Gema Jihad

Saturday, June 2, 2012

Nikmat yang banyak

بسم الله الرحمن الرحيم

MasyaAllah.., rindunya suasana masa kat UNISZA bersama sahabat-sahabat..
kenangan yang sukar dilupakan, bersama-sama berDaurah Bahasa Arab, bersama-sama cakap 
arab broken, bersama-sama galas beg pergi kelas, bersama-sama juga kita makan dan minum, berjemaah kita menunaikan solat dan berpuasa..dan paling best, bulatan ceria lepas maghrib =)
Alhamdulillah... saat itu..hadir untuk kedua kalinya..
......

usai solat maghrib berjemaah, seorang sahabat berkata, "ezzah, bagi tazkirah sikit".. 
(tetiba tangan dan kaki ni menjadi sejuk).. :) teringat pesan nabi..
Rasulullah shallallahu 3alaihi wa sallam bersabda:

بَلِّغُوْا عَنِّي وَلَو آيَة
"sampaikan dariku walau satu ayat" 
(HR Bukhari dalam shahihnya 3/1275, dari Abdullah bin Amr Al Ash)

Mashaf Al Quran dibuka, bersama membentuk bulatan ceria itu~
Tiga ayat dikongsi, sama-sama menyiram kembali hati agar menjadi suci..
surah Al Kauthar menjadi pilihan hati..


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
1. Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad) nikmat yang banyak
2. Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah)
3. Sungguh, orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat Allah)
Dalam kita tadabbur kalam Allah ini, mestilah ada interaksi dengan Al Quran..
bagaimana? bacalah Al Quran dengan mata hati, jadikan setiap kata-kata itu adalah disandarkan buat kita, dan salah satunya, (kata kak Najwa), kena tahu latar belakang/sebab nuzul ayat itu..
erm.., jadi.., apakah sebab nuzulnya surah Al Kauthar ni..??
dinamakan surah "Al Kauthar" (kebaikan yang banyak), kerana pada awal surah ini, Allah menegaskan bahawa, Allah telah mengurniakan Nabi Muhammad shallalahu 3alaihi wa sallam dengan kebaikan yang banyak di dunia dan di akhirat. Antaranya, mukjizat yang paling agung iaitu Al Quran Al Kareem, dan Allah kurniakan 'kolam Al Kauthar' yang airnya dari sebatang sungai di Syurga dan tidak terhingga lazatnya. Pada hari akhirat, Baginda sendiri menunggu umatnya yang ta'at, datang minum dari airnya.. Subhanallah..

Betapa besarnya nikmat kurniaan Allah buat kekasihNYA Muhammad shallalahu 3alaihi wa sallam
dan Allah Akbar.., buat hamba-hambaNYA..


Alhamdulillah.., segala puji bagi Allah atas nikmat kurniaanNYA..dan nikmat yang paling besar adalah
IMAN & ISLAM
kesyukuran dipanjatkan tatkala membaca ayat satu surah Al Kauthar.., 
nikmat yang kita peroleh itu, terlalu banyak..tapi.., bagaimana untuk kita menghargai dan mensyukuri nikmat itu sebaiknya..??
'oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata, dan berkorbanlah' ayat kedua dibaca dengan penuh makna~
seorang sahabat bertanya.., "berkorban? maknanya?'
Korban.., bukan bermakna menyembelih binatang korban sahaja, bahkan meliputi segala bentuk pengorbanan untuk kebaikan diri dan ummah, seperti.., berkorban masa cuti ini dengan khatam buku-buku semester lepas =)  ataupun, berkorban tenaga membantu mereka yang memerlukan pertolongan
(sekarang ni, musim mahasiswa Jordan berpindah randah..), dan juga bermurah hatilah mendermakan hartabenda untuk kebajikan umum.. (malah, perasaan pun boleh dikorbankan, demi Islam tercinta..)
Surah ini diakhiri dengan menegaskan: Bahawa orang yang memusuhi dan membenci 
Nabi Muhammad shallallahu 3alaihi wa sallam dialah yang terputus dari mendapat sebarang perkara yang diingininya.. semoga kita bukanlah tergolong dalam kalangan mereka yang terputus dari mendapat
rahmat Allah.., Naudzubillah..

.: walau sekecil mana pengorbanan kita buat, tapi.. kalau kita buat kerana Allah.. Allah tetap jua dan pasti akan menilainya :.

alhamdulillah ya Allah.. atas nikmat yang tak terkira ini..
wallahu 'alam 


2 comments:

  1. Salam syahira, ada dpt hardcopy tafsir ni tak? :)
    -- bintang --

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete