Gema Jihad

Friday, March 22, 2013

nak jadi seperti sahabat Rasulullah.. Jom~~!

perbualan ringkas antara mutarabbi dengan murabbi.. dalam wassup..

Mutarabbi: Hati manusia ni, Allah yang pegang.. InsyaAllah, setiap manusia, memang fitrah dia nak kan kebaikan, lama2 akan usaha lah tu ke arah itu..
Murabbi: Itu semua adalah sekadar figure untuk manusia. Faham..
Mutarabbi: Mok, kakak ada berita gumbira nak bagi tau ni.. kakak dah dapat result untuk subjek usul fiqh, Alhamdulillah..
Murabbi: Yg penting bg mok, kakak dpt menguasai segala ilmu yg ditimba, semoga kakak sebarkan dan gunakan ilmu tersebut untuk berda3wah..
Mutarabbi: :')

amek tisu.. lap air mata.. Allahu Allah.., mok, engkaulah murabbiku sepanjang masa..

بسم االه الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih diberi ruang untuk terus berlari anak di atas papan keyboard ini~~

yup, betul kata mok, ilmu yang kita dpt, bukan untuk exam, bukan utk disimpan semata, bukan jua untuk pujian manusia, mengatakan kita adalah orang berilmu.. hakikatnya, ada tanggungjawab besar menanti, dengan ilmu yang kita peroleh, untuk kita sebarkan..agar seluruh makhluk bernama insan kenal akan Islam..dan tertegaknya kalimah
أشهد أن لا اله الا الله وأن محمد الرسول الله   ~~!!!


Para sahabat sangat membara iman mereka ketika mendengar kalimah syahadah ini, apatah lagi ketika melaungkannya.. Perasaan mereka tatkala melafazkan kalimah tauhid, benar-benar yakin akan kalimah ini sahaja yang benar.., hanya agama Islam yang paling sahih, dan apa-apa pun yang berlaku, hanya Islam perlu ditegakkan..! Subhanallah :'D

Para sahabat sentiasa berganding bahu berjuang berjihad kerana Allah..
Inilah hasil Tarbiyah dari murabbi agung, Ar Rasul qudwatuna صلى الله عليه وسلم yg mendpt tarbiyah dr super duper power Allah عز وجل..

Mereka bagaikan tidak pernah kenal erti letih dan payah.. apakah yang menjadikan sahabat begitu hebat? 
ya! kerana mereka tahu siapa mereka, mereka kenal diri mereka..mereka adalah QS (qaedah sulbah/tulang belakang) bagi Rasulullah صلى الله عليه وسلم dlm menyebarkan dn menyampaikan islam..hanya kerana redha Allah..

"....sahabat xperlah, mereka ada Rasulullah, kalau tgh futur ker, boleh terus jumpa Baginda.." erk, macam tu ek? bukankah, para sahabat cemburu dgn kita? mafhum hadis: 

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu? Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah صلى الله عليه وسلم  , adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.

fi fine..nak kesat air mata yang laju mengalir.. sobs.sobs..


nak jadi seperti sahabat~~
yang faham akan kedudukan mereka sebagai QS..??
semuanya terungkap dalam kalam suci Al Quran Al Kareem dalam surah al hujurat..

ok, jom tadabbur sama-sama..
(pesanan penaja: tajdid niat dulu)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

mashaf Al Quran dah ada kat tangan? Alhamdulillah..

Ayat 1: Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNYA, dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

dalam ayat ni, Allah sgt jelas menerangkan sifat utama yg perlu ada pada seorang QS..

Ayat 2: Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap yang lain, nanti (pahala) segala amalmu bisa terhapus sedangkan kamu tidak menyedari.

Ayat 3: Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah, mereka itulah orang2 yang telah diuji hatinya oleh Allah untuk bertaqwa. Mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.

ayat 1-5 menerangkan perihal sikap terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم. dan secara fokusnya, ayat ni nak bagitahu tentang ego.. (ego: harga diri, daya seseorang berfikir, berlagak dalam membuat sesuatu, keperibadian)  Jadinya, nak bagitau kat sini, mereka yang QS adalah mereka yang merendahkan egonya.. Tak salah sama sekali untuk kita ada pendirian, tapi, untuk kita pertahankan pendirian kita, buatlah pertimbangan yang baik demi menjaga kemaslahatan DnT kita.. :)

Seterusnya, Allah kata, (telah diuji hatinya oleh Allah untuk bertaqwa) jika kita yakin kita adalah QS untuk perjuangan Baginda, kita mestilah bersedia menerima ujian dariNYA.. kan..? Semoga Allah sentiasa pinjamkan kekuatanNYA untuk kita sama2 memandu hati-hati menuju ke destinasi.. Ameen..

Ayat 6: Wahai orang2 yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (pencerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.

dalam ayat ini, dpt kita tafsirkan bahawa golongan fasik itu adalah mereka yang menyebarkan berita tanpa cek dulu kesahihannya..dan sebagai seorang yang beriman, kita mesti cek dan teliti dulu kebenaran sesuatu berita yang kita dapat, barulah sebarkan~



Ayat 7: Dan ketahuilah bahawa di tengah-tengah kamu ada Rasulullah. Kalau dia menuruti (kemahuan) kamu akan mendapatkan kesusahan. Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan (iman) itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kederhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus.

Cinta kepada keimanan. Allah dah bagi kita nikmat iman. Apa lagi yang kita inginkan? Masih lagi mahu goyang kaki sambil layan jahiliyah dalam diri..? Allahu Allah, nanges..



Ayat 9; Dan apabila ada 2 golongan orang mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu, sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali kepada perintah Allah, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlakulah adil. Sungguh Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.

Ayat 10: Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.



fokus utama ayat 9-10 adalah bersatu hati.. dalam memperjuangkan dakwah ilallah, kita tak mampu nak laksanakan sorang-sorang, kita perlukan sahabat seperjuangan.. kerana itu, betapa pentingnya mereka yang QS kepada DnT, mesti bersatu hati.. macam mana nak satukan hati semua orang? tepuk dada tanya iman.. basicnya, berukhwahlah kerana Allah, Allahu ghayatuna.. setiap kekurangan sahabat, terimalah dia seadanya, setiap kelebihan sahabat, hormati dan hargailah sebetulnya.. <3


Ayat 11: Wahai org2 beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diperolok-olokkan lebih baik dari mereka yang mengolok-olok, dan jangan pula perempuan-perempuan mengolok-olokkan perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang diperolokkan lebih baik dari perempuan yang mengolok-olokkan. Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yang fasik setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. 

Ayat 12: Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan jangalah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang.

Fokus utama ayat 11 dan 12 menerangkan tentang akhlaq mulia.. InsyaAllah, sebagai hamba Allah yang faham akan tugas dan tanggungjawabnya di muka bumi Allah ini, pastinya, dia berusaha untuk memiliki sifat2 mahmudah dan akhlaq mulia~~ apatah lagi, mereka adalah golongan QS! نحن الدعاة قبل كل شيء~!
ke arah matinul khuluq.. ;)


sebelum turun ke medan perang, keimanan dalam jiwa pasti dah kukuh, dalam pengukuhan iman, jom kita berusaha mantapkan 10 muwasafat tarbiyah..

Ayat 13: Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.

Dalam ayat ini, Allah nak suruh kita saling mengenal antara satu sama lain.. kita nak kenal dan bersahabat dengannya, bukan kerana apa yang ada padanya, tetapi kerana kita nak ajak mereka untuk sama2 menuju syurgaNYA.. kerana..
( ان أكرمكم عند الله أتقكم ) 


Ayat 14: Orang2 Arab Badui berkata, "Kami telah beriman." Katakanlah kepada mereka, "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk (Islam)', kerana iman belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNYA, Dia tidak akan mengurangi sedikit pun pahala amalmu. Sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Allah persoalkan kepada kita, adakah kita betul2 dah beriman atau kita sebenarnya hanya tunduk pada islam? beriman bukan sekadar membenarkan keimanan kita hanya pada lidah semata, tapi pada hati yang ikhlas dan jasad yang cergas.. :D 

iman adalah mutiara di dalam hati manusia
dan ayat seterusnya, ayat 15, 16, dan 17.. Allah menerangkan ciri-ciri orang yang beriman..

Ayat 15: Sesungguhnya orang2 mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNYA, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.

Ayat 16: Katakanlah kepada mereka, "Apakah kamu akan memberitahukan kepada Allah tentang agamamu (keyakinanmu), padahal Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yan ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Ayat 17: Mereka merasa berjasa kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah, "Janganlah kamu merasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan, jika kamu orang yang benar."

Apa sahaja yang berlaku, hakikatnya, kembali kepada Allah ^_^

Allah mengakhiri kalamNYA dalam surah al hujurat ni dengan ayat yang menyentuh jiwa <3

Ayat 18: Sungguh, Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan

صدق الله العظيم

Maka benarlah kata-kata Allah..

segala apa yang ana lakarkan dlm post kali ini, hanyalah perkongsian dari hati yang ingin bersama antum untuk bersama ikhlas beribadah dan melaksanakan tugas khalifah kerana Allah..
Tangan yang menaip lagi dekat dgn mata yg menulis..kerana Allah melihat apa yang kita kerjakan..
Semoga Allah sentiasa memberkati segala amal kita.. Doakan bersama.. 

والله تعالى أعلم

*InsyaAllah, tulisan yang di bold kan dengan warna hijau itulah antara ciri-ciri mereka yang QS..

No comments:

Post a Comment