Gema Jihad

Tuesday, February 26, 2013

Semanis Gula


بسم الله الرحمن الرحيم


Bermalam telah berlalu
Senja yang sendu
Mentari kian menjelma

Kisah lama kau dan aku
Bersusah payah meredah
Irama indah

Setiap kali peluh memerah 
Tarbiyah semakin basah

Mari kita berukhwah
Islam kembali izzah
Janganlah berundur 
Menangislah tapi jangan mengalah

Ku jatuh berkali-kali
Tak ku mengerti 
Perlukah aku berhenti

Walau kau tiada lagi
Berjuang di sisi
Jalanku takkan berubah

Setiap kali peluh memerah 
Tarbiyah semakin basah
indahnya sebuah pertemuan..
bukan kerana dapat menambah kenalan, 
bukan kerana dapat berkongsi pengalaman,
bukan jua kerana dapat mengikat tali persahabatan..
tapi..dapat merasai manisnya iman..


makna sebuah pertemuan itu lebih dihargai dan dirasai
pada saat perpisahan..

semua ini dapat dinikmati hanya jika hadirnya Allah di hati <3

******

Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk ana melakukan senaman jari..untuk bersama berkongsi cerita.. :D

MESIR..
sebuah tempat yg pernah tersenarai untuk melanjutkan pelajaran ke sana..
Namun perancanganNYA Maha Bijaksana..
Kini, ana berada di tahun kedua pengajian di Yarmouk Uni. Jordan..
cita-cita masih kemas tersimpan mengharapkan dapat jua berdiri di bumi Mesir..

Alhamdulillah, dengan rahmatNYA, Allah maqbulkan doa ana untuk pergi ke sana..
akhirnya pada 14 Januari 2013 ana dan akhawat mahbubaty bersama berjaulah ke tanah kelahiran nabi mulia, Musa as..

pengalaman pertama kali berjaulah bersama akhawat yang bersama mencari dan menjaga tarbiyah, saaaaangaaat osem..!! setiap nikmat disyukuri bersama, setiap musibah disyukuri bersama jua, yakin dengan susunan dan aturan Allah..setiap saat dan ketika sentiasa bersama-sama mencari redha Ilahi..

pada hari pertama jaulah, kami dapat bertemu muwajjih yang kami hormati dan sayangi, Ustazah Maznah... Manis senyumannya, lembut tutur katanya, masih segar diingatan.. Jaulah kami bukanlah bermakna rehat sekejap daripada menelaah kitab2, bukan berehat sebentar daripada mendengar kalimah-kalimah arab dari duktur2 dlm muhadharah.. tapi 'rehat' untuk mengutip bekalan meneruskan perjuangan..!
hari pertama jaulah, kami mendpt mutiara kata dari ustazah Maznah.. berpesan itu dan ini kepada kami anak muda para daie, InsyaAllah~

pada hari berikutnya, hati gembira diberi peluang menjejakkan kaki yang suatu ketika dahulu menjadi tanah untuk langkahan mujadid mulia.. [Ismailiyah] na3am, di sinilah tempat As Syahid Imam Hassan Al Banna meneruskan perjuangan nabi kita..hati bertambah syukur kerana perjalanan kami melawat Ismailiyah ditemani dua pasang suami isteri yang sentiasa thabat di jalan DnT ini, InsyaAllah.. (Ustaz Haris dan zaujahnya, Ustazah Rosmawati serta adik ustazah bersama zaujnya). Pesan Ustaz Haris, " Keberkatan akan terhasil dengan keikhlasan, sentiasalah bersabar dan berubahlah, kita ziarah ni bukan biasa2, sampai satu tempat, habes bergambar bergerak ke satu tempat lain pulak, bukan itu tujuan kita, tapi, ambillah 3ibrah.. jadilah penggerak walaupun kita sorang-sorang kat tempat tu.." :')
betapa tiada lafaz utk diungkapkan melainkan Alhamdulillah.. 

hurm, tidak dikatakan pergi mesir tanpa pergi ke Giza.. (ye ker?) mungkin betul, kerana mesir dan piramid tidak boleh dipisahkan, ibaratnya menara berkembar dan Kuala Lumpur ^^,
di sini, kami mengembara mendaki piramid (xdaki pun, pusing2 kawasan jer), bersama ustaz dijemput khas dari indonesia, Ustaz Raihan yang menuntut di Uni Al Azhar.. setiap detik, Ustaz mengingatkan dan menasihati kami agar tidak lalai dan keluar daripada radar Tarbiyah.. subhanallah, semoga kita sentiasa di bawah jagaan Allah.. 

kami juga mendapat suntikan semangat untuk terus bersungguh-sungguh menuntut ilmu dari ustaz raihan semasa menziarah maqam Imam As Shafie..
Imam Shafie sgt terkenal dgn ingatannya yang tajam dan kuat.. pesan Imam Malik kepada Imam Shafie, 
" Jauhi maksiat kerana maksiat penutup segala cahaya ".. selain itu, rezeki kami dapat pergi ke terusan suez, dan juga sungai nil, serta masjid azhar, walaupun xder rezeki ke Sinai dan Fayoum (camni kot ejanya).. :)

dan..paling osem, dapat pergi Alex @ Iskandariah~~..
di sana, matlamat utama bukanlah nak cari tudung mesir ;) hehe..
tapi bertemu mesra dengan akhawat-akhawat yang bersama-sama di jalan DnT..
dan sharing2 dgn akhawat2 osem, pesan ukhti, " Carilah titik persamaan untuk kita kekal thabat di jalan ini.."
tak terlepas juga, huhu, happynya !! dpt makan seafood.. alhamdulillah.. 

Alhamdulillah, jaulah kali ni, sungguh best~!! 
hakikatnya, yang menjadikan sesuatu tempat tu best adalah kerana kita menghadirkan hati bersama..
dan bertambah best apabila bertemu dengan hati-hati yang sama-sama ingin menyucikan diri..

sekembalinya ana di Jordan, demam mesir..! rindukan hati-hati mujahidah di sana~
namun, perancangan Allah Maha Kuasa dan sangat cantik..,
terubat rindu tatkala hati-hati yg dirindui datang berjaulah ke Jordan.. 
ISO!! [Ini Sungguh Osem]
MasyaAllah, Subhanallah walhamdulillah Allahu Akbar..

Allah sebaik-baik perancang.. 
setiap pertemuan pasti ada perpisahan..

demam yang hampir sembuh, kembali lagi..
kata ukhti osem dr bayt Inqaz, " demam supaya jadi lagi kuat! "..
sekarang, tibanya masa untuk kita kembali be'kerja'.. hakikatnya, kita tidak pernah ada masa untuk berehat..
 (tuan kepada jari yang sedang menaip kata-kata ini, lebih2 lagi perlu laksanakan!)
bersama-sama kita sentiasa bertemu dan saling menguatkan dalam rabithahnya..  


بسم الله الرحمن الرحيم

" Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menzalimi diri sendiri, ada yang pertengahan dan ada pula yang terlebih dahulu buat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang besar " 
[Fatir, 35:32]

dalam ayat ni, Allah ada kata, " kami wariskan kpd orang-orang yang kami pilih.."
insyaAllah, semoga kita tergolong dlm golongan yang diwariskan.. pastu Allah kata lagi "dan di antara mereka......", dlm golongan yg diwariskan itu, terdapat pula 3 golongan iaitu:
1) Golongan yang menzalimi diri sendiri
2) Golongan pertengahan
3) Golongan yang terlebih dahulu membuat kebaikan

semoga kita semua terpilih menjadi golongan kecil yang diwariskan dan tergolong dlm golongan yang ketiga tersebut.. ameen.. InsyaAllah..

Buat semua akhawat mesir dan jordan, jazakunnallahu kheir katheeran 3ala kulli hal..
aaaasefah 3ala kullu syai'..
setiap kekurangan dan segala kesalahan dtgnya dari diri ana yg byk kekurangan..
dan setiap yang baik itu dtgnya dari Allah..
hakikatnya, kedua-duanya datang dari Allah..

~لا حول ولا قوة الا بالله~
والله تعالى أعلم

1 comment:

  1. Aiwah~
    Menarik. Teruskan menulis ya ukhti.
    Biar dari hati agar terus sampai ke hati :)

    ReplyDelete