Gema Jihad

Saturday, September 7, 2013

Nak dijadikan cerita..

بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah..
Allahu Rabbi.., sudah lama rasanya blog ini tidak terisi, mungkin, tuan punya blog tiada isi untuk diberi..
macam mana nak memberi tanpa diri sendiri tidak diisi dan diberi, 
namun, untuk mengisi, haruslah mencari~!

Biizni Maula, izinkan ana untuk berkongsi rasa hati yang telah membuatkan diri ini rasa teruja..
Teruja dengan aturanNYA, kagum dengan susunanNYA, takjub dengan taqdirNYA..

Pejam celik, buka tutup mata, turun naik matahari bulan, berganti siang malam.. sekejap rasanya, dah masuk zulkaedah dah kita.. rasa macam baru semalam las pegi terawih, rasa macam masih sayup-sayup kedengaran takbir raya memuji Allah..

Ok, straight to the point, ceritanya macam ni.., sepanjang tempoh bercuti ni, banyak sangat kad jemputan yang ana dapat, tapi, sayang sekali, satu jemputaaan pun tak dapat ana penuhi, rasa terkilan yang amat, kerana semua walimah yang berlangsung merupakan akhawat yang sangat ana kasihi kerana Allah..

Sehinggalah satu hari tu, dapat jemputan dari seorang ukhti yang cukup ana kagumi, timbul satu perasaan..
-ukhwah fillah- ~~Terasa ingin benar untuk ana mengenali ukhti tersebut.. dan hati melonjak girang apabila mendapat keizinan dari mak dan ayah tercinta untuk menghadiri majlis tersebut...

Dua hari sebelum tarikh majlis berlangsung, tiba-tiba, ada satu bisikan! Haish, ujian pasti datang untuk menguji niat kita.. Jauh disudut hati, ana xnak pergi.. sebab, dahlah tak kenal kakak tu, kenal pun tahu nama facebook je.. ('cinta muka buku' bak kata ummat zaman IT) tiba-tiba nak jupe beliau masa majlis kawennya..

Pada keesokan harinya,
mak tanya, 'kak, gano esok? nok g kul brapo?',
jawab ana dlm hati je.., (xsir lah g mok, segan~~)
'kakak, dop leh laguni, bukan ke wajib memenuhi undangan?'
(astaghfirullah..)

fuhh, panjang storynya.. belum masuk point penting lagi nih...

Iklan jap.. :D
dan..dengan izinnya, Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi peluang untuk terus berkhidmat padaNYA di muka bumi ini..dan alhamdulillah juga, dengan hati yang gumbira, setelah mentajdid niat, ana dapat hadir ke majlis kawen ukhti yang sangat ana ingin berta3aruf dengannya, etlis dapat tengok muka, dan sgt2 bersyukur mak ayah pergi skali, dah lama hasrat hati ingin perkenalkan sahabat handai tercinta kepada ayah bonda~~.. dan, terima kasih jugak pada sorang lagi ukhti yang tunggu ana depan rumah pengantin~~ :)

Nak dijadikan cerita,
masa on the way nak balik, tiba-tiba bertemu dengan seseorang yang cukup ana kenal, ustazah SMKAWA, sekali gus, kawan sekerja mak ana, terkejut ustazah tu, 
'Aik, jadi gane?'
'Kawan Syahira' (mak kata, mak pun tak tahu nak explain cane..),  

Dipendekkan cerita,
sebelum nak balik tu, masa ayah nak bersalaman dengan ayah kepada ukhti pengantin ni..,
maka, terbukalah salasilah keluarga..., pusing sana sini, rupa-rupanya, kami waris jugaklah, adalah jugak bau-bau bacang nye, boleh lah nak kata bau tu dekat jugak senanya, xderlah jauh sangat..


dah tamat
...

Jadi, moral of the storynya..
-betapa keciknya dunia ni..dan betapa luasnya DnT..dan betapa Agungnya Pencipta kita.. :')
-betapa pentingnya untuk kita menghadiri undangan, kerana pasti akan ada hikmah dan tarbiyah dariNYA..
-last but not least, pentingnya untuk kita eratkan hubungan silaturrahim..
-paling utama, sentiasalah jaga dan tajdid niat kita

*mok.., terima kasih untuk didikan ini... hakikatnya, tarbiyah itu dari Allah..
*Alhamdulillah, walhamdulillah, thummalhamdulillah.. 

<3 barakallahu feekum <3 

No comments:

Post a Comment