Gema Jihad

Saturday, December 28, 2013

Apa Beza antara dua Qaedah Usul ini?

بسم الله الرحمن الرحيم
Apa khabar iman? Apa cerita amal?

in sha Allah, semoga meningkat iman, bertambah amal infiniti keberkatan..

Hari ni baca buku usul fiqh, tetiba terbaca satu ayat ni:

ما لايتم الواجب إلا به فهو واجب

dan ayat ni

ما لايتم الوجوب إلا به فليس بواجب

Bagi pelajar syariah, pasti kita akan berjumpa je dengan ayat ni pada mana-mana keadaan, kerana ia adalah ilmu asas untuk usul fiqh.
Jadi, apa beza antara dua ayat ni?

أشكل علي التفريق بين هاتين القاعدتين الأصوليتين:
ما لايتم الواجب إلا به فهو واجب,وبين ما لايتم الوجوب إلا به فليس بواجب؟؟

Pertama sekali, ana mintak maaf, ana xdapat nak terjemahkan ayat ni sebijik ke dalam bahasa melayu tanpa memesongkan makna sebenar.

Tapi, in sha Allah, ana ingin kongsi apa yang ana faham.

Pertama:
ما لايتم الواجب إلا به فهو واجب

1- من قدرة العبد .
2- مأمور بتحصيله .

مثاله ستر العورة : واجب في الصلاة ....ليس عنده ما يستر به العورة لكن لدية مال ....فيجب عليه الذهاب الى السوق وشراء ما يستر به عورته . لانه مأمور بستر عورته في الصلاة ولا يتم الستر وفعل هذا الشرط الا بالذهاب الى السوق .

1) Datangnya dari kudrat hamba
2) Perintah yang boleh dilaksanakan

Contohnya menutup aurat:
Wajib laksanakan solat. Dia tidak mempunyai, apa2 untuk dia menutup auratnya, tetapi, dia ada duit. Maka, wajib ke atasnya untuk pergi ke pasar dan beli apa2 untuk dia menutup auratnya. Kerana, kita diperintahkan (diwajibkan) untuk menutup aurat untuk solat. Dan tak dapat dia tutup aurat untuk solat kecuali dia pergi ke pasar.

Maksudnya camni: Sesuatu hukum itu, nak tak nak, wajib dilaksanakan, tapi berkadaran dengan kemampuan hamba. Macam contoh kat atas, wajib untuk kita tunaikan solat, dan syarat sah solat adalah menutup aurat, jadi, nak tak nak, kita kena berusaha pakai je pape, yang penting tutup aurat. Dan ia adalah berkadaran dengan kemampuan kita. 

Pada asalnya, seseorang itu tidak dapat tunaikan solat sebab xder kain yang cukup untuk tutup aurat. Tapi, keadaan ini boleh ubah dengan cara pergi kedai beli kain.

Kedua:

ما لايتم الوجوب إلا به فليس بواجب

إما ان يكون من قدرة العبد لكنه غير مأمور بتحصيله ...كتحصيل النصاب في وجوب الزكاة ...فمن شروط الوجوب في الزكاة ان يبلغ المال نصابا لكن لا يلزم العبد بالتكسب حتى يصير المال نصابا ويزكيه 

و إما ان يكون مما لايقدر عليه العبد كغروب الشمس لوجوب صلاة المغرب فهذا الشروط لايتم الوجوب الا به ومع ذلك فالعبد غير مأمور به لعدم قدرته عليه .


Ada dua point kat sini:
1) Hamba itu ada kemampuan untuk laksanakan hukum tersebut, tetapi, tidak boleh ubah keadaan yang telah diperintahkan.

Contohnya, Hukum: cukup nisob (jumlah untuk bayar zakat), wajib tunaikan zakat. 
Apabila seseorang tu cukup nisob, wajib keatasnya tunaikan zakat, tetapi, tidaklah dikenakan ke atas kita (لا يلزم) untuk buat sesuatu atau bekerja sehinggalah harta kita mencapai jumlah nisob. 

Nak bagi tau kat sini, ini semua bergantung pada keadaan atau rezeki seseorang itu. Alhamdulillah, ada seorang hamba Allah ni, Allah kurniakan nikmat harta yang banyak baginya, dan nisobnya cukup yang mewajibkan baginya zakat. Seorang hamba Allah yang lain pula, Alhamdulillah, bahagia dan nikmatnya kehidupannya dengan anak2, dapat kerja yang baik, tapi, rezekinya cukup untuk dia sekeluarga sahaja, maka, tidaklah diwajibkan keatasnya zakat.

Maksudnya, zakat diwajibkan pada keadaan dan memenuhi syarat2nya.

2) Kewajipan sesuatu hukum tu, berlaku bukan dari kemampuan hamba.

Contohnya, terbenamnya matahari, wajibnya solat maghrib.

Maksudnya, bila terbenamnya matahari, wajib untuk kita solat maghrib. Matahari terbenam menjadi syarat menandakan masuknya waktu maghrib. Kita wajib solat maghrib, tapi kita xboleh sesuka hati nak solat bila2. 

Ok, baca bismillah betul2, mohon dari Al Hakim agar memberi hidayah kepada kita untuk faham hukumnya supaya dapat kita laksanakan perintahNYA! :)

Jadi beza dua term ni adalah
1) الواجب
2) الوجوب

wajib: kewajipan sesuatu hukum telah ditetapkan (contoh: solat), dan padanya, ada beberapa perkara lain yang mesti dipenuhi untuk melaksanakannya (contoh: kena ada wudu', pakaian bersih)

wujub: sesuatu hukum (contoh: solat maghrib / zakat) menjadi wajib disebabkan ada perkara yang mewajibkannya (contoh: terbenam matahari / cukup nisob).

Semoga Allah mengampuni kesalah ana andai ada kekurangan dalam penyampaian.
Semoga Allah menjadikan kita golongan yang faqih dalam menuntut ilmuNYA demi menyebarkan agamaNYA.

والله أعلم

No comments:

Post a Comment