualah..secara langsung dan tidak langsung :)

Jazakunnallahu kheir kathiran <3
semoga Allah membalas segala jasa baik antunna.
dan semoga kita semua sama-sama dapat mencapai redha Allah
dan menggenggam segulung ijazah utk dibawa pulang sekaligus menjadi insan yg berguna utk Agama dan ummat seluruhnya.. ameen..

وصلى الله عليه  وسلم 
والله أعلم 

1 comment:

  1. اعْمَلُوا فَكُلٌّ مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لَهُ

    Beramallah kalian!maka(sebab) semuanya telah dimudahkan terhadap apa yang diciptakan untuknya..

    :')

    May Allah ease.

    Selamat menjadi senior yang baik. Teruskan usahamu adik..

    ReplyDelete