Gema Jihad

Wednesday, January 23, 2013

lau kana bainana

بسم الله الرحمن الرحيم

************

Mengikut keterangan yang disebutkan oleh Al Mas'udi di dalam kitabnya Mursujuz-Zahab katanya:
"Rasulullah  صلى الله عليه وسلم  mula menjejak tanah Madinah pada dua belas haribulan Rabi'ul Awal. Sekalian orang Ansar mengerumuni Baginda, memegang-megang tali kenderaan Baginda, di mana setiap orang mempelawa dan mempersilakan Rasulullah صلى الله عليه وسلم ke rumah masing-masing, tetapi Rasulullah menjawab kepada mereka, "Biarkan saja unta ini, dia mengikut perintah". Unta Rasulullah tadi berjalan terus di jalan-jalan dan lorong-lorong Madinah hinggalah sampai ke suatu tapak pengeringan buah tamar yang dimiliki oleh dua orang anak yatim Bani AnNajjar berhadapan dengan rumah Abu Ayyub Al Ansari. Rasulullah صلى الله عليه وسلم pun berkata: "InsyaAllah, di sinilah saya akan singgah". Dengan serta-merta Abu Ayyub pun menjemput dan mempersilakan Rasulullah صلى الله عليه وسلم ke rumahnya. Ibnu Hisham menceritakan; "Sekumpulan kaum wanita (orang suruhan) Bani AnNajjar telah keluar beramai-ramai menyambut ketibaan Baginda dengan nyanyian nasyid. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertanya kepada mereka: "Apakah kamu kasihkan daku?", jawab mereka, "Ya". Sambung Rasulullah: 
"Hanya Allah yang mengetahui hati sanubariku, bahawa aku kasihkan kamu sekalian".

************

Sob..sob.. Nanges, hati syahdu dan tersentuh dengan jawapan Kekasih Allah صلى الله عليه وسلم ..

Kisah ini sangat menyentuh hati ana..kerana ia merupakan titik tolak permulaan da3wah Baginda 3alaihissolatuwassalam di Yathrib..
12 Rabi'ul Awwal juga melakarkan sebuah sejarah penting..
na3am.. lahirnya pembawa cahaya kepada seluruh alam~~

السلام عليك يا رسول الله
السلام عليك حبيبي
يا نبي الله


_Salam Maulidurrasul_

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
'Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada ummat
Umati umati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa'atmu



Thursday, January 10, 2013

snow

بسم الله الرحمن الرحيم

saljiiii..!
salji turun, jom pergi sutuh..!
(Alhamdulillah, hajat dan impian untuk menikmati hujan salji di Irbid, dikabul Allah..) :'D

jom main salji..kat Ajloun -ajak seorang ukhti yang ana kagumi-
...................................................................................................................................................................

yeay, maka pada hari ini, 10 Januari 2013, ana dan ukhti2 osem mengembara ke Ajloun untuk bermain salji..! Sekali lagi, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi.. 
nikmat holiday yang sangat best ^_^ 

sebagai seorang muslim, dalam setiap apa perkara yang kita buat..pasti ada hadafnya, agar kerja amal kita sentiasa mendapat berkat Allah..matlamat kita kan mardhatillah~~

sebelum kaki melangkah naik coaster ke Ajloun untuk bermain salji.. setulus ikhlas diniatkan kerana Allah, ingin melihat dan menikmati keindahan dan keagungan ciptaan Al Khaliq wa Al Hakim..
Tarbiyah memberi erti tadabbur.. 

Alhamdulillah, hari ini, seronok dapat tadabbur alam ciptaan Al Wahid :)

Surah Annur ayat 43..sambil tadabbur alam, hati tersentuh dengan surat cinta dari Al Wadud

saat yang paling osem pabila snowflake melekat di glove..subhanallah~

ISO (ini sungguh osem~!)
dan......
salji tak lengkap tanpa pakcik bulat ini bersama karot dihidungnya :D
hurm, bila tengok snowman ni, bersyukur dengan kejadian diri..MasyaAllah, ciptaan Allah cukup sempurna.. Allah menjadikan manusia..yup..Allah menjadikan kita semua, dan melantik kita untuk mentadbir alamNYA, bukan snowman ini.. kita mampu membentuknya dengan begitu cantik dan comel serta cute kerana.., Allah begitu bijak mencipta salji itu sendiri..Subhanallah.. titisan salji ini tidak putus dan berhenti dari memuji dan bertasbih kepada Allah dan sentiasa setia menurut perintah Allah.. tatkala musim syita' datang, salji turun menunaikan perintahNYA.. dan kita yang dikurniakan akal dan hati..seharusnya lebih memahami akan posisi kita sebagai makhluk ciptaan Allah jua..

setelah dua jam lebih kesejukan dan kebekuan...hati girang naik coaster untuk pulang ke Irbid..
untuk mencari sobah..! hik3

dalam perjalanan pulang, hati tersenyum bahagia tanda kesyukuran tatkala ayat dua puluh sembilan surah Al Mu'minun dibaca.. Alhamdulillah..banyak sangat nikmat Allah bagi sepanjang berada di muka bumi barakah ini..

{ اللهم اني اصبحت (أمسيت) منك في نعمة وعافية وستر, فأتم علي نعمتك وعافيتك وسترك في الدنيا والآخرة }
" Ya Allah, pada pagi/petang hari ini kami sentiasa menikmati kesejahteraan pemberianMU (keselamatan daripada bala bencana) dan tertutupnya rahsia dosa-dosaku. Oleh itu sempurnakanlah nikmatMu, kesejahteraanMu dan pemeliharaanMu ke atas diriku di dunia dan di akhirat ".

salji @ Irbid -bayt Inqaz-

wallahu ta3ala 'alam..