Gema Jihad

Saturday, February 4, 2012

12 ربيع الأول Tahun Gajah


JOM BERSELAWAT KE ATAS NABI JUNJUNGAN KITA
~نبي محمد صلى الله عليه وسلم~

"وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلاَّ رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ"
surah Al Anbiya ayat 107
'dan kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam'
Rasul adalah pemimpin umat Islam yang tiada tolak tandingnya.
Marilah kita berpegang kepada Sunnah dan ajarannya~

Baginda dilahirkan pada Tahun Gajah, iaitu tahun di mana Abrahah Al Asyram telah melanggar masuk ke kota Makkah dalam rangka percubaannya hendak menawan dan memusnahkan Ka'abah. Namun demikian percubaannya menemui kegagalan apabila Allah Subhanahu wata'ala mengutuskan sekumpulan burung-burung Ababil untuk memusnahkan angkatan itu.
Kejadian ini dijelaskan dalam Al Quran dengan jelas sekali..

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ(1) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ(2) وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ(3) تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ(4) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ(5)

1:Tiadakah engkau perhatikan, bagaimana tuhan engkau berbuat terhadap orang-orang yang bergajah?
2:Bukankankah rencana mereka digagalkan tuhan?
3:Dan tuhan mengirimkan kepada mereka burung berpasukan-pasukan.
4:Melempari mereka dengan batu yang keras. 
5:Dan menjadikan mereka bagai rumput yang dikunyah.

Maka lahirlah nabi junjungan kita pada hari Isnin tanggal 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah.


No comments:

Post a Comment