Gema Jihad

Thursday, June 18, 2015

Bukan sekadar Lapar & Dahaga

Ibadat rabbaniah, syariat nabawiyah, imtihan imaniy...

Ayat yang pasti murabbi sediakan dalam usrah, tambah-tambah bila nak masuk bulan puasa atau minggu pertama Ramadan.

Menarik untuk kita hayati dan tadaburi bersama ayat yang biasa kita dengar tapi semoga luar biasa untuk kita amalkan!

1]
{ كتب عليكم الصيام }

Kutiba dalam ayat ini bermaksud fardhu.
Asal kepada hukum wajib dalam berpuasa. Sepakat para ulama' mengatakan puasa wajib ke atas Muslim, Mukallaf, berkemampuan untuk berpuasa sebulan penuh pada bulan Ramadan.

2]
Rahsia, atau tujuan disebalik perintah Allah untuk hambanya berpuasa adalah sebagai tarbiah hati untuk menjadi muslim mukmin muttaqeen. Kerana sebetul-betul dan sebenar-benar yang mengetahui status puasa kita hanyalah Allah.

Jadi kena betul-betul laksanakan puasa ini memang berusaha untuk dapat Taqwa. Setiap perintah Allah bukan memberatkan kita, Dia yang ciptakan kita, sudah tentu Dia tahu apa kurang dan lemah kita.

Fokus utama kita, bukan sekadar menanda mutabaah done tarawih, done satu juzu', done masakkan lauk untuk berbuka, done sedekah dan semua amalan baik yang kita rancang penuh semangat di awalnya. Tetapi gol dan fokus kita lebih dari itu. Targetlah Ramadan ini sebagai bekalan yang sedang kita isi untuk 11 bulan seterusnya. Apa guna selepas Ramadan kita kembali seperti Sya'ban sebelumnya.

Bagus untuk banyakkan amalan, tapi jangan tamak mengutip bekalan sehingga terlupa menjaga keihklasan. Untuk apa bertarawih jika subuh liat berjemaah.

3]
Kalau kita lihat dalam juzu' satu surah Al Baqarah, ayat sebelum ayat puasa ni, banyak bercakap tentang jidal (kontroversi) tentang Yahudi, kehidupan tentang kaum Bani Israel, tetapi pada pertengahan antara juz' satu dan juzu' dua. Allah selitkan perintah puasa.

Inilah cara untuk kita tatbiq (aplikasikan) ayat Al Quran dalam kehidupan kita.
Ana kongsikan apa yang ana baca dari buku (مع الصيم) m/s 24, ini pada pandangan Dr. Salman 3Audah, penulis buku, menurutnya, Al Quran ingin mengajarkan kita cara bertaamul, bagaimana kaum muslimin bertaamul (bermuamalat) adalah dengan keadilan, ada hikmahnya, strategi dan pengasingan.

Walaupun ayat sebelum ini menceritakan kisah tentang pengingkaran mereka yang kufur, tetapi perintah puasa diceritakan dalam surah yang sama. Ibaratnya: walaupun sekeliling umat Islam adalah mereka yang kufur dan ingkar pada perintah Tuhan, namun umat Islam seharusnya tetap terus teguh dengan Prinsipnya dan tidak terhanyut dengan ajakan mereka. Wallahu A3lam.

4]
{ كما كتب على الذين من قبلكم }

Pada puasa, ada keistimewaannya. Kerana umat terdahulu sebelum kita juga turut berpuasa. Persamaan kita dengan umat terdahulu adalah dengan perintah puasa, walaupun berbeza dalam pensyariatan. Ayat ini juga menunjukkan kesatuan antara Nabi-nabi utusan Allah.

Terkadang, manusia ini sukar menerima atau melaksanakan sesuatu perintah yang asing daripada kita. Jika perintah itu tidak pernah ada orang lain buat sebelum ini, amat sukar untuk kita laksanakan. Mungkin inilah hikmah ayat ini dilafazkan dengan (kama kutiba-sepertimana diperintahkan).

5]
Berperingkat-peringkat.

Turunnya perintah puasa adalah pada bulan Sya'ban tahun kedua Hijrah. Pada awal pensyariatannya, tidak di tetapkan bilangan hari berpuasa, ada yang berpuasa tiga hari setiap bulan, Setelah itu, barulah Allah perintahkan umat Muhammad صلى الله عليه وسلم berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan.

Hikmah dan iktibar yang boleh kita ambil, begitu jugalah dengan proses tarbiah kita. Jika nak sambut Syawal dah kita sediakan baju raya pada bulan Rejab. Bagaimana dengan Ramadan? Adakah kedatangannya pun kita tak sedar?

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

فإذا صام فقد حقق ركنا من أركان الإسلام, وحقق قدرا من التقوى
02 Ramadan 1436H
  

No comments:

Post a Comment