Gema Jihad

Thursday, June 13, 2013

Bekalan Kita

بسم الله الرحمن الرحيم

cantikkan kereta ni?
Pada suatu petang yang panas. Ukhti Nadhirah bersama adik mutarabbinya, Ira, sedang minum petang berkuihkan karipap bersama air tea sejuk. 

"Apa yang Ira menungkan tu?"
"Akak...." Ditenungnya gelas air tea itu..

"Makanlah karipap tu, ana buat binafsi.. percaya x? erk, goreng jerlah." Celah Ukhti Nadhirah untuk menghilangkan kekrikkan yang melanda.. "Ira, cuba tengok kereta kat depan tu?"
"Kereta, kenapa dengan kereta tu kak?"

"Kalau cakap pasal kereta, apa yang terlintas dalam kotak fikiran Ira?" 
"Jalan-jalan.., shopping..., balik kampung...., sebuah objek yang ada 4 roda..., ada stereng..."

"Apa yang membuatkan kereta ni nampak cantik?"
"Sebab dia mahal kot..., dibasuh setiap hari..., dihantar kat workshop setiap minggu..."

Tanpa meneruskan perbualannya, Ukhti Nadhirah mengambil seketul karipap. Berharap agar Ira turut menjamahnya. 

"Apa yang membolehkan kereta ini untuk bergerak?"
"Apalah kak Nadhirah ni, itupun nak tanya ana, mestilah minyak." Jawab Ira yang kelihatan agak kehairanan dengan persoalan kakak murabbinya -berkenaan kereta-.

"Kereta ni ibarat....., manisnya senyuman adik akak ni!."
" :) Dah agak dah, akak mesti nak bagi analogi kan?, pelik jugak akak tanya pasal kereta, setahu ana, akak tak minat bab kereta nih."

"MasyaAllah 3alaik, dah cukup ta3aruf dengan akak ni.."
"Mestilah, ta3arufkan salah satu rukun usrah.., akak, cepatlah sambung pasal kereta tadi."

"Baru semangat akak nak citer kalau Ira pun semangat nak dengar, ini tak, krik2 jer dari tadi, ok,.. kereta ni, ibaratnya seorang daie, eh, macam terbalik jer.., daie ibarat kereta."
"Maksudnya kak?"

"Tujuan bagi sebuah kereta dicipta adalah untuk bergerak, dan tugas bagi seorang daie adalah untuk bekerja dalam amal dakwahnya. Yang membolehkan kereta itu bergerak dan terus thabat atas jalan, apabila adanya minyak. Which is bekal untuk sesebuah kereta. Samalah jugak seorang daie, perlukan bekalan untuk terus beramal dan thabat atas jalan dakwah dan tarbiyah."
"Waaaa, menariknya analogi ni. Bekalan untuk kereta adalah minyak. Bekalan untuk daie adalah...., apa ye kak..?"

"Sedaplah air tea ni, pandai mak akak buat."
"Kak Nadhirah..?!"

"Eh, okay2..Aaasefah.. Saje nak kacau Ira. Bekalan untuk seorang daie adalah, cuba bukak Surah Sajdah ayat 16."


"Maknanya, bekalan bagi seorang daie adalah dengan bangun malam, atau nama saintifiknya, Qiamullail."
"Kak Nadhirah, apa kaitan solat malam dengan tugas dakwah?"

"Tengok Surah Muzammil ayat 6"


"Lihat para Sahabat.., yang menjadi kekuatan untuk mereka berperang pada esok harinya dalam perang Badar adalah dengan qiamullail.... Solat malam  juga dapat membentuk syakhsiah seorang daie untuk terbiasa membahagikan agenda hariannya menjadi dua bahagian, yaitu berdakwah di siang hari dan beribadah pada malam hari." 
"Akak, jazakillahu kheir untuk perkongsian ni. T_T, Allah dah kasi pertolonganNYA melalui akak. Selama ni, Ira tengah futur. Rasa macam buat kerja dakwah ni sorang-sorang, terkadang rasa macam hilang tujuan ke arah mana buat kerja dakwah ni. Ana lupa niat asal, lupa untuk kembali padaNYA.."



"Sekarang ni dah masuk Sya'ban, tak lama lagi nak masuk Ramadhan.. اللهم بلغنا رمضان. Jom sama-sama kita banyakkan bekalan kita. Bangun malam bukan semata bekalan untuk berdakwah, hakikatnya, sumber kekuatan utama mentarbiyah ruuhiyah kita."
"Kak Nadhirah, next liqa' jom kita buat qiamullail dengan ahli usrah.. Tak sabar nak bagitau semua."

^_^

*******

-Malam Amal Bina Iman & Taqwa-
3 Sya'ban 1434 (120613)

No comments:

Post a Comment