Gema Jihad

Monday, March 5, 2012

Salam Ukhwah

بسم الله الرحمن الرحيم

duk intai-intai blog cikgu.., yang mengisahkan kehidupan sekolah. Rindunyer suasana sekolah..
S-M-K-A-W-A itulah tempat ana menuntut ilmu selama 5 tahun. terlalu banyak kenangan manis dan indah sepanjang menjadi pelajar kat sekolah wataniah ni. kenangan paling best...masa mok jadi cikgu ana, dan mengajar Math Moden--> kelas 5 Ibnu Sina~ terima kasih mok atas semua ilmu yang mok curahkan untuk anak mok sorang ni. Nak citer sikit perjalanan hidup ana.., tahun 2005, keluarlah keputusan UPSR, alhamdulillah, result yang ana peroleh melayakkan ana meneruskan kehidupan pelajar di sekolah menengah kebangsaan agama wataniah. masa tingkatan satu, ana kelas 1 Hamzah, pastu masa peksa akhir tahun, alhamdulillah, keputusan yang comel membolehkan ana masuk kelas 2 Shafie, dan tahun 2008 tahun debaran sebab exam PMR, dan alhamdulillah, keputusan straight's a PMR.., merupakan hadiah yang sangat bermakna buat mok dan ayah (mok cakap camtu), tapi, kejayaan tu takkan jua ana dapat tanpa berkat doa mok dan ayah, terima kasih mok, ayah~ pastu, masa tingkatan 4, ana di kelas 4 Al Khawarizmi, ingat lagi pesan cikgu kaunselor, tingkatan 4 bukan tahun honeymoon tapi tahun get ready tuk SPM.. masa tu, ana dalam dilema nak pilih aliran mana, lepas bincang dan dapat restu daripada mok dan ayah tercinta, maka ana meneruskan pelajaran ana dalam aliran sains.., dan akhirnya, masa tingkatan 5.. tahap debaran memuncak.., dan sekali lagi, segala puji bagi Allah, kerana dengan rahmat dan kasih sayangNYA.., keputusan SPM, merupakan keputusan terbaik yang pernah ana dapat sepanjang imtihan yang pernah ana lalui selama bergelar pelajar ni.. ingat lagi mok kata.. (kak, terima kasih atas usaha kakak untuk menggembirakan hati mok dan ayah, semoga kejayaan kakak ni dapat jadi contoh untuk adik-adik, mok tahu, anak mok mesti boleh punya)...... Betul, anak mok mesti boleh, sebab anak mok ni ada seorang mok yang sangat hebat.., ~you know you are the number one for me~
sebenarnya, ana nak bagitau..,dalam kehidupan kita.., kita sangat2 memerlukan mereka2 ini sebagai tempat bergantung kita.., yang utama mestilah mereka yang menjaga dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang, merekalah kedua orang tua kita yang sangat banyak berjasa dan tak termampu untuk kita balasnya melainkan dengan doa yang tidak putus buat mereka.. dan cikgu2 yang tak jemu2 mencurahkan ilmunya buat kita, semoga cikgu2 kita dan ahli keluarganya sentiasa di bawah payung perlindungan Ilahi. tapi, yang pasti dan yang paling utama dan berada di tangga teratas sebagai tempat bergantung kita.., mestilah pencipta kita.., Allah subhanahu wa ta'ala... kepadanya kita berserah atas semua usaha yang telah kita laksanakan.. semoga kita semua menjadi hamba Allah yang sentiasa berusaha meningkatkan keimanan dan ketaqwaan buat pencipta hari qiamat~ "Ya Allah, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Allah, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami.."{2:286}

No comments:

Post a Comment