Gema Jihad

Sunday, July 1, 2012

uhibbuki fillah

sahabat...
imbau kembali kenangan dulu pada awal pertemuan kita, time tu.., tangan dihulur untuk berkenalan, bertanya nama untuk dipanggil, masing-masing cuba untuk ingat nama dan rupa, saling memahami.. Pada saat itu, hati kita riang dan indah sekali, hati yang kosong diisi dengan senyuman-senyuman ikhlas demi mengikat seutas tali Persahabatan bercirikan taqwa pada Ilahi..

sepanjang ukhwah terbina, suka dan duka kita jalani semua bersama, semata-mata mengharapkan redha Allah Yang Maha Esa..tapi, setiap sesuatu mesti ada permulaan dan pengakhirannya, ada pangkal adalah hujungnya, ada pertemuan maka, adalah perpisahannya.. inilah kehidupan.. namun, semua ni menjadi tersangat indah kerana kita bertemu dengan bismillah maka moga berakhir dgn innalillah..
sahabatku,
tempoh ukhwah kita bukan sepnjang 2 tahun kita bertadika bersama, bukan sepanjang 6 tahun bersekolah rendah bersama, bukan jua sepanjang 5 tahun beruniform sekolah bersama.., tapi, bersama selamanya, ~friendship ila jannah~
terima kasih kerana telah mewarnai lukisan kehidupan ini dengan warna-warna ketaqwaan dan keimanan pada Ilahi, teruskan membimbing dan saling menasihati wahai insan yang bernama sahabat..
walaupun kini, kita berjauhan, tapi hati kita tetap bersama. andai kita jadikan rabithoh itu pengikatnya..
pada saat demam rindu hadir, doa yang tulus, kita jadikan penawarnya..


--seiring sehaluan--

Hari yang indah, senyuman pertama,
Hulurkan salam ukhuwah kita.
Berpesan mengingati, dituntut agama,
Kita bagaikan satu keluarga.

Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Kita jalinkan seperti Rasulallah dan sahabat.

Kita laungkan Allahuakhbar Allah Maha Besar,
Seiring sehaluan satu cita dan impian,
Susah dan senang kita tempuhi bersama,
Bertemu berpisah kerana Allah.

Demi satu kejayaan,penuh pengorbanan,
Keazaman juga ketabahan,
Inilah kehidupan, menuntut kesungguhan,
Tak semudah indahnya khayalan.

Allahuakhbar, Allah Maha Besar,
Lailahaillallah. 

2 comments:

  1. Islamiclife,
    terharunya baca tulisan2 enti..
    Teruskan menulis menyampaikan haq.

    ReplyDelete
  2. menitis air mata saya,zah..terima kasih kerana jadi sahabat saya..& saya bersyukur ALLAH temukan saya & awak~ :)

    ReplyDelete