Dalam kamus dewan edisi keempat;
Kawan bermaksud orang yang dikenali dan bergaul dengan kita¹. Teman seperjalanan, sepermainan, sepekerjaan, dan se...sebagainya². Dan kata lawan bagi kawan adalah musuh³.
«Kawan baik» vs «kawan yang baik» bunyi hampir sama, tapi halus bezanya.
Dalam hidup, kita dikelilingi ramai orang, kerana kita juga orang. Jika kita bukan orang, maka kita akan dikelilingi ramai yang bukan orang. Kita ada rakan sekolah, rakan Universiti, rakan kerja, rakan seusrah, rakan sekampung — dan sesekali muncul seseorang yang kita panggil kawan baik. Tapi, dalam masa yang sama, wujud juga ramai kawan yang baik walaupun tidak rapat dengan kita. Perbezaan dua istilah ini mungkin nampak kecil, tetapi sebenarnya memberi kesan besar pada cara kita mengurus hubungan dan hati, dan juga kehidupan.
Pada perkataan 'yang' itu menjadikan dua istilah ini berbeza. Kawan baik menjadikan perkataan baik itu sebagai kata nama, manakala kawan yang baik pula menjadikan perkataan baik sebagai kata sifat. Lalu «Kawan baik» merujuk kepada sejauh mana rapatnya hubungan seseorang dengan kita.
Ciri-ciri «Kawan baik»:
- Tempat kita bercerita dan meluah.
- Hubungan lebih eksklusif & mendalam.
- Ada kepercayaan dua hala.
- Selalu hadir dalam momen penting hidup.
- Kita rasa sangat selesa dengannya.
«Kawan yang baik» pula merujuk kepada akhlak dan tingkah laku seseorang.
Ciri-ciri «kawan yang baik»:
- Beradab & sopan.
- Menjaga kata dan batas.
- Ikhlas, tidak menikam dari belakang.
- Saling menasihati dalam kebaikan.
Apapun, tentang kawan ni, teringat satu hadis:
مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ
"Perumpamaan teman yang baik (soleh) dan teman yang buruk adalah seperti pembawa minyak wangi kasturi dan tukang besi. Pembawa minyak wangi kasturi, sama ada ia akan memberikannya kepadamu, atau kamu membeli daripadanya, ataupun kamu akan mendapatkan bau yang harum daripadanya. Manakala tukang besi pula, sama ada ia akan menyebabkan bajumu terbakar, ataupun kamu akan mendapatkan bau yang busuk daripadanya."
Memilih kawan adalah pilihan. Jadi nak pilih yang jual minyak wangi ke yang jadi tukang besi?
Dan.. seseorang boleh jadi «kawan yang baik», tapi bukan «kawan baik».
Tapi jika seseorang itu kawan baik yang baik, itu bonus besar dalam hidup. Jaga sebaiknya.
Tapi jika seseorang itu kawan baik yang baik, itu bonus besar dalam hidup. Jaga sebaiknya.
Sebenarnya, bukan soal siapa kawan baik atau siapa kawan kita yang baik, tetapi, adakah kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita?
No comments:
Post a Comment