Gema Jihad

Sunday, November 18, 2012

Let us Pray !

بسم الله الرحمن الرحيم

hari-hari yang berlalu..terasa begitu pantas! buku 1433 hijrah dah pun ditutup..
kini.., diri berusaha mencari dan membeli pen baru, pemadam baru, pembaris baru..
untuk terus melakar dan melukis dan menulis perjalanan kehidupan dalam sebuah buku 1434 hijrah..
buku 1433 hijrah yg berlalu, kini dah pun jadi sejarah..namun.., sejarah bukan utk diratap dan ditenung.. semestinya diambil iktibar, pelajaran dan pengajaran untuk kita mencorakkan buku 1434 hijrah dengan lebih menarik dan cantik dan yg penting dpt hiasinya dengan lukisan-lukisan ketaqwaan yg lebih osem~!

hurm.., peristiwa awal muharram benar-benar mematangkan ana.. mematangkan ana untuk terus thabat dalam jalan da3wah dan tarbiyah.. 

konflik yang berlaku di palestin..GAZA..jordan..
menyedarkan ana..bahawa masa yang kita ada untuk bergoyang kaki bersuka ria..sewajibnya terpadam dalam jiwa ini.., xdinafikan, terkadang, dtgnya bisikan syaitan.. melalaikan dan menarik ana utk melakukan jahiliyah.. 
alhamdulillah, DnT menjadi kuasa magnet yg sentiasa menarik ana.. 
tapi semua ini xakan ana dapat tanpa ada bulatan gumbira :)

teringat pulak dengan wasiat pak cik IHAB..
"kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita ada.."

tahun ini, ana terasa begitu banyak tanggungjawab yg mesti ana laksanakan..
tapi ana yakin dan sentiasa berdoa agar semua amanah dan tanggungjawab itu dpt dilaksanakan sebaiknya..
sebab.. Allahu Ghayatuna..!
dan.....
kini.., kita ada kewajipan yang utama..
kewajipan yg sgt penting yg mesti kita lakukan..
betul tu.., perjuangkan Islam..
bukankah tujuan kita dicipta adalah menegakkan kalimah tauhid
لا اله الا الله

1 muharram 1434 menyedarkan ana..
memahamkan ana akan tugas ana sebagai 3abid dan khalifah di muka bumi ini..
ana ingin mengajak antum antunna semua untuk bersama kita berjuang..
mungkin kita tidak mampu untuk turun bersama ke medan perang membantu saudara kita di GAZA..
tapi, kita masih ada senjata yg utama..
betul tu, kita ada doa..

jom bersama kita menadah tangan mohon kepada Allah agar sentiasa memberi kekuatan buat mujahideen kita di sana..



jom bersama ameenkan qunut nazilah~

http://www.youtube.com/watch?v=83_M2ODPl2o



No comments:

Post a Comment