Mungkin, antara bentuk ‘penganiayaan’ yang pernah kita lakukan,
adalah membiarkan sahabat berteka-teki dengan ‘kehilangan’ kita.
Kita bukan lagi diuji kerana kejahilan,
tapi kerana keegoan — ego yang kita bina, tanpa kita sedar.
Lupakah kita pada saat hati ini dahulu,
tulus melafazkan doa rabithah:
“Hati-hati ini telah berkumpul kerana kasih kepadaMu,
bersatu memikul dakwahMu.”
Berterus teranglah.
Bantulah leraikan teka-teki yang kita tinggalkan.
Dan buat yang teraniaya, teruskanlah berdoa.
Kerana mungkin suatu hari nanti,
kita pula yang diuji dengan hal yang sama.
Sesungguhnya ukhuwah ini bukan sekadar bertaut di awal perjalanan,
tapi diuji sejauh mana kita mengekalkannya, hingga ke hujung perjuangan.
No comments:
Post a Comment