Gema Jihad

Tuesday, July 24, 2012

sanah helwah


bismillah..
pada suatu petang yang nyaman.., di sebuah kampung yang aman..
"ngoh, jgn lupa bgtau cik, airah, dan adik, malam ni ada meeting, lepas isya', dalam bilik kakak"..,"okkay"
---dalam bilik---
kakak: ok, kakak cadangkan, kita beli kek coklat RM12
ngoh: setuju
cik: xsetuju, mahal, cik tak cukup duit..
airah: sokmo nak beli, pastu kalu beli pun, kakak ngan ngoh jer bayar, mana aci, baik kita buat sendiri kek tu, barulah semua bekerjasama (seorang adik yg agak matang pemikirannya)
adik: (tersengih sambil bermain robotnya)

...........................................................

=') rindunya pada kenangan dulu.., bila dah nak tiba tarikh 24 Julai, satu mesyuarat tergempar diadakan..
kumpul adik-beradik, berbincang untuk buat surprise kpd seorang insan yang sangat kami kasihi dan sayangi.. <3 (kecik-kecik dah kena pandai titik beratkan prinsip syura~! hehe..)

mok...
kakak ucapkan selamat hari ulang tahun ke-42..
terima kasih untuk segalanya, tak mampu untuk kakak dan adik2 menyenaraikan segala jasa dan pengorbanan mok untuk kami, kerana terlalulah banyak,,
maafkan akan kenakalan kami, maafkan atas kesalahan kami adik beradik yg pernah melukai hati mok..
tapi.., mok tak pernah ungkitnya, mok tak pernah tunjukkan kesedihan melainkan ada senyuman bahagia terukir pada wajah suci mok..

semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga mok..
semoga umur mok dipanjangkan dalam penuh keberkatan..
semoga mok sentiasa bahagia dunia dan akhirat..
semoga impian dan cita-cita mok dimaqbulkan Allah..
semoga kita semua bersama ditempatkan disyurgaNYA..
--ameen ya rabbal 3alamin--

doakan kejayaan kakak dan adik-adik..
mok..
you make me feel....
like i can do anything~

you are the number one for me <3
kami saaaaaaaaaaayang mok <3


No comments:

Post a Comment