Gema Jihad

Monday, June 11, 2012

.: explorace :.

بسم الله الرحمن الرحيم

explorace.. sebut jer perkataan ni, apa yang bermain-main dalam fikiran antunna..?? 
mesti terbayangkan pasangan beregu, berlari-lari..berkejar-kejar..,kertas dan pen ditangan.., dan yang pasti..
perkataan PENAT terlayar dalam screen kepala kita.. heeh =) betul x ana teka..??

tapi.., explorace yang ana main ni..saaaaaangat BEST.., sejujurnya.., memang penat, tapi alhamdulillah Iman terasa bagaikan fully charged.. InsyaAllah~
meh nak kongsi pengalaman sepanjang berexplorace bersama akhowat BEST.. =)

setiap game, ada syaratnya, explorace yang ana main kali ni, menarik sangat, sebab syaratnya ialah, setiap kumpulan wajib bawa satu Al Quran..
explorace game tak lengkap tanpa checkpoint :D
jadi checkpoint pertama namanya:
rumah
                                                        --tangram time--

kepingan-kepingan kertas yang berbeza bentuk

-------->      








cara nak main.. camni, dari kepingan-kepingan kertas tu, bentukkan menjadi rumah berpandukan gambar rumah yang diberikan..Agak-agaknya.., boleh tak kita bentukkan rumah tu tanpa ada panduan gambar?
mungkin boleh tapi pasti sukar dan susah dan ambil masa yang lama..
begitu juga dengan kehidupan kita, sebagai hamba Allah.. kita perlukan panduan hidup untuk melaksanakan tanggungjawab dan tugas kita sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi Allah ini..
apakah panduan itu..?? semestinya dan sewajibnyalah..
Al Quran Al Kareem dan As Sunnah Nabawiyah.

ok, jom berlari ke checkpoint ke dua.
--mana kunci hatiku?--

setibanya di cekpoin ini, kami dikehendaki mencari kunci..
cuba bayangkan, taman yang penuh dangan daunan kering dan pokok-pokok itu..mencari kunci yang saiznya punyalah kecil..mampukah ditemui..?? 
mestilah boleh, andai kita berusaha dengan bersungguh dan penuh yakin serta semangat kerjasama pasukan itu sangatlah penting~
dan..............alhamdulillah, dalam masa yang tak der lah lama sangat, kumpulan ana jumpa kunci itu, pastu, sebelum ke checkpoint seterusnya, kami kena jumpa ngan ukhti yang menjaga kat cekpoin tu..
untuk mengambil mutiara kata Ilahi..
..........
kunci..?? kenapa kita perlukan kunci..?? mestilah, sebab, tak der kunci rumah, camner nak masuk rumah, tak der kunci kereta camner nak drive, macam tu jugaklah dangan hati kita.. untuk kita buka hati kita,
kita perlukan kunci hati..
bukalah pintu hati kita dengan mendengar dan memahami ayat-ayat Allah..melihat kuasa-kuasa kebesaran Allah subhanahu wa ta3ala
itulah kunci hati kita..

dah selesai checkpoint 2, berkejar ke checkpoint 3
--pintu suka hati--

kenal doraemon tak..?? tipulah kalu tak kenal.. dalam poket doraemon kan ada pintu suka hati, dan dengan pintu itu, kita dapat pergi ke mana saja kita nak gi..
hebatkan explorace ni, ada pintu suka hati.. macam mana tu..?? 
senang jer, hehe.., lengkapkan teka silang kata..

soalan-soalan berkaitan sejarah Islam
kenapa game ni dinamakan pintu suka hati, sebab, kita nak guna pintu tu untuk kembali kepada sejarah kita..
dan yang seronoknya.. cara game ni dimainkan:
setiap pemegang kunci (kunci masa checkpoint 2) mesti berdiri disebelah penjaga masa, sementara ahli kumpulan yang lain menyiapkan teka silang kata.. dan tugas penjaga masa adalah menconteng muka si pemegang kunci bagi setiap minit jika pemain tidak dapat menyiapkan teka silang kata itu..
apakah ibrah daripada game ni..??
si pemegang kunci diibaratkan sebagai Islam.. kalau kita melengahkan masa untuk menyebarkan Islam, sanggupkah kita melihat Islam itu jatuh ditangan orang Islam itu sendiri..?? sanggupkah kita menconteng arang pada Islam..?? sahabat sekalian, kita dah tak der masa tuk perkara yang melalaikan..
gunalah setiap masa kita adalah demi Islam semata..

berlumba ke checkpoint yang semakin mencabar
--rusty act--
cara main: beratur macam nak mintak duit raya =)
pemain paling hadapan hendaklah melihat kertas yang tertulis dan menggayakan apa yang dibacanya untuk memberitahu pada pemain kedua..menggayakan..bukan bagitahu melalui kata-kata, tapi anggota..
dan pemain kedua, mestilah menggayakan apa yang difahamnya melalui gaya yang dibuat oleh pemain pertama, dan begitulah dengan pemain ketiga, keempat dan seterusnya. dan.., pemain akhir sekali hendaklah memberitahu apa yang digayakan oleh pemain sebelumnya..
apakah makna disebalik game ini..??
permainan ini mengingatkan kita betapa pentingnya untuk kita menyampaikan kebenaran.. 'dakwah islam' itulah kebenaran yang mesti disampaikan.. bagi setiap penyampai, mestilah memahami apa yang ingin disampaikan..agar Islam dapat disebarkan dengan penuh hikmah dan berkesan..

checkpoint seterusnya
--Enti tahu?? Ana tahu!!!--
game ni lebih kurang macam rusty act jugak..
tapi mestilah menggayakan mengikut watak.. dan syarat bagi setiap watak ialah:
watak bayi: menggayakan dengan cara menangis
watak orang sakit: ada batas dalam bergerak
watak orang tua: sangat lemah untuk bergerak
watak pemuda: bebas menggayakan dengan apa cara sekalipun
watak orang kafir: menggayakan gaya yang bertentangan dengan apa yang dibacanya
game ini ingin memberitahu siapakah mereka yang mampu dan yang paling layak untuk menyebarkan Islam..
hurm,,, jadi siapakah mereka itu..?? mestilah pemuda.. kerana pada ketika usia inilah.. pemuda ada kudrat, ada tenaga, dan yang penting ada semangat yang berkobar.. dan lebih-lebih lagi pemuda berjiwa Islam yang kita perlukan.. dan pada cekpoin ini, point yang penting adalah
apa yang perlu ada pada seorang pemuda..


dan tibalah kita di checkpoint yang penghabisan
--we vs jahiliyyah--


sebelum kami bertarik-tarik.. ada tiketnya.. dan tiket untuk masuk game ni, kami dikehendaki hafal 
ayat 208 surah Al Baqarah

"wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan,
dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.
Sungguh, ia musuh yang paling nyata bagimu"
(2:208)




dalam kehidupan kita, kita cuma ada dua tarikan, --(Islam vs jahiliyyah)--
lupa nak kasi tau, masa ana and the geng bertungkus lumus menarik tali, 
kami disembur air oleh ukhti-ukhti yang memakai kertas A4 bertulis
('facebook', 'music', 'twitter', 'movie', 'malas', 'buang masa')
hurm, game ini jelas menunjukkan, dalam kita berusaha menarik Islam itu hadir sepenuhnya dalam jiwa kita, 
janganlah kita hanya dilalaikan dan dikalahkan dengan fb, twit, dan sebagainya..
bukan bermakna ana melarang terus daripada menggunakannya.., tapi, kita kan dikurniakan akal.. 
maka manfaatkanlah nikmat akal itu sabaiknya, gunalah pada jalan yang sebetulnya..
dan..kenapa ayat 208 surah Al Baqarah ni, Allah pesan kat kita, masuklah Islam secara keseluruhan..??
 Seruan Al Baqarah ayat 208 ini adalah panggilan Allah khusus buat yang beriman.. 
Maka seruan ayat ini adalah langsung dan khusus kepada  mereka yang mengaku melafazkan kalimah Syahadah dan beriman kepada apa yang dilafazkan.Mesejnya jelas. Menerima Islam tidak boleh mengikut selera sendiri. Mengaku beriman tidak boleh menerima sebahagian perintah Allah dan menolak sebahagian yang lain. Mengistiharkan diri sebagai Muslim tidak boleh memilih-milih perintah Islam yang mana yang mahu dipatuhi dan perintah yang mana yang ingin ditolak.Masuklah Islam secara kaffah itu adalah isyarat jelas bahawa Allah tidak membenarkan agamanya hanya diterima mengikut selera manusia. Samada urusan seorang Islam itu menyentuh hal yang dianggap kecil mahupun besar. Bermakna segala-galanya ( secara total ) hendaklah tunduk kepada acuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Ini meliputi soal niat dan perasaan, pemikiran dan sikap, percakapan dan perlakuan, diperingkat peribadi  dan berkeluarga, berstatus seorang anggota masyarakat mahupun warga Negara, dalam urusan ekonomi, budaya, keorganisasian, pengurusan sumber mahupun kepimpinan...
alhamdulillah..maka tamatlah sudah explorace ana bersama akhowat BEST..
semoga iman ana, enti, enta, entuma, entum dan entunna..
sentiasa fully charged.., kalau bateri iman tu dah merah, cepat-cepat cari charger dan caskan sampai penuh..dan jangan lupa top up kredit amalan kita..
~wallahu 3alam~








4 comments:

  1. AMBIL MASA LEBIH KURANG 1 JAM
    10 CHECKPOINT DALAM MALL AEON BUKIT TINGGI KLANG

    ReplyDelete
  2. Syukran. Tgh cari idea untuk explorace dan terjumpa ni. Menarik. Jzkk😊

    ReplyDelete